Suphanat Mueanta Bakal Jalani Latihan Pra-Musim Di Eropah

Nama Suphanat Mueanta semakin menjadi bualan terutama selepas membantu Buriram mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Thai League 1. Justeru, tidak hairanlah sebaik saja musim ini berakhir, Suphanat bakal menjalani pra-musim di Eropah. Hal ini didedahkan oleh jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Thailand, Issara Sritaro apabila ditanya skuad bayangan yang bakal bertolak ke Sukan SEA 2023 […]
Thai League 1: Kecemerlangan Dion Cools Bantu Buriram United Tewaskan PT Prachuap

Ketenangan Dion Cools mengepalai pertahanan Buriram United membantu kelab itu melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas PT Prachuap dalam perlawanan Thai League 1 hari ini. Kemenangan ini turut membantu Thunder Castle mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga musim ini. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Ini disebabkan tuan rumah berusaha mengekang jentera […]
Tiga Bintang Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Thai League Cup

Prestasi memberangsangkan tiga bintang sensasi Malaysia di Thailand terus mencuri tumpuan apabila berjaya memacu cabaran pasukan ke peringkat separuh akhir Thai League Cup. Kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid meneruskan permulaan cemerlang bersama Ratchaburi apabila membantu mereka menewaskan Samut Songkram dengan keputusan 2-1. Beliau berjaya menjadi watak penting apabila menyumbang satu bantuan gol semalam. Malah, prestasi […]
Thai League Cup: Dion Cools Cemerlang Bantu Buriram Ke Separuh Akhir

Ketenangan bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools membantu Buriram mara ke separuh akhir Thai League Cup. Ini selepas Thunder Castle berjaya menewaskan Bangkok United 3-0 di Stadium Thammasat. Walaupun berstatus pasukan pilihan, Buriram terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 untuk membuka tirai jaringan. Pemain tengah Suphanat Muenta membua jaringan buat pasukan pelawat selepas menanduk sepakan percuma […]
Thai League 1: Aksi Cemerlang Dion Cools Bantu Buriram United ‘Tapau’ Police Tero

Pendahulu Liga 1 Thailand, Buriram United terus mengukuhkan cengkaman liga apabila mudah mengatasi Police Tero hari ini. Pemain sensasi Harimau Malaya, Dion Cools terus mendapat kepercayaan jurulatih untuk mengemudi barisan pertahanan tuan rumah. Turun tanpa tekanan, anak didik Masatada Ishii terus mengatur langkah dengan beberapa percubaan awal yang hampir menerjah gawang. Usaha ini membuahkan hasil […]
Thai League 1: Kebangkitan Luar Biasa Buriram Sekat Hasrat Muangthong

Semangat tak putus asa yang dimiliki pendahulu Thai League 1, Buriram United menjadi pendorong untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka. Ini terbukti selepas mereka berjaya mengikat musuh ketat mereka, Muangthong United 4-4 biarpun satu ketika ketinggalan 4-1. Walaupun diperkuat ramai pemain berbakat termasuk Theerathon Bunmathan, Cools dan Suphanat Muenta, Muangthong bukan saja tidak gerun. Malah, […]
Thai League 1: Buriram Mudah Tewaskan BG Pathum

Buriram terus unggul sebagai pendahulu liga dan mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini. Ini selepas BG Pathum United tunduk 1-0 kepada Thunder Castle di Stadium BG, Pathum Thani hari ini. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan seimbang. Tetapi Buriram terlebih dahulu di hadapan menerusi bekas pemain Newcastle United, Haris Vuckic pada minit […]
Thai League 1: Dion Cools Dipilih Pertahanan Terbaik Januari

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools terpilih sebagai pertahanan terbaik bagi bulan Januari dalam saingan Thai League 1. Pemain berusia 26 tahun itu jelas mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu setelah melengkapkan perpindahan daripada FK Jablonec kira-kira sebulan yang lalu. Bekas bintang Club Brugge ini terus mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Masatada Ishii apabila tenang mengemudi […]
Buriram United Ambil Tindakan Segera Berhubung Isu CCTV

