Info Siaran Langsung Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia vs Brunei (Live Streaming)

Perlawanan kedua Piala Dunia Sepak Takraw bagi acara regu kumpulan B menyaksikan pertembungan dua negara Asia Tenggara di antara Malaysia dan Brunei pada Ahad. Selepas kejayaan menewaskan China pada Sabtu, skuad negara mahu meneruskan rentak cemerlang dengan mencattkan kemenangan kedua bagi merealisasikan hasrat mara ke pusingan seterusnya. Skuad sepak takraw kebangsaan bagi acara regu ini […]
Lencongan Tajam Baddrol Bakhtiar Gegarkan Brunei

Legenda bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar membuktikan dirinya masih lagi mempunyai ketajaman penyudah apabila jaringan menarik beliau membantu Lagenda Malaysia menewaskan Legenda Brunei pada Sabtu. Video jaringan Baddrol itu telah tular di aplikasi Tiktok dan rata-rata yang menonton video tersebut kagum dengan lencongan tajam Baddrol yang menewaskan penjaga gol lawan. Perlawanan yang diadakan di Stadium […]
Legenda Malaysia Tewaskan Brunei Dengan Jaringan Besar

Aksi Battle of the Legends 2024 yang menemukan legenda bola sepak Malaysia dan Brunei Darussalam pada Sabtu lepas berakhir dengan kemenangan besar buat kem negara. Kem legenda Malaysia menampilkan 20 bekas pemain seperti Khalid Jamlus, Asmawi Bakiri, Zaquan Adha Abdul Radzak dan Baddrol Bakhtiar di bawah bimbingan Datuk K. Rajagopal. Sementara kem Brunei pula menampilkan […]
Selangor Bakal Bertemu Kelab Indonesia?

Pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC dikhabarkan bakal bertemu kelab dari Indonesia. Memetik laporan Astro Arena, The Red Giants bakal mengadakan perlawanan persahabatan empat penjuru bertemu kelab dari tiga negara iaitu Indonesia, Brunei dan Singapura. Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi mempersiap dan menguji kekuatan pasukan sebelum menghadapi saingan musim baharu 2024/2025. Sebelum ini, Selangor pernah […]
Brunei Dijemput Hadapi Pasukan Ke-91 Dunia

Skuad bola sepak kebangsaan Brunei akhirnya berjaya mendapatkan satu aksi persahabatan berkualiti apabila dijadualkan bertemu pasukan yang menghuni tangga ke-91 ranking bola sepak dunia, Curacao. Menerusi beberapa laporan, aksi persahabatan berkualiti di antara Brunei dan Curacao dijadualkan akan berlangsung pada 22 Mac depan bertempat di Arab Saudi. Brunei dan Curacao merupakan dua pasukan yang dijemput […]
BATC: Malaysia Mula Langkah Kanan, Atasi Brunei

Skuad badminton lelaki Malaysia tiada masalah untuk menumbangkan Brunei dalam aksi pertama kumpulan B Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024. Malaysia yang merupakan juara bertahan turun tanpa pemain perseorangan utama, Lee Zii Jia dan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang direhatkan bagi aksi ini. Ng Tze Yong yang ditugaskan sebagai pemain perseorangan […]
BATC 2024: Laluan Mudah Menanti Malaysia

Skuad badminton lelaki Malaysia dijangka tiada masalah untuk melepasi peringkat kumpulan Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024. Skuad lelaki negara yang turun selaku juara bertahan edisi 2022 yang lalu diundi berada di kumpulan B bersama-sama Chinese Taipei, Kazakhstan, Brunei. Di atas kertas, skuad lelaki negara yang diketuai Lee Zii Jia sebagai pemain perseorangan pertama negara […]
Brunei Berisiko Digantung FIFA

Kedudukan Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) kini dalam bahaya susulan tindakan menggantung presiden mereka baru-baru ini. Pada 17 November lalu, Jawatankuasa FABD mengumumkan Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan digantung daripada jawatannya sebagai Presiden FABD. FABD turut mengumumkan Setiausaha Agung FABD, Mohammad Shahnon bin Mohd Salleh dipecat daripada jawatannya itu. Susulan itu, dua […]
Presiden Bola Sepak Brunei Digantung

