Bruno Suzuki Bangga Dengan Pencapaian PDRM

Penyerang berdarah Brazil-Jepun, Bruno Suzuki mengakui bangga dengan pencapaian yang dilakar PDRM FC dalam Liga Super musim 2023. Pada awal musim, tidak banyak harapan diberi kepada pasukan yang diberi jolokan The Cops itu. Malah, ada yang menyangka PDRM berkemungkinan berlegar dalam kelompok tercorot liga. Bagaimanapun, PDRM membuktikan mereka bukan pasukan yang dipandang enteng dengan mengalahkan […]

Liga Super: PDRM Cemerlang Kejutkan Sri Pahang

PDRM FC bangkit daripada ketinggalan sebelum merekodkan kemenangan mengejut ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur hari ini. Skuad Tok Gajah memerlukan kemenangan hari ini untuk merapatkan jurang dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di kedudukan ketiga liga. Sementara The Cops pula melihat kemenangan hari ini mampu melonjakkan mereka ke tangga ketujuh […]

Challenge Cup: PDRM Benam Cabaran KL Rovers

PDRM berjaya menewaskan KL Rovers 2-1 dalam aksi suku akhir pertama Challenge Cup. Penyerang utama PDRM, Bruno Suzuki membuka jaringan pertama perlawanan seawal minit ke-13 perlawanan setelah menerima lorongan Marcus Macauley. 11 minit kemudian, Nabil Ahmad Latpi berjaya menjaringkan gol kedua PDRM menerusi hantaran Fadi Awad. Tersentak dengan jaringan PDRM, KL Rover menggandakan serangan dan […]

Yunus Alif Buat PDRM Sukar Digugat

Selepas dua perlawanan, PDRM FC tampak sukar digugat di bawah kendalian bekas jurulatih Sri Pahang FC, Dato’ Yunus Alif. Selepas mengejutkan Selangor FC dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia, giliran Penang pula jadi mangsa The Cops. Pasukan pelawat yang dibimbing Chong Hee Fat itu tunduk 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ […]

Bruno Suzuki Kongsi Keterujaan Peluk Islam

Penyerang import PDRM FC, Bruno Suzuki mengakui amat gembira dan teruja selepas bergelar seorang Muslim kerana itu hasrat yang sudah lama terbuku di hatinya. Hasrat bekas penyerang Home United itu terlaksana apabila beliau mengucapkan dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid PULAPOL semalam. “Saya sudah lama menyimpan hasrat itu sebab saya menetap di […]

Penyerang PDRM, Bruno Suzuki Peluk Islam

Penyerang PDRM FC berdarah Brazil-Jepun, Bruno Suzuki kini sah bergelar seorang Muslim hari ini. Ini selepas perkara ini dikongsikan oleh akaun media sosial rasmi PDRM FC. Beliau telah melafazkan dua kalimah syahadah di Masjid PULAPOL, Kuala Lumpur awal pagi ini di hadapan Ustaz Arif M. Rajoli. Ia turut disaksikan oleh YDH SAC Noor Hisam Nordin, […]

Bruno Suzuki Yakin PDRM Terus Konsisten Sukarkan Lawan

Keputusan seri tanpa jaringan yang dicatatkan Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) dalam aksi bertemu Terengganu FC semalam bukanlah sesuatu yang menggembirakan Terengganu namun ianya cukup baik buat PDRM. Ini kerana buat PDRM, mereka tiada tekanan memandangkan mereka bukan kelab besar seperti Terengganu. Perkara itu dikongsikan oleh penyerang PDRM, Bruno Suzuki. Beliau merasakan […]

Liga Super: Selangor Longlai Dikejutkan PDRM

Hasrat Selangor mencipta kemenangan mudah ke atas PDRM hari ini tidak kesampaian. Ini selepas skuad Merah Kuning dikejutkan The Cops 1-0 di Stadium MBPJ. Dengan reputasi PDRM sebagai pasukan yang liat untuk ditewaskan, Selangor menurunkan barisan terkuat bagi mendepani anak-anak buah Azzmi Aziz. Dan sebaik sepak mula, anak-anak buah Tan Cheng Hoe mula mengasak kubu […]

Liga Super: Kelantan Makin Parah, Tewas Kepada PDRM

Kelantan terus bergelut mencari rentak kemenangan di bawah bimbingan Frank Bernhardt. Kali ini, pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors (TRW) itu dibelasah PDRM 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan seimbang untuk mencari gol pembukaan. Tetapi pasukan pelawat yang dibimbing Azzmi Aziz terlebih dahulu […]

Jaringan Bruno Suzuki Jadikan Terengganu Kini Pasukan Paling Tumpul

Selepas melalui dua perlawanan tanpa gol, akhirnya Kelab Bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) berjaya menoktahkan ketandusan gol pada perlawanan ketiga menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam tadi. Jaringan tunggal yang dijaringkan pemain import mereka, Bruno Suzuki berjaya menghadiahkan kemenangan berharga buat pasukan ‘The Cops’ menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) […]

“Falsafah Nafuzi Zain Macam Pep Guardiola” – Bruno Suzuki

Pemain import PDRM FC, Bruno Suzuki teruja untuk bertemu semula dengan bekas jurulatiunya, Nafuzi Zain dalam satu aksi di Terengganu. Bintang berusia 32 tahun itu pernha beraksi sebelum ini dengan beberapa pasukan sebelum ke Thailand dan kini beraksi bersama PDRM. Jelasnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah buat pasukannya dalam usaha untuk mencuri sekurang-kurangnya satu […]

Pemain Kacukan Jepun-Brazil Kembali Ke Liga Malaysia

Pemain kacukan Jepun-Brazil, Bruno Suzuki sah akan kembali ke Liga Malaysia pada musim hadapan. Penyerang berusia 32 tahun ini membuat satu hantaran di laman rasmi Instagram miliknya menyatakan bahawa beliau telah meninggalkan kelabnya, Bangkok FC. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan kelab apa yang bakal disertainya untuk menghormati kontrak. “Saya tinggalkan Bangkok FC kerana menerima beberapa […]