ACLE: Dion Cools Menyala, Buriram United Bedil Central Coast

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools membantu Buriram United mencipta kejutan menewaskan juara A-League musim 2023/24, Central Coast Mariners di Stadium Central Coast, Gosford. Thunder Castle mahu menambah koleksi mata dalam Liga Timur Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) selepas mengikat Vissel Kobe tanpa jaringan. Manakala CCM pula mahu bangkit selepas tewas 3-1 kepada Shandong Taishan. Alou […]

Dion Cools Belum Lapor Diri

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools belum melapor diri untuk menyertai kem pasukan itu menjelang kempen Pestabola Merdeka 2024. Ini selepas jurulatih skuad negara, Pau Marti Vicente memaklumkan bek tengah berusia 28 tahun itu masih memiliki komitmen perlawanan bersama kelabnya, Buriram United. Tidak seperti Liga Super yang berehat pada 18 Ogos lalu, Thai League 1 […]

Dion Cools Dalam Kesebelasan Terbaik Liga Thailand

Nama pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools kembali menjadi sebutan peminat bola sepak Thailand baru-baru ini. Ini selepas namanya tersenarai dalam Kesebelasan Terbaik Thai League 1 musim 2023/24. Kesebelasan terbaik liga ini diumumkan dalam FA Thailand Awards 2023/24. Perkara ini dikongsikan Cools menerusi satu hantaran di Instagram Story beliau baru-baru ini. Ini dilihat sebagai pengiktirafan […]

Dion Cools Ketuai Pesta 8 Gol Buriram United, Catat Nama Sebagai Penjaring

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools mengetuai pesta jaringan besar Buriram United dalam aksi terakhir Thai League 1 hari ini. Selepas kecewa disingkirkan Muangthong United dalam saingan separuh akhir Thai League Cup baru-baru ini, Buriram berazam mendapatkan kemenangan ke atas Khon Kaen United. Dan Cools memastikan Thunder Castle mendahului seawal minit ke-12 selepas menyudahkan hantaran […]

Hasrat Dion Cools Raih Trofi Ke-5 Di Thailand Berkecai

Keinginan pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools meraih trofi kelima di Thailand tidak kesampaian semalam. Ini selepas Muangthong United meraih kemenangan 2-0 ke atas kelab beliau, Buriram United dalam aksi separuh akhir Thai League Cup musim 2023/24. Thunder Castle berharap dapat mempertahankan gelaran juara Thai League Cup yang dimenangi pada musim lepas bagi memastikan mereka […]

Asnawi Mangkualam Terima Kad Kuning, Terjah Keras Dion Cools

Aksi Thai League 1 membabitkan Port FC dan Buriram United baru-baru ini mencuri perhatian penyokong kerana pertembungan Asnawi Mangkualam dan Dion Cools. Nama dua pemain pertahanan ini amat dikenali peminat bola sepak Asia Tenggara. Asnawi merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Indonesia di bahagian pertahanan. Manakala Cools pula bukan saja pemimpin di bahagian pertahanan Malaysia. Malah, […]

4 Lawan Kelas Tinggi Hadapi Tentangan Hebat KL City

Kelab Lembah Klang, KL City FC bakal memberi saingan hebat dalam saingan Shopee Cup musim 2024/25. Shopee Cup atau nama rasminya ASEAN Club Championship menyaksikan 12 pasukan bersaing bagi menentukan kelab terbaik di rantau Asia Tenggara. Malaysia diwakili oleh KL City selaku naib juara Piala FA edisi 2023. Sementara naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu […]

12 Pasukan Di Shopee Cup, Buriram & BG Pathum Turut Tersenarai

Peminat bola sepak Asia Tenggara teruja apabila dua kelab gergasi Thailand, Buriram United dan BG Pathum United tersenarai sebagai 12 kelab yang menyertai Shopee Cup. ASEAN Football melaporkan nama dua kelab itu dipilih sebagai wakil Thailand untuk Shopee Cup atau nama rasminya, ASEAN Club Championship. Kedua-dua kelab ini dipilih atas sebab Buriram merupakan juara Thai […]