Arena bola sepak ASEAN dikejutkan dengan berita Presiden Persatuan Bola Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan digantung organisasi itu baru-baru ini. Akhbar Borneo Bulletin melaporkan keputusan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif FABD pada 17 November lalu. Keputusan menggantung Pengiran Haji Matusin dibuat mengikut peruntukan Artikel 17 Perlembagaan FABD. “Kongres bertanggungjawab untuk […]
Indonesia Berpesta Gol Baham Brunei

Indonesia berjaya mara ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Brunei Darussalam dengan keputusan 6-0 dalam aksi di Stadium Negara Hassanal Bolkiah sebentar tadi. Indonesia mara dengan agregat 12-0. Walaupun beraksi di Brunei, Indonesia nyata tidak kekok untuk menguasai perlawanan. Mereka tidak perlu menunggu lama untuk berada di depan selepas penyerang muda, Hokky […]
Indonesia Mudah Ratah Brunei

Pertemuan Indonesia menentang Brunei pada perlawanan pertama aksi playoff kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2024 berakhir dengan kemenangan memihak kepada Indonesia. Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-0 apabila Indonesia mendahului Brunei menerusi jaringan Dimas Drajad dan Rizky Ridho. Rizky Ridho sempat menampan masuk bola hantaran sepakan percuma yang diambil Saddil Ramdani pada […]
Kapten Brunei Jangkakan Formasi Aneh Shin Tae-yong

Brunei dijangka berdepan detik sukar apabila bakal berdepan Indonesia dalam perlawanan pertama bagi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia yang dijadualkan berlangsung malam ini 12 Oktober. Ketua pasukan Brunei, Hendra Azam berpendapat pasukan Indonesia dijangka menyerang habis-habisan dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Utama Gelora Bung Karno itu. Akui sukar untuk menewaskan Indonesia, […]
Hong Kong Bedil Brunei 10-0

Skuad senior Brunei mengalami nasib sama seperti skuad B-23 mereka selepas tumbang 10-0 kepada Hong Kong dalam aksi persahabatan antarabangsa hari ini. Selepas tunduk 3-1 kepada Sabah dalam aksi persahabatan pada 6 Mac lalu, Sang Tebuan berharap dapat melakar keputusan lebih baik menentang The Dragons. Malangnya, apa yang diingini jurulatih Mario Rivera tidak berlaku. Babak […]
Sabah Tewaskan Brunei

Skuad kebangsaan Borneo hari ini telah melayan kunjungan pasukan Sabah FC dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 2. Pada minit ke-11 permainan, Ramon Machado telah dijatuhkan pertahanan Brunei di dalam kawasan kotak penalti. Sepakan penalti yang diambil Ramon disudahkan dengan baik untuk gol pertama Sabah. Pada minit ke-31 permainan, Sabah sekali lagi mengegar jaring pasukan tuan […]
Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: Sabah vs Brunei, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi persahabatan antarabangsa Tier 2 melibatkan pertembungan antara Brunei dan Sabah menjadi tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah ini menjadi sesi pemanas badan buat pasukan bimbingan Ong Kim Swee. The Rhinos bakal beraksi dalam kejohanan penting musim ini iaitu Piala AFC sementara masih berbaki perlawanan Liga Super untuk merebut slot ke Asia tahun […]
Sabah FC Jalin Kerjasama Dengan Royal Brunei Airlines

Menjelang aksi jelajah Sabah FC di Brunei pada September ini, pengurusan kelab telah mengumumkan nama sebuah firma korporat ulung sebagai penaja jelajah. Hari ini, pengurusan skuad Badak mengumumkan Royal Brunei Airlines sebagai penaja rasmi jelajah mereka di negara itu dari 5 hingga 7 September ini. “Sabah FC dengan bangganya mengumumkan Royal Brunei Airlines sebagai penaja […]