Cristiano Ronaldo & Bruno Fernandes Kembali Ke Pangkuan Kelab

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes kembali ke pangkuan kelab masing-masing selepas Portugal berjaya menewaskan Poland 5-1 di Porto, Portugal. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh wartawan antarabangsa, Fabrizio Romano, 4 bintang Portugal berkenaan dibenarkan pulang ke kelab masing-masing selepas Portugal berjaya mara ke suku akhir Liga Negara-negara UEFA. “Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes, Pedro Neto […]

Bruno Fernandes Selamatkan Penumpang Pesawat

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes menjadi wira dalam kehidupan sebenar apabila menyelamatkan seorang penumpang pesawat yang tidak sedarkan diri. Daily Mail melaporkan Insiden ini terjadi dalam penerbangan EasyJet dari Manchester, England ke Lisbon, Portugal baru-baru ini. Fernandes dan rakan sepasukan, Diogo Dalot mengambil penerbangan tersebut untuk menyertai kem latihan Portugal. Sebaik menyedari seorang penumpang tidak […]

EPL: Manchester United Menang Bergaya Ke Atas Leicester City

Manchester United mempamerkan aksi hebat di bawah kendalian pengurus interim Ruud Van Nistelrooy apabila menewaskan Leicester City dengan jaringan 3-0. Amad Diallo bersama-sama Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan juga Rasmus Hojlund diberikan kepercayaan untuk membarisi jentera serangan pasukan. Leicester City pula mempertaruhkan nama-nama seperti Harry Winks, Wilfred Ndidi dan juga Boubakary Soumare untuk mengawal bahagian […]

Bruno Fernandes Minta Maaf Kepada Ten Hag

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes mendedahkan beliau berhubung dengan Erik ten Hag dan memohon maaf kepadanya. Jurulatih Belanda berusia 54 tahun itu dipecat United susulan prestasi tidak menentu pasukan itu sejak awal musim 2024/25. Susulan itu, The Red Devils mengumumkan Ruben Amorim sebagai pengganti ten Hag. Antara keputusan pengurus Belanda itu ialah menjadikan Fernandes sebagai […]

EPL: Crystal Palace Sekat Hajat 3 Mata Man United

Crystal Palace berjaya mengikat Manchester United tanpa jaringan dalam aksi di Stadium Selhurst Park. Erik Ten Hag menurunkan barisan pemain hebat seperti de Ligt, Lisandro Martinez, Alejandro Garnacho, Bruno Fernandes dan Joshua Zirkee. Crystal Palace pula menggandingkan Eberechi Eze, Eddie Nketiah dan Mateta di bahagian jentera serangan pasukan. United hampir meraih gol pertama pada minit […]

EPL: Brighton Tewaskan Man United Pada Minit Akhir

Brighton berjaya menewaskan Manchester United 2-1 menerusi jaringan pada masa tambahan untuk meraih tiga mata berharga. Erik Ten Hag menurunkan gandingan Kobbie Mainoo dan Casemiro di bahagian tengah pasukan manakala Marcus Rashford, Amad Diallo dan Bruno Fernandes mengetuai jentera serangan United. Bekas peledak United, Danny Welbeck menjadi taruhan utama Brighton sebagai penyerang manakala van Hecke […]

EPL: Joshua Zirkzee Muncul Wira Man United Benam Fulham

Man United membuka tirai musim 2024/2025 dengan langkah kanan apabila berjaya membenam cabaran Fulham di Stadium Old Trafford. Erik Ten Hag mempertaruhkan Bruno Fernandes, Marcus Rashford, Amad Diallo dan Mason Mount di bahagian serangan pasukan manakala Noussair Mazraoui melakukan debut pertama beliau. Fulham pula memberikan kepercayaan kepada Rodrigo Muniz untuk menggalas tugas penyerang utama pasukan […]

Bruno Fernandes Kekal Berbakti Buat Ten Hag Lebih Lama

Selepas membawa masuk Mathijs de Ligt dan Noussair Mazraoui, Manchester United pantas memeterai kontrak baru dengan kapten, Bruno Fernandes. Ini selepas The Red Devils mengumumkan pemain tengah menyerang berusia 29 tahun itu telah memeterai kontrak baru sehingga tahun 2027. Kelab juga memiliki pilihan untuk mengaktifkan klausa lanjutan kontrak selama setahun buat Fernandes. “Bruno Fernandes telah […]