Semalam, arena bola sepak Thailand kecoh dengan pendedahan kamera CCTV di bilik persalinan pasukan pelawat di Stadium Chang milik Buriram United. Tidak mahu perkara ini berlarutan, Thunder Castle telah mengarahkan kamera tersebut dialihkan. Sebelum ini, sudah ada ura-ura mengatakan wujud kamera CCTV di situ. Tetapi ia hanya terdedah selepas bekas presiden Chiangrai United, Miti Tiyapairat […]
Buriram United Tawarkan Peluang Menonton Perlawanan Atas Katil Di Stadium

Selalunya bila menonton perlawanan di stadium, penyokong biasanya akan duduk di tempat duduk stadium. Tetapi kelab Thailand, Buriram United memberi peluang kepada penyokong untuk menonton perlawanan mereka dari atas katil! Ini disebabkan baru-baru ini, Thunder Castle telah membuka sebuah lounge VIP eksklusif yang diberi nama Dream Power Club di Chang Arena. Di sinilah, penyokong dapat […]
Thai League 1: Buriram United Tundukkan Ego Chonburi

Aksi Liga Thai 1 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Buriram United dan Chonburi. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Chang Arena menyaksikan Buriram berjaya mengutip tiga mata berharga menewaskan Chonburi dengan keputusan 2-0. Turun dengan membariskan kesebelasan terbaik pasukan, khidmat pertahanan Harimau Malaya terus ditagih skuad kendalian Masatada Ishii. Dion Cools terus diberi kepercayaan untuk […]
Info Siaran Langsung Buriram United vs Chonburi | Thai League 1

Aksi minggu ke-17 menyaksikan pertembungan antara pendahulu liga, Buriram United FC yang turun berdepan dengan pasukan tangga ketiga liga, Chonburi FC. Perlawanan yang berlangsung di Chang Arena ini menyaksikan pasukan tuan rumah berhasrat untuk mengekalkan penguasaan dalam liga apabila kini selesa mendahului saingan Liga 1 Thailand selepas 16 perlawanan musim ini. Pasukan tuan rumah, Buriram […]
Dion Cools: Buriram United Sudah Lama Mahukan Saya

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools menyatakan bahawa kelabnya Buriram United sudah lama mengintai khidmatnya. Bekas pertahanan FK Jablonec itu akui Buriram United adalah sebuah pasukan yang kuat di Asia. Oleh sebab itu, beliau memilih untuk berkelana di Thailand. “Buriram adalah kelab terbesar di Asia, dan saya adalah pemain bebas. Ia adalah satu langkah yang baik. “Buriram […]
Minggu-16: Dion Cools Dipilih Pertahanan Terbaik Thai League

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools tersenarai dalam kesebelasan terbaik nagi aksi Liga 1 Thailand minggu ke-16. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan antara pemain import yang baru sahaja menyertai pasukan selepas akhirnya melengkapkan perpindahan dari kelab Republik Czech, FK Jablonec. Cools pada awalnya telah pun menjadi pilihan utama jurulatih, Masatada Ishii dalam aksi persahabatan […]
Dion Cools Cemerlang Bantu Buriram United Belasah Sukhotai

Selepas membuat penampilan pertama bersama Buriram United untuk Asian Charity Shield, Dion Cools tampak tidak kekok di atas padang. Dan itu dibuktikan oleh bek tengah Harimau Malaya itu dengan membantu Buriram mengalahkan Sukhotai 3-0. Beraksi menggunakan formasi 3-4-3, barisan pertahanan diterajui Cools, Rebin Sulaka dan Chitipat Tanklang berupaya mengekang asakan barisan serangan pasukan tuan rumah. […]
Dion Cools Hanya Perlukan 12 Hari Julang Trofi Pertama Di Asia

Kapten pasukan Harimau Malaya, Dion Cools hanya memerlukan 12 hari untuk membuktikan kalibernya beraksi di pentas bola sepak Asia. Anak jati kelahiran Sarawak ini telah membuat keputusan untuk meninggalkan bumi Eropah dan mencuba haluan bola sepak baru di Asia Tenggara bersama Buriram United. Pemain berusia 26 tahun ini secara rasmi menjadi milik juara Liga 1 […]