King’s Cup: Chanathip Songkrasin Pimpin Thailand Ke Final, Tumpaskan Filipina

Aksi saingan King’s Cup malam ini menyaksikan Tuan Rumah, Thailand tepati ramalan layak ke pentas final selepas menewaskan Filipina. Skuad kendalian Masatada Ishii menurunkan kesebelasan terbaik seperti Chanatip Songkrasin dan Elias Dolah sementara Filipina dibarisi arkitek tengah Terengganu, Manuel Ott dan bekas penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza. Perlawanan bermula kurang baik kerana kedaan […]
Shopee Cup: Chanathip Songkrasin Laung Amaran Awal

Bintang BG Pathum United, Chanathip Songkrasin laung amaran awal menjelang aksi Shopee Cup 2024 yang akan berlangsung esok. Pemain kebangsaan Thailand itu yakin pasukannya mampu menjulang trofi yang julung kalinya diadakan di Asia Tenggara. BG Pathum United antara dua wakil kelab dari Thailand yang akan bersaingan dalam Shopee Cup edisi kali ini. “Saya berasa sangat teruja […]
Chanathip Songkrasin: Aksi Borussia Dortmund Pengukur Tahap BG Pathum

Kapten BG Pathum United, Chanathip Songkrasin menyifatkan aksi persahabatan menentang Borussia Dortmund sebagai peluang menguji keupayaan pasukan itu. The Rabbits dan BVB bakal berentap di Stadium BG pada 21 Julai ini sebagai sebahagian daripada persiapan pra-musim kedua-dua pasukan untuk kempen 2024/25. Selain Thailand, BVB juga bakal mengadakan satu lagi aksi pra-musim di Jepun pada 24 […]
Chanathip Songkrasin Kembali Perkuatkan Skuad Thailand

Selepas terpaksa disisihkan untuk kempen Piala Asia 2023 akibat kecederaan, Chanathip Songkrasin kembali membarisi skuad kebangsaan Thailand. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan senarai 23 orang pemain bagi menghadapi dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Korea Selatan. Selain Chanathip, jurulatih skuad Gajah Perang, Masatada Ishii turut memanggil semula penyerang Muangthong United, Poramet […]
Chanatip Songkrasin Tersisih Dari Skuad Akhir Thailand Ke Piala Asia

Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin telah disisihkan daripada skuad 26 pemain terakhir pasukan kebangsaan Thailand untuk Piala Asian Cup 2023. Pemain berusia 30 tahun yang mengalami kecederaan ketika aksi menentang China dalam Kelayakan Piala Dunia November lalu dikhabarkan tidak dapat pulih dengan sepenuhnya sebelum kejohanan Piala Asia. Penyerang kebangsaan Thailand, Supachai Jaided antara […]
Pertemuan Thailand & Singapura Datang Dengan Ujian Hebat

Pasukan kebangsaan Thailand menerima tamparan hebat apabila terpaksa turun tanpa beberapa tonggak utama berdepan Singapura di laman lawan. Pasukan ke -112 dunia itu bakal ke Stadium Jalan Besar dengan hasrat untuk melakar kebangkitan selepas tumbang kepada China dengan keputusan 2-1. Singapura pula sukar menandingi kehandalan jaguh Piala Dunia, Korea Selatan apabila dibelasah 5-0 di laman […]
Chanatip Songkrasin Tumpuan Asia, Sebaris Bintang Al-Nassr

Perancang tengah pasukan BG Pathum United, Chanatip Songkrasin kembali menunjukkan bisanya apabila tersenarai dalam kelompok pemain terbaik di Asia. Pemain berusia 29 tahun itu beraksi dalam kesemua kempen di Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini setelah kembali ke negeri kelahirannya daripada kelab Jepun, Kawasaki Frontale. Bertemu dengan bekas pasukannya, kapten pasukan kebangsaan Thailand itu berada […]
Tiket Aksi BG Pathum & Kawasaki Habis Terjual

Tiket aksi ACL Kumpulan I membabitkan BG Pathum United dan Kawasaki Frontale laris macam pisang goreng panas. Ini dibuktikan menerusi satu pengumuman yang dikongsikan wartawan sukan Thailand, Ta Lao petang tadi. Beliau memuatnaik satu pengumuman bahawa tiket perlawanan The Rabbits–Gremio sudah habis dijual. Beliau percaya ini ada kaitan dengan impak kapten Thailand, Chanathip Songkrasin dengan […]
Harapan BG Pathum Kepada Chanatip Songkrasin Terlalu Tinggi

