Bintang Filipina, Gerrit Holtmann Cipta Sejarah Besar Di Eropah

Bintang Filipina, Gerrit Holtmann mencipta sejarah tersendiri di Bundesliga bersama kelabnya, VfL Bochum. Ini selepas pemain sayap berusia 29 tahun itu menjadi pemain paling pantas dalam liga berkenaan dengan rekod 36.74 kilometer sejam (km/s). Rekod ini dicipta dalam aksi terbaru Bochum menentang Eintracht Frankfurt. Rekod baru Holtmann turut memadamkan rekod sebelumnya yang dicipta pemain sayap […]
Aksi Lucu Penjaga Gol Jerman Curi Perhatian Netizen

Gelagat lucu seorang penjaga gol Jerman menjaringkan gol sendiri dalam saingan 2. Bundesliga mencuri perhatian pengguna media sosial. Menerusi satu video yang dimuatnaik akaun rasmi Instagram Bundesliga, penjaga gol Hamburger SV, Daniel Heuer Fernandes dilihat melakukan hantaran rutin kepada rakan sepasukannya. Walau bagaimanapun, tindakan pemain Hamburger menghantar bola kembali kepadanya menyebabkan Fernandes tergesa-gesa kembali ke […]
Kane & Xhaka Alami Nasib Berbeza Di Bundesliga

Harry Kane dan Granit Xhaka alami nasib berbeza sepanjang musim baharu ini beraksi di Liga Jerman (Bundesliga). Kedua pemain ini merupakan bekas pemain Liga Perdana Inggeris yang sangat berpengalaman iaitu Tottenham Hotspur dan Arsenal. Bayern Munich melamar Harry Kane pada awal musim lepas pada bulan Ogos 2023 sebulan selepas Granit Xhaka sertai Bayer 04 Leverkusen […]
Bayer Leverkusen Pecah Dominasi Bayern Munich, Julang Bundesliga

Bayer Leverkusen sah bergelar juara Bundesliga buat kali pertama dalam tempoh 120 tahun penubuhan kelab tersebut. Pasukan yang dibimbing legenda Liverpool, Xabi Alonso itu bergelar juara selepas mengalahkan Werder Bremen 5-0 di BayArena semalam. Die Werkself hanya perlu mengatasi Bremen untuk bergelar juara. Ini selepas dua pencabar terdekat Leverkusen, Bayern Munich dan VfB Stuttgart masing-masing […]
Bundesliga: Bayern Munich Tangguhkan Kejuaraan Bayer Leverkusen, Tundukkan FC Koln

Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich berjaya melewatkan pertabalan Bayer Leverkusen sebagai juara Bundesliga musim 2024/25 untuk tempoh 24 jam. Ini selepas pasukan yang dibimbing Thomas Tuchel itu menundukkan pasukan kedua tercorot dalam liga, FC Koln. Die Roten memerlukan kemenangan hari ini di Allianz Arena untuk cuba menangguhkan keraian kejuaraan Leverkusen yang dibimbing legenda Liverpool, Xabi […]
Kelab Bundesliga Dikhabarkan Berminat Uji Pasukan Liga Malaysia

Sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Bundesliga dikhabarkan menyatakan minat untuk mengadakan satu perlawanan berdepan pasukan dari Liga Malaysia. Memetik laporan yang diterbitkan Astro Arena, dikhabarkan kelab yang beraksi di Liga Jerman itu memilih Lembah Klang sebagai destinasi pilihan bagi pasukan tersebut menjalani kempen pra-musim. Ketika ini, saingan Bundesliga masih berjalan dan dijangka tamat pada […]
Kejohanan Kelab Jerman & Indonesia Bakal Jadi Kenyataan

Sebuah kejohanan antara kelab Jerman dan kelab Indonesia bakal menjadi kenyataan apabila Persatuan Bola Sepak Jerman (DFL) mengumumkan kolaborasi bersama Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI). Sebelum ini sebuah delegasi diketuai oleh Presiden PSSI, Erick Thohir telah melakukan lawatan ke Frankfurt, Jerman bagi membincangkan perihal bola sepak Indonesia dalam memperkuatkan dua aspek penting iaitu kepakaran teknikal […]
Aksi Pengadil Terjatuh Ketika Dirempuh Curi Perhatian Di Jerman