Dion Cools & Zafuan Azeman Bersemuka Dalam Thai League Cup

Aksi pusingan 16 pasukan terbaik Thai League Cup membabitkan Buriram United dan Uthai Thani semalam dilihat istimewa buat Dion Cools dan Zafuan Azeman. Ini kerana perlawanan semalam menyaksikan pertembungan dua bintang Malaysia itu buat kali pertama di bumi Thailand. Detik tersebut turut dikongsikan akaun X, Harimau Abroad menerusi satu hantaran yang dimuatnaik di platform media […]

Dion Cools Bawa Prestasi Kukuh Di Thailand Bersama Malaysia

Prestasi cemerlang Dion Cools bersama juara Thai League 1 musim lepas, Buriram United amat berguna untuk skuad negara menjelang saingan Piala Asia 2023. Musim 2023-2024 menyaksikan bekas bek tengah FC Brugge itu telah merekodkan 21 penampilan dalam semua kejohanan untuk Buriram United termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Biarpun Thunder Castle ketika ini di tangga keempat […]

Dion Cools Tunjuk Sikap Kepimpinan Tinggi, Pertahan Rakan Sepasukan Di ACL

Dion-Cools-Buriram-United

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools terus membuktikan mengapa beliau menjadi tonggak utama Buriram United dalam semua kejohanan termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Cools muncul wira apabila tampil mempertahankan rakan-rakan sepasukannya yang diserang pemain dan staf pasukan Zhejiang FC semalam. Insiden pergaduhan pemain kedua-dua pasukan ini tercetus selepas tamat perlawanan Zhejiang-Buriram. Ramai percaya insiden tersebut […]

ACL: Dion Cools Gagal Sekat Zhejiang Kalahkan Buriram

Dion Cools tidak berupaya membantu Buriram United daripada ditewaskan Zhejiang FC dalam aksi kelima Kumpulan H hari ini. Selepas terikat 0-0 dengan Ratchaburi pada minggu lepas, Thunder Castle berharap dapat mengutip satu lagi kemenangan dalam saingan Kumpulan H ACL. Sementara The Green Giants berharap dapat meraih kemenangan bagi menceriakan penyokong yang bimbang dengan masa depan […]

ACL: Dion Cools Pimpin Buriram Tewaskan Melbourne City

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools memastikan Buriram United meraih tiga mata dengan mengalahkan Melbourne City di Stadium Rectangular Melbourne. Selepas tewas 2-0 di gelanggang sendiri beberapa minggu lalu, anak-anak buah Arthur Papas perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata. Ini bagi menghidupkan peluang mereka layak ke pusingan 16 pasukan terbaik sebagai naib juara kumpulan. Babak pertama […]

Jurulatih Melbourne City Dah Intip Buriram Sejak 7 Tahun Lalu

Jurulatih Melbourne City, Rado Vidosic mengakui amat mengagumi kelab Thai League 1, Buriram United menjelang aksi ketiga Kumpulan H malam ini. Malah, beliau juga turut mengintai kekuatan yang dimiliki pasukan itu semasa menjadi penolong jurulatih di kelab lamanya, Brisbane Roar untuk kempen ACL musim 2015. Melihat prestasi yang dipamerkan pasukan itu dalam ACL setakat ini, […]

ACL: Buriram United Dimalukan Ventforet Kofu

Bek tengah Malaysia, Dion Cools hampa apabila Buriram United tewas mengejut kepada Ventforet Kofu dalam aksi kedua Kumpulan H hari ini. Dengan status Kofu sebagai pasukan J2 League, kelebihan dilihat memihak kepada Thunder Castle di atas kertas. Ini dapat dilihat menerusi tujuh percubaan yang dilakukan barisan serangan pelawat tetapi hanya satu percubaan tepat pada babak […]

Dion Cools ‘Tapau’ Cabaran China Kali Kedua

Bek tengah Malaysia, Dion Cools memastikan benteng Buriram United kebal apabila membantu mereka meraih kemenangan 4-1 ke atas Zhejiang FC dalam saingan ACL semalam. Ini dapat dilihat berdasarkan penilaian Sofascore dalam perlawanan semalam. Biarpun beraksi sebagai bek kanan, Cools masih berupaya meraih penilaian 7.0. Biarpun bukan beraksi di posisi biasa beliau, Cools masih mampu mengeluarkan […]