Supachai Jaided Jaring Gol Dari Tengah Padang

Peledak utama skuad kebangsaan Thailand, Supachai Jaided membuktikan dirinya semakin berbisa dalam Thai League 1 musim ini. Supachai menggamatkan penyokong Buriram United di Chang Arena apabila melepaskan rembatan dari separuh padang yang menerjah gawang lawan mereka, Police Tero. Pada ketika itu, Thunder Castle selesa mendahului The Silver Shield Dragons dengan keputusan 3-0 menerusi gol Kenny […]
Dion Cools Cipta Rekod Peribadi Bersama Buriram United

Dion Cools mencipta rekod peribadi bersama Buriram United sewaktu pasukan tersebut turun bertemu Trat FC dalam saingan liga Thailand. Kapten pasukan Harimau Malaya ini tampil menggalas peranan berbeza dalam perlawanan kali ini apabila diturunkan dibahagian sayap kanan Buriram United. Dion Cools kemudian tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama Buriram United apabila meledak seawal minit […]
Dion Cools Belum Sedia Pulang Ke Malaysia

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools menyatakan dirinya belum bersedia untuk pulang beraksi di liga Malaysia. “Saya sentiasa memberitahu isteri saya bahawa saya suka berada di Asia namun saya juga terlintas di fikiran untuk meneroka budaya lain seperti Jepun atau Korea suatu hari nanti.” “Saya belum bersedia untuk pulang ke Malaysia buat masa sekarang. Kemungkinan […]
Dion Cools Bawa Prestasi Kukuh Di Thailand Bersama Malaysia

Prestasi cemerlang Dion Cools bersama juara Thai League 1 musim lepas, Buriram United amat berguna untuk skuad negara menjelang saingan Piala Asia 2023. Musim 2023-2024 menyaksikan bekas bek tengah FC Brugge itu telah merekodkan 21 penampilan dalam semua kejohanan untuk Buriram United termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Biarpun Thunder Castle ketika ini di tangga keempat […]
ACL: Kudrat Dion Cools Gagal Sekat Ventforet Kofu Tewaskan Buriram United

Bek tengah Buriram United dan Harimau Malaya, Dion Cools gagal sekat pasukan J2 League, Ventforet Kofu mencipta sejarah mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) hari ini. Ini selepas juara treble dari Thailand itu tunduk 3-2 kepada Kofu dalam aksi terakhir Kumpulan H. Walaupun mendahului Kumpulan H dengan kelebihan gol, Kofu memerlukan kemenangan […]
Dion Cools Terselamat Dari Hukuman Berat

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools terselamat daripada hukuman berat yang dikenakan oleh Konferderasi Bola Sepak Asia (AFC). Pemain berusia 27 tahun itu beraksi ketika pasukan Thailand itu berdepan wakil China, Zheijang ketika tewas tipis 3-2. Aksi tersebut bagaimanapun diserikan dengan insiden besar yang melibatkan pergaduhan antara Cools dan pemain Zheijang yang kelihatan berada dalam […]
AFC Gantung 3 Pemain Buriram United

Susulan pergaduhan yang tercetus dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) membabitkan Zhejiang dan Buriram United beberapa minggu lepas, tindakan disiplin telah dikenakan kepada semua individu yang terlibat. ASEAN Football melaporkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan penggantungan buat tiga pemain Thunder Castle. Penyerang Azerbaijan, Ramil Sheydayev dikenakan penggantungan lapan perlawanan. Sementara dua lagi rakan sepasukannya, […]
‘Saham’ JDT Melonjak Kepada RM54 Juta

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengecapi kejayaan dalam dan luar padang dengan penuh gemilang apabila menjadi kelab paling bernilai di Asian Tenggara ketika ini. Pasukan bimbingan Tano Solari kini berada pada fasa akhir untuk merangkul satu lagi pencapaian memberangsangkan apabila bakal beraksi di pentas akhir Piala Malaysia 2023. Skuad Harimau Selatan juga kini […]
Penyokong China Masih Marah, Dakwa Dion Cools Lupa Asal Usul