Gelagat seorang pengadil Bundesliga yang terjatuh selepas dirempuh pemain mencuri tumpuan peminat bola sepak Jerman. Insiden ini dikongsikan dalam akaun Instagram rasmi Bundesliga sekitar Januari lalu. Insiden ini dipercayai berlaku dalam aksi liga membabitkan Werder Bremen dan TSG Hoffenheim pada Oktober lalu. Beberapa pemain dilihat sedang berebut bola tanpa menyedari pengadil berada terlalu hampir dengan […]
Leroy Sane Mengamuk, Tumbuk Kamera Dalam Gol

Pemain sayap Jerman, Leroy Sane tidak dapat mengawal kekecewaan selepas melihat pasukannya, Bayern Munich tewas kepada Bayer Leverkusen dalam aksi terbaru Bundesliga semalam. Lensa kamera mengesan Sane yang marah terlebih dahulu menyepak bola keluar daripada gawang Die Roten. Pemain berusia 28 tahun itu kemudiannya menumbuk kamera dalam gawang sehingga kamera tersebut terjatuh. Insiden ini berlaku […]
Stadium Membeku Paksa Aksi Mainz Lawan Union Berlin Ditangguhkan

Aksi Bundesliga antara Mainz 05 dan Union Berlin terpaksa ditangguhkan ekoran dilanda salji lebat dan suhu di bawah paras sifar sehinggakan Stadium MEWA Arena membeku. Kawasan luar stadium dan padang bola sepak itu telah dilimpahi salji malah suhu di Mainz telah mencecah sehingga -8°C menyebabkan terbentuknya ais di kawasan tempat duduk penyokong. Perkara tersebut dapat […]
Tindakan Penyokong Hamburg Raikan Gol Terlalu Awal Makan Diri

Normal bagi penyokong bola sepak berlari ke padang bagi meraikan kemenangan pasukan mereka yang berharga. Tetapi tindakan penyokong Hamburg melakukannya terlalu awal memakan diri apabila pasukan mereka gagal layak secara automatik ke Bundesliga. Dengan 2. Bundesliga memasuki perlawanan terakhir, Hamburg berharap kemenangan ke atas Sandhausen sudah cukup untuk menjadikan mereka naib juara. Pada masa sama, […]
Tonton: Kerja ‘Gila’ Yann Sommer Selamatkan 19 Percubaan Tepat Bayern Munich

Ketangkasan luar akal penjaga gol berpengalaman Borussia Monchengladbach, Yann Sommer menafikan setiap peluang yang diperoleh gergasi Bayern Munich dianggap sebagai satu fenomena. Pemain kebangsaan Switzerland itu turun selaku kapten pasukan menjadi tonik terbaik buat rakan sepasukan apabila ketangkasan beliau memastikan Gladbach berjaya mencuri satu mata. Beraksi di gelanggang lawan, beliau telah menafikan segala peluang terhidang […]
Perlawanan Dihentikan Untuk Beri Peluang Pemain Berbuka Puasa Di Bundesliga

Perlawanan Bundesliga yang menemukan FC Augsburg dan Mainz 05 telah dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada pemain beragama Islam, Moussa Niakhate untuk berbuka puasa. Umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan dan pemain Real Madrid, Karim Benzema paling mencuri tumpuan kerana walaupun berpuasa seharian namun berjaya mencipta hatrik ketika menentang Chelsea dalam Liga Juara-Juara Eropah. Niakhate […]
TMJ “Sound Direct” Bundesliga Isu Politik Dalam Bola Sepak

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi teguran kepada Bundesliga mengenai satu hantaran yang dilakukan untuk menunjukkan solidariti kepada Ukraine. Umum mengetahui bahawa ketika ini konflik yang berlaku melibatkan Russia dan juga Ukraine telah pun mendapat perhatian satu dunia. TMJ telah pun meninggalkan satu komen pada […]
Robert Lewandowski Penyerang Prolifik Eropah Ketika Ini

Baru-baru ini, Bayern Munich telah memenangi sextuple iaitu merangkul 6 kejuaraan untuk semusim. Prestasi luar biasa Bayern ini dikaitkan dengan kebijaksanaan pengurus baharu mereka, Hansi Flick. Namun, prestasi pemain bintang mereka, Robert Lewandowski juga antara faktor terbesar kejayaan mereka. Kini, Lewandowski sedang mengganas di Bundesliga. Robert Lewandowski merupakan pemain kelahiran Poland dan memulakan karier bolasepak […]