BRM Pasang Niat Untuk Tarik Diri Dari Liga-M3

Beberapa hari lepas, kecoh di laman media sosial apabila kelab Liga M3, BRM menerima tajaan sebuah syarikat pembuat rokok elektronik. Susulan itu, pengurusan kelab telah memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengumumkan mahu menarik diri dari saingan liga berkenaan. Hal ini dimaklumkan oleh CEO BRM, Ghafari Nasir di laman Facebook rasmi kelab hari ini. […]

Azmeer Yusof Amik Keputusan Tinggalkan BRM FC

Bekas pemain Kedah FC, Azmeer Yusoff mengambil keputusan untuk tinggalkan pasukannya Budak Rumah Murah (BRMFC) kerana komitmen peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sebelum ini, Azmeer pernah beraksi bersama beberapa pasukan di Liga Super seperti Kedah dan Kuala Lumpur sebelum kembali ke Liga M3 menyertai pasukan BRM FC pada hujung tahun lepas. Difahamkan, rakan sepasukannya iaitu […]

Azmeer Yusof Persoal Tindakan Benjamin Mora Turunkan Pemain Bintang Bertemu BRM

Pemain pertahanan pasukan BRM FC, Azmeer Yusof mempersoalkan tindakan jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora untuk mempertaruhkan barisan bintang ketika menentang pasukannya dalam saingan Piala FA. Bekas pertahanan kental pasukan Kedah Darul Aman FC ini dalam satu hantaran di laman rasmi Tiktoknya meluahkan rasa kecewanya apabila jurulatih tersebut kekal mempertaruhkan barisan terbaiknya sungguhpun […]

Azmeer Yusof Bersikap Realistik Dan Anggap JDT Berkelas Dunia

Perlawanan pusingan kedua Piala FA yang menemukan juara Liga Super 8 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim dan pasukan Liga M3, BRM FC pada esok pastinya menjadi perhatian ramai. BRM FC dilihat sebagai pasukan dari Liga M3 yang sangat berkualiti kerana dibarisi beberapa pemain-pemain berpengalaman seperti Azmeer Yusof, Fitri Omar dan Fakri Saarani. Kapten pasukan BRM […]

Boys Of Straits Beri Amaran Buat Fitri Omar Menjelang Pertemuan BRM FC Dan JDT

Perlawanan pusingan kedua Piala FA di antara Johor Darul Ta’zim dan BRM FC malam esok pasti ditunggu-tunggu peminat bola sepak tanah air yang mahu melihat corak permainan dipamerkan kedua-dua pasukan. Namun disebalik perlawanan tumpuan malam esok, kumpulan penyokong JDT yang dikenali dengan nama Boys Of Straits (BOS) ada memberikan amaran buat pemain BRM FC iaitu […]

BRM FC Tak Gentar Jumpa JDT

Pasukan amatur Budak Rumah Murah, BRM FC dijadual akan bertemu pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim dalam saingan pusingan pertama Piala FA pada 13 Mac ini. Ketua Pegawai Eksekutif BRM FC, Muhammad Ghafari Muhammad Nasir menganggap ianya sebagai satu peluang dan pengalaman yang berharga dapat bertemu pasukan yang beprestasi tinggi. Dalam pada itu, Ghafari yakin […]

Fakri Saarani Dijangka Sertai Pasukan Liga M3, BRM FC

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani dikhabarkan bakal menyertai pasukan Liga M3 iaitu BRM FC bagi saingan musim 2022 seperti yang dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal dalam laman twitternya. BRM FC adalah sebuah kelab yang berpangkalan di Kuala Kangsar, Perak. Pemain berusia 32 tahun ini bakal bergandingan bersama Azmeer Yusof dan Fitri […]

Azmeer Yusof Kembali ‘