China Bawa Penyerang Naturalisasi Brazil Berdepan Malaysia

Pertembungan aksi persahabatan Tier 1 antara China dan Malaysia bakal diserikan dengan pertarungan jentera serangan kedua-dua pasukan yang mungkin bakal menjadi pemisah. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Harimau Malaya rasmi akan berdepan Syria dan China pada September ini. Kedua-dua pasukan ini berada pada kedudukan yang lebih baik daripada Malaysia di samping […]
Malaysia Sah Berdepan China & Syria

Malaysia secara rasminya bakal berdepan Syria & China bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1, September ini. Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Harimau Malaya akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 berdepan Syria dan China. Aksi getir ini akan berlangsung pada 6 dan 9 September 2023 dengan kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China. Malaysia terlebih […]
Malaysia Akhirnya Jumpa Pengganti Mesir?

Selepas sebelum ini dilaporkan bakal menentang Mesir, skuad kebangsaan Malaysia kini dilaporkan bakal menentang pasukan Timur Tengah, Syria untuk aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada September ini. Ini merupakan sebahagian daripada persiapan skuad negara yang dibimbing Kim Pan-gon untuk Piala Asia 2023 dan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Dengan Malaysia menduduki ranking […]
Malaysia Hampir Pasti Lawan Pasukan 50 Terbaik Dunia?

Peluang untuk menyaksikan Malaysia untuk bertemu dengan pasukan kelompok 50 terbaik dunia mungkin bakal menjadi kenyataan pada bulan September nanti. Khabar angin berkenaan lawan Harimau Malaya mula menjadi tanda tanya selepas para penyokong menyaksikan Malaysia membenam Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea dengan keputusan yang cukup besar. Impian untuk melihat pertembungan dengan pasukan yang lebih […]
Malaysia Dijadual Bertemu Negara Di Tangga Ke-81 Dunia

Selepas mencipta kemenangan ke atas Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea, Malaysia terus mempergiat persiapan ke Piala Asia. Dan untuk kalendar antarabangsa FIFA pada September ini, Harimau Malaya dijangka akan bertemu dengan China. Hal ini dilaporkan oleh ASEAN Football dengan Harimau Malaya bakal beraksi sebagai pasukan pelawat. Ini dilihat sebagai persiapan penyesuaian diri skuad kebangsaan […]
Vietnam Malukan China 3-1

Selepas 8 perlawanan, wakil Asia Tenggara di pusingan ke-3 Kelayakan Piala Dunia, Vietnam berjaya menewaskan China 3-1 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam. Jaringan Vietnam dihasilkan oleh Ho tan Tai 9′, Nguyen Tien Linh 16′ dan Phan Van Duc 76′ manakala gol tunggal China dijaringkan oleh Xu Xin pada masa kecederaan separuh masa ke-2. […]
China FA Arah Pemain Buang Tatu, Syarat Kekal Dalam Pasukan Kebangsaan

Pemain-pemain bola sepak China diminta untuk membuang semua tatu pada badan mereka. Sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka mereka tidak akan dipilih menyertai pasukan kebangsaan. Arahan ini dikeluarkan oleh Pentadbiran Sukan Awam China (GAS). Arahan ini merupakan perubahan arahan sebelumnya yang dikeluarkan GAS pada tahun 2018. Pada tahun tersebut, pemain diminta menutup semua bahagian badan […]