EPL: Chelsea Sekat Hajat Kemenangan Arsenal

Aksi saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan Chelsea menentang Arsenal yang berakhir dengan keputusan seri di Stadium Stamford Bridge.  Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama yang terbaik, skuad kendalian Arteta diperkuatkan dengan kehadiran ketua pasukan, Martin Odegaard yang baru pulih.  Selepas setengah jam aksi, The Gunners membuka jaringan menerusi Kai Havertz, namun disahkan tidak gol […]

Chelsea Makin Sukar Dicabar

Chelsea makin sukar digugat dalam saingan Liga Konferensi UEFA (UECL) apabila membelasah kelab Armenia, FC Noah 8-0 di Stamford Bridge. Selepas diikat 1-1 oleh Manchester United di Old Trafford, anak buah Enzo Maresca mahu kembali mendapatkan rentak kemenangan. Mereka bermula dengan langkah kanan menerusi bekas bek tengah Fulham, Tosin Adarobioyo pada minit ke-12. Seminit selepas […]

EPL: Chelsea ‘Sedekah’ Satu Mata Buat Manchester United

Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ke-10 menyaksikan Chelsea dan Manchester United terikat seri di Old Trafford. Setelah menghadiahkan kemenangan pertama untuk Ruud Van Nistelrooy pada Khamis, United turun ke laman sendiri bagi melayani kunjungan jaguh dari London, Chelsea. Kesebelasan utama Manchester United diketuai oleh bintang Portugal, Bruno Fernandes manakala Chelsea mengharapkan Cole Palmer […]

EPL: Drama Dua Penalti & VAR Hiasi Kemenangan Liverpool Ke Atas Chelsea

Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini menyaksikan Liverpool membenam cabaran Chelsea dalam aksi penuh drama dan sengit. Setelah diikat Nottingham Forest dalam aksi terakhir, Chelsea berdepan tugas berat apabila bakal berdepan pendahulu liga ketika ini, Liverpool di Anfield pada perlawanan minggu ke-8. Liverpool turun tanpa penjaga gawang utama, Alisson Becker yang mengalami kecederaan […]

Arif Aiman & Cole Palmer Pernah Berentap

Tidak ramai tahu satu ketika dahulu, Arif Aiman Hanapi dan Cole Palmer pernah berentap di atas padang. Fakta pelik tapi benar ini dikongsikan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi satu hantaran di Instagram Story beliau. Hantaran tersebut memaparkan gambar kesebelasan utama Malaysia Tigers (pasukan Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP)) dan […]

EPL: Chelsea & Nottingham Forest Kongsi Mata

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad menyaksikan Chelsea terpaksa berputih mata diikat Nottingham Forest di laman sendiri. Setelah mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut, Chelsea turun melayani kunjungan Nottingham Forest yang tewas di tangan Fulham minggu lalu. Ayam tambatan, Cole Palmer terus menerajui jentera serangan Chelsea sementara Nottingham Forest pula mempertaruh penyerang New Zealand, Chris Wood […]

Conference League: Skuad B Chelsea Menang Besar Atasi Gent

Chelsea membuka kempen UEFA Conference League (UECL) dengan kemenangan apabila skuad B mereka menewaskan KAA Gent 4-2 di Stamford Bridge. Kedua-dua pasukan membawa momentum kemenangan daripada saingan liga domestik masing-masing untuk aksi pertama UECL. Chelsea masih segar daripada kejayaan membelasah Brighton 4-2. Axel Disasi mengetuai cabaran The Blues. Manakala anak legenda Chelsea, Andri Gudjohnsen diberi […]

Cole Palmer Cipta Sejarah Baru EPL

Bintang Chelsea, Cole Palmer mencipta sejarah baru dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.  Cole Palmer muncul pemain pertama yang menjaringkan empat gol dalam separuh masa pertama ketika membantu Chelsea menewaskan Brighton malam tadi.  Pemain berusia 22 tahun ini meledak empat gol dalam masa 20 minit dan tiga gol dalam 10 minit. Beliau menjaringkan […]

EPL: Chelsea Rampas Kedudukan Kedua, Bedil West Ham

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini menyaksikan Chelsea terus mengekalkan rentak kemenangan menewaskan West Ham dengan keputusan 3-0. Pemain terbaharu Chelsea, Jadon Sancho terus diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama selepas aksi memukau minggu lepas.  Sementara, skuad kendalian Julen Lopetegui mahu mencari kemenangan kedua dalam saingan EPL musim ini.  Seawal empat minit pertama, Chelsea […]

Chelsea Bakal Bertukar Tangan?

