Jurulatih DH Cebu Tak Gentar Jumpa Selangor

Pengendali Dynamic Herb Cebu, Mustafa Ati Goksu percaya pasukannya tidak gentar bila berhadapan dengan Selangor FC pada 3 Oktober ini. DH Cebu bakal berdepan Selangor dalam aksi kedua Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Kedua-dua pasukan mengalami nasib berbeza selepas mengharungi aksi pertama kumpulan. Merah Kuning meraih satu mata selepas diikat Muangthong United 1-1. […]