Shopee Cup: CAHN Berpesta Gol Tewaskan Lion City

CAHN mempamerkan aksi hebat apabila meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Lion City Sailors dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan B Shopee Cup. Lion City sebelum ini tewas 3-0 kepada Borneo FC bagi aksi pertama manakala CAHN turun dengan penuh motivasi setelah menang 2-1 ke atas Buriram United. CAHN menurunkan barisan pemain hebat seperti Leo Arthur, […]

Shopee Cup: CAHN ‘Titik’ Buriram United

Juara Thai League 1 musim 2023/24, Buriram United membuka kempen Kumpulan B Shopee Cup dengan langkah kiri apabila tewas kepada Cong An Ha Noi (CAHN) FC di Stadium Hang Day, Hanoi. Kedua-dua pasukan layak ke Shopee Cup dengan status juara kejohanan domestik untuk musim 2022/23 dan 2023. Buriram merupakan pemenang Thai League Cup 2022/23 dengan […]

Mano Polking Sah Bimbing Kelab Vietnam

Nama bekas jurulatih Thailand, Mano Polking kembali menjadi sebutan apabila beliau sah membimbing kelab V. League 1, Cong An Ha Noi (CAHN) FC. CAHN terpaksa mencari jurulatih baru selepas legenda Thailand, Kiatisuk Senamuang mengumumkan keputusan untuk meninggalkan pasukan itu secara mengejut baru-baru ini. Kiatisuk berbuat demikian atas alasan ingin kembali ke Thailand selepas beberapa tahun […]

Kiatisuk Senamuang Bakal Bimbing Skuad Muda Thailand?

Bekas jurulatih Cong An Ha Noi (CAHN), Kiatisuk Senamuang berpotensi membimbing pasukan Thailand Bawah 23 Tahun (B-23). Nama legenda Thailand itu menjadi sebutan peminat bola sepak Asia Tenggara apabila mengumumkan perletakan jawatan mengejut sebagai jurulatih pasukan itu semalam. Meskipun telah membimbing CAHN selama empat bulan, Kiatisuk merasakan sudah tiba masanya untuk beliau pulang ke tanah […]

Kiatisuk Senamuang Tinggalkan Vietnam Secara Mengejut

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Kiatisuk Senamuang telah mengutuskan sepucuk surat kepada pengerusi kelabnya, Cong An Ha Noi (CAHN) bagi menyatakan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih kelab Vietnam tersebut. Keputusan itu agak mengejutkan banyak pihak lebih-lebih lagi Kiatisuk telah membawa CAHN dengan agak baik dan meletakkan kelab kini di kedudukan kedua Liga […]

4 Lawan Kelas Tinggi Hadapi Tentangan Hebat KL City

Kelab Lembah Klang, KL City FC bakal memberi saingan hebat dalam saingan Shopee Cup musim 2024/25. Shopee Cup atau nama rasminya ASEAN Club Championship menyaksikan 12 pasukan bersaing bagi menentukan kelab terbaik di rantau Asia Tenggara. Malaysia diwakili oleh KL City selaku naib juara Piala FA edisi 2023. Sementara naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu […]

Jurulatih Malaysia Teruskan Tugas Besar Di Vietnam

Bekas penjaga gol Malaysia, Azmin Azram Abdul Aziz tetap fokus dengan tugasnya sebagai jurulatih penjaga gol Cong An Ha Noi (CAHN) FC walaupun terpaksa meraikan Aidilfitri di Vietnam. Ketika ini, saingan V. League 1 musim 2023/24 berehat bagi memberi ruang kepada saingan Piala Asia B-23 2024 di Qatar dengan baki enam perlawanan. Berdasarkan kedudukan semasa, […]

Bekas Jurulatih Thailand Bakal Kemudi Vietnam?

Bekas jurulatih Thailand kini dikaitkan bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Phillipe Troussier sebagai ketua jurulatih Vietnam yang baharu. Kiatisuk Senamuang yang merupakan jurulatih Cong An Ha Noi (CAHN) kini menjadi salah satu calon ketua jurulatih Vietnam disamping Velizar Popov, Chu Dinh Nghiem, Vu Hong Viet dan Le Huynh Duc. Jurulatih berusia 51 tahun itu […]

Mano Polking Nafi Terima Tawaran Kelab Indonesia

Bekas pengendali Thailand, Mano Polking menafikan beliau telah menerima tawaran dari sebuah kelab Indonesia. Penafian itu dibuat menerusi akaun X peribadi beliau semalam apabila ditanya tentang situasi terkininya dan kelab Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN) semalam. Polking sebelum ini dilaporkan bakal menyertai CAHN menggantikan pengendali Korea Selatan, Gong Oh-kyun. Langkah tersebut dibuat selepas pengurusan […]

Kelab Vietnam, CAHN Tewaskan PDRM

Kelab Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN) memanfaatkan tempoh rehat V. League 1 dengan menewaskan pasukan Liga Super, PDRM FC semalam. Perlawanan persahabatan itu diadakan di Stadium Hang Day bagi meraikan penyokong untuk menutup tahun 2023. Memandangkan ramai pemain CAHN dipanggil ke kem skuad kebangsaan Vietnam, pengendali interim Tran Tien Dai memberi peluang kepada pemain-pemain […]

Mano Polking Bakal Kemudi Kelab Vietnam

Selepas meninggalkan skuad kebangsaan Thailand pada penghujung November lalu, ramai ingin tahu destinasi terbaru pilihan Mano Polking. Persoalan itu akhirnya terjawab apabila jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu bakal mengemudi juara V. League 1 musim lepas, Cong An Ha Noi (CAHN). VN Express melaporkan pengurusan CAHN sudah mencapai persetujuan dengan Polking untuk membimbing pasukan itu. Bekas jurulatih […]

Bekas ‘Orang Kuat’ Shin Tae-yong Kini Jurulatih Kelab Vietnam

Bekas penolong Shin Tae-yong di Indonesia, Gong Oh-kyun sah bergelar jurulatih juara V. League 1 musim lepas, CAHN. ASEAN Football mendedahkan Oh-kyun dibawa masuk menggantikan Flavio Cruz dari Brazil. Jurulatih Korea Selatan itu bakal melatih CAHN selama dua tahun. Dengan pengumuman ini, jurulatih interim Tran Tien Dai bakal kembali kepada jawatan asalnya sebagai pengarah teknikal […]

Jurulatih Malaysia Julang Kejuaraan Di Liga Vietnam

Bekas penjaga gol Malaysia, Azmin Azram Abdul Aziz mengecapi trofi pertamanya sebagai jurulatih apabila membantu Cong An Ha Noi (CAHN) atau Hanoi Police muncul juara V. League 1 semalam. CAHN menggondol kejuaraan V. League 1 musim 2023 biarpun diikat 1-1 dengan Thanh Hoa pada aksi terakhir liga semalam. Biarpun CAHN terikat 38 mata dengan Hanoi […]

Jurulatih Malaysia Berpeluang Julang Gelaran V. League

Jurulatih penjaga gol Malaysia, Azmin Azram Abdul Aziz berpeluang membantu kelabnya dari Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN) meraih gelaran V. League 1 pada akhir musim ini. Dengan V. League 1 kini berbaki satu perlawanan, The Police Team masih mendahului liga dengan 37 mata. Mereka diekori rapat oleh musuh setempat, Hanoi di tempat kedua dengan […]