Perancang tengah BG Pathum, Chanatip Songkrasin bakal menjadi penghalang terbesar buat Johor Darul Ta’zim (JDT) berkunjung ke tempat lawan bagi aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL). Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Leo itu menyaksikan kedua-dua pasukan dalam usaha memburu kemenangan pertama di pentas Asia musim ini. Kepulangan pemain berusia 29 tahun itu setelah mengalami kecederaan […]
BG Pathum Hilang Khidmat Chanatip Songkrasin

Pasukan Liga 1 Thailand, BG Pathum United terpaksa menelan hakikat yang cukup berat apabila kehilangan perancang tengah berbakat, Chanatip Songkrasin. Pemain berusia 29 tahun itu kembali ke Thailand selepas beberapa musim berkelana di Jepun bersama Kawasaki Frontale. Sungguhpun melalui awal musim yang cukup cemerlang bersama kelab gergasi Thailand itu, khabar kurang baik pula menyusul. Menerusi […]
Bintang Utama Thailand ‘Tapau’ Liga Jepun

Selepas Chanathip Songkrasin, giliran pemain tengah Thailand, Supachok Sarachat pula yang menunjukkan impak positif dalam J1 League bersama Hokkaido Consadole Sapporo. Terbaru, Supachok menyumbat dua gol bagi membantu Sapporo menewaskan Gamba Osaka 4-0 dalam aksi terbaru J1 League semalam. Kemenangan itu membolehkan Consa menduduki tangga ke-12 liga dengan 32 mata daripada 26 perlawanan. Namun begitu, […]
Import BG Pathum ‘Garu Kepala’ Lihat Gol Chanatip Songkrasin

Kepulangan pemain sensasi Thailand, Chanatip Songkrasin kembali memukau penyokong di sana. Pemain berusia 29 tahun itu menyertai BG Pathum United bagi musim 2023/2024 dan memainkan watak penting bersama pasukan. Kapten pasukan kebangsaan Thailand itu sekali lagi berada dalam kesebelasan utama BG Pathum berdepan Uthai Tani. Pengalaman beraksi di pentas bola sepak Jepun jelas memberi nilai […]
JDT & Chanatip Songkrasin Sukar Dipisahkan

Pertemuan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga bintang kelahiran Thailand, Chanatip Songkrasin seakan sudah ditakdirkan. Menerusi pengundian yang dibuat oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 24 Ogos, Harimau Selatan dijadualkan berdepan lawan yang cukup hebat di Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun ini. Diundi dalam Kumpulan I, pasukan bimbingan Tano Solari sekali lagi […]
AFC Champions League Play-Off: BG Pathum United Lakar Kejutan Tewaskan Shanghai Port

Kelab Thai League 1, BG Pathum United mencipta sensasi dalam kalangan penyokong Thailand apabila berjaya mengalahkan kelab China, Shanghai Port dalam aksi play-off Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023-2024. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik mereka. The Red Eagles menurunkan bekas bintang Chelsea, Oscar dan bekas penyerang Sheffield Wednesday, Lucas Joao. Manakala The Rabbits pula terus mengekalkan […]
Chanatip Songkrasin Luah Kekecewaan Beraksi Di Kawasaki Frontale

Bintang Thailand, Chanatip Songraksin mengakui keputusannya suatu ketika dahulu untuk menyertai pasukan gergasi Asia, Kawasaki Frontale mungkin satu kegagalan. Pemain tengah kebangsaan Thailand itu kecewa dengan dirinya kerana gagal mempamerkan aksi terbaiknya bersama kelab itu. Walaubagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu tetap berbangga dengan dirinya yang mampu bertahan di J-League selama tujuh musim. Beliau percaya […]
Chanathip Songkrasin Sah Menyertai BG Pathum

Susulan kempen Thai League 1 yang kurang memberangsangkan musim lepas, BG Pathum United berharap dapat memperbaiki pencapaian menerusi perpindahan terbaru mereka hari ini. The Rabbits secara rasmi mengumumkan perpindahan kapten Thailand, Chanathip Songkrasin dari Kawasaki Frontale. Perpindahan tersebut didedahkan menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi BG Pathum hari ini. Dengan perpindahan ini, Chanathip kembali ke […]