Penyokong China dilihat masih menyimpan perasaan marah terhadap Dion Cools selepas membuat keputusan untuk tidak mewakili pasukan kebangsaan China selepas memilih untuk bersama Malaysia. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi duri dalam daging buat China apabila membantu Harimau Malaya mengikat pasukan ke-79 dunia itu dengan keputusan 1-1 pada bulan September lalu. Skuad bimbingan Aleksandar Janković […]
Pergaduhan Pemain Cemari Aksi Zhejiang Dan Buriram

Saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dicemari dengan insiden pergaduhan membabitkan pemain dan staf Zhejiang FC dan Buriram United semalam. Pergaduhan kedua-dua pasukan ini tercetus selepas tamat perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu. Akaun X FourFive Wonton percaya insiden pergaduhan ini tercetus gara-gara perang mulut yang tercetus antara pemain kedua-dua pasukan di tengah padang. Pandangan ini dibuat […]
Dion Cools Dalam Kalangan Penerima Gaji Tertinggi Di Buriram United

Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools dilaporkan antara pemain yang menerima gaji tertinggi buat kelab Buriram United bagi musim 2023. Penyerang kelahiran Slovenia, Haris Vučkić muncul penerima gaji tertinggi apabila menerima £8,200 seminggu diikuti pemain tengah bertahan, Goran Čaušić dengan bayaran £7,200 seminggu. Menurut laman web Salary Sport, Dion Cools meraih gaji sebanyak £5,400 seminggu bersamaan […]
Dion Cools Wakil Tunggal Malaysia Pemain Terbaik ACL ‘Matchday 4’

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools muncul wakil tunggal Malaysia dalam senarai pemain terbaik Liga Juara-Juara Asia untuk aksi perlawanan keempat. Dion Cools bersama-sama pasangan pertahanan tengah di Buriram United berjaya menembusi kesebelasan terbaik sekaligus menonjolkan keserasisan pemain ini bersama rakan sepasukannya di Buriram United. Pertahanan berusia 27 tahun ini juga sebaris dengan pemain seperti […]
Tiga Gergasi Asia Tumbang Di Tangan Kelab ASEAN

Dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 minggu ini, terdapat tiga pasukan gergasi dari Asia yang tewas kepada pasukan dari ASEAN. Tiga pasukan tersebut ialah Ulsan Hyundai, Jeonbuk Hyundai dan Melbourne City. Ulsan Hyundai dan Jeonbuk Hyundai merupakan wakil dari Korea Selatan manakala Melbourne City pula ialah pasukan dari Australia. Juara Liga Korea musim ini, […]
ACL: Dion Cools Pimpin Buriram Tewaskan Melbourne City

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools memastikan Buriram United meraih tiga mata dengan mengalahkan Melbourne City di Stadium Rectangular Melbourne. Selepas tewas 2-0 di gelanggang sendiri beberapa minggu lalu, anak-anak buah Arthur Papas perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata. Ini bagi menghidupkan peluang mereka layak ke pusingan 16 pasukan terbaik sebagai naib juara kumpulan. Babak pertama […]
Dion Cools Bantu Buriram United Sekat BG Pathum

Aksi kesembilan saingan Liga Thai hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Buriram United dan BG Pathum United. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Chang Arena menyaksikan bek pertahanan kebangsaan, Dion Cools diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan membantu mengawal kubu pertahanan Buriram. Babak separuh masa pertama tamat dengan seri 0-0. Kedua-dua pasukan gagal mencetak sebarang jaringan […]
ACL: Dion Cools Ditentang Hebat Saat Buriram United Tewas Kepada Kelab Australia

Wakil Thailand di Liga Juara-Juara AFC (ACL), Buriram United dan bintang Malaysia, Dion Cools menerima kejutan apabila tewas kepada kelab Australia, Melbourne City dengan keputusan 2-0. Perlawanan getir yang berlangsung di Stadium Chang Arena menyaksikan pasukan pelawat melakukan tentangan sengit bermula minit pertama permainan. Melbourne City bagaimanapun mendahulu permainan hasil tolakan mudah Alessandro Lopane pada […]