Bruno Fernandes Minta Man United Naikkan Gaji Cecah RM8.8 Juta Sebulan

Kapten Man United, Bruno Fernandes mahu pasukan itu menaikkan gajinya agar setara dengan beberapa penerima gaji tertinggi di Old Trafford. Akhbar Daily Mirror melaporkan beliau berbuat demikian bukan saja kerana mengambil kira kontraknya bakal berakhir pada tahun 2026. Malah, sentimen ini turut didorong oleh keinginan gaji yang diterima hendaklah bersesuaian dengan status dirinya selaku kapten […]

Magis Bruno Fernandes Pacu Portugal Belasah Finland

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes menunjukkan aksi terbaik di peringkat antarabangsa apabila membantu Portugal menundukkan cabaran Finland dalam aksi persahabatan antarabangsa awal pagi tadi. Portugal di bawah kendalian Roberto Martinez menurunkan barisan terkuat walaupun tanpa kapten pasukan, Cristiano Ronaldo yang berehat sebelum melaporkan diri pada Jumaat. Aksi dimulakan dengan penguasaan penuh Portugal yang dilihat […]

Cristiano Ronaldo Desak Al-Nassr Dapatkan Bruno Fernandes

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mahukan kelabnya, Al-Nassr segera menandatangani rakan sepasukannya di Portugal, Bruno Fernandes. Pemain berusia 39 tahun itu difahamkan berminat untuk kembali bermain bersama Bruno Fernandes di peringkat kelab selepas kali terakhir beraksi ketika di Man United pada penghujung 2022. Menurut laporan media Eropah, Daily Mirror, Ronaldo meminta agar kelabnya itu […]

EPL: Man United Pastikan Newcastle United Pulang Dengan Tangan Kosong

Manchester United berjaya meraih kemenangan penting dalam aksi menentang Newcastle United di Stadium Old Trafford. Erik Ten Hag masih menurunkan Casemiro dan Jonny Evans dibahagian tengah pertahanan manakala Bruno Fernandes dan Alejandro Garnacho memperkuatkan serangan pasukan. Newcastle United pula mempertaruhkan trio serangan Anthony Gordon, Alexandar Isal dan Jacob Murphy dalam usaha membolosi benteng pertahanan tuan […]

EPL: Penalti Bantu Liverpool Ikat Manchester United

Manchester United hampir mengejutkan Liverpool di gelanggang keramat Stadium Old Trafford namun penalti pada hujung permainan mengubah segalanya. Anak buah Erik Ten Hag turun dengan misi besar bagi menamatkan kemarau kemenangan setelah mensia-siakan dua perlawanan terakhir dengan keputusan seri dan kalah. Liverpool pula mencari 3 mata berharga bagi menghidupkan peluang memburu kejuaraan liga disamping membalas […]

EPL: Penalti Bantu Manchester United Belasah Everton

Manchester United mempamerkan aksi cemerlang untuk menewaskan Everton digelanggang keramat Stadium Old Trafford. Erik Ten Hag menurunkan gandingan Raphael Varane dan Jonny Evans dibahagian pertahanan tengah pasukan manakala Marcus Rashford mengetuai jentera serangan United. Everton pula menagih khidmat penjaga gol England, Jordan Pickford dalam perlawanan ini selain turut menampilkan bekas pemain akademi United, James Garner […]

UCL: FC Copenhagen Tundukkan Man Utd

Man Utd berdepan kemungkinan tersingkir awal dari UCL selepas tewas 4-3 kepada FC Copenhagen di Copenhagen hari ini. Barisan pemain The Red Devils tahu hanya kemenangan saja yang dapat menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik sebagai naib juara Kumpulan A. Sementara The Lions pula memerlukan kemenangan bagi membolehkan mereka memintas kelab gergasi Turki, Galatasaray. […]

Kelab Arab Mahu Selamatkan Masa Depan Bruno Fernandes

Dengan kedudukan Manchester United yang terumbang-ambing, beberapa kelab Arab Saudi dilaporkan berminat mendapatkan kapten Bruno Fernandes. Akhbar Manchester Evening News memetik laporan wartawan sukan Dello TV Sport, Rudy Galletti bahawa nama pemain tengah Portugal itu dalam pemerhatian Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi. PIF merupakan pemilik kepada empat pasukan Saudi Pro League iaitu Al-Nassr, Al-Ittihad, […]