Penyokong kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea berpotensi melihat pasukan itu bertukar tangan. Senario ini timbul selepas Sky Sports melaporkan pemilik The Blues, Clearlake Capital dan Todd Boehly sedang menilai pilihan saham yang dimiliki mereka. Clearlake menyatakan secara jelas bahawa mereka tidak berminat menjual pegangan saham Chelsea sebanyak 62%. Pada masa sama, mereka juga bersedia […]

EPL: Crystal Palace Sekat Kemaraan Chelsea

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini menyaksikan pertembungan diantara Chelsea menentang Crystal Palace yang berakhir dengan keputusan seri. The Blues turun dengan misi tiga mata berharga apabila beraksi di laman sendiri sementara Crystal Palace masih mencari kemenangan pertama di EPL. Chelsea berjaya mendahului separuh masa pertama dengan jaringan daripada Nicolas Jackson pada minit […]

Jadon Sancho: Saya Penyokong Chelsea Sejak Kecil

Pemain baru Chelsea, Jadon Sancho mendedahkan beliau sebenarnya meminati pasukan itu sejak kecil lagi. Pendedahan tersebut dibuat kepada selepas beliau akhirnya melengkapkan perpindahan pinjamannya ke Stamford Bridge. “Semasa membesar, saya sebenarnya seorang peminat Chelsea. Saya takkan bohong. Didier Drogba dan Frank Lampard merupakan pemain kegemaran saya pada ketika itu. Saya amat sukakan Frank Lampard dan […]

Man United Belanja RM1.18 Bilion Beli Pemain

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United telah berbelanja sebanyak £205.9 juta (RM1.18 bilion) dalam tetingkap perpindahan musim panas 2024/25. Sky Sports melaporkan angka tersebut dicapai selepas United akhirnya mencapai persetujuan dengan Paris Saint-Germain untuk mendapatkan pemain tengah Uruguay, Manuel Ugarte. Ugarte bakal berpindah ke Old Trafford dengan yuran perpindahan £50 juta (RM287 juta). […]

Chelsea ‘Borong’ Penjaga Gol Ke-8 Dari Belgium

Chelsea terus berbelanja dalam tetingkap perpindahan musim panas 2024/25 dengan mendapatkan penjaga gol muda Belgium, Mike Penders. Penders menyertai kelab itu dari KRC Genk dengan yuran perpindahan dipercayai mencecah £17 juta (RM97 juta). Ini menjadikan penjaga gol berusia 19 tahun itu penjaga gol kelapan yang dimiliki The Blues dalam senarai pemain pasukan itu. “Chelsea telah […]

Bolos 6 Gol, Penyokong Wolves Balik Awal Lawan Chelsea

Penyokong Wolves memilih untuk pulang lebih awal selepas melihat pasukan kesayangan dibelasah teruk oleh Chelsea. The Blues mempamerkan aura sebenar di atas padang selepas tewas 2-0 di tangan Manchester City. Chelsea bermula kurang baik pada babak pertama apabila dibolosi dua gol namun diselamatkan dengan ledakan awal Nicolas Jackson dan gol cantik Cole Palmer. Aksi babak […]

EPL: Chelsea Main Macam Juara, Belasah Wolves 6-2

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan Chelsea membelasah Wolves tanpa belas kasihan dengan jaringan 6-2. Chelsea membuka jaringan seawal minit ke-2 permainan menerusi Nicolas Jackson dengan tandukan deras selepas sepakan sudut yang diambil oleh Enzo Fernandez.  Pada minit ke-27 permainan, pertahanan Chelsea sedikit goyah apabila penyerang Wolves, Matheus Cunha tenang menyudahkan hantaran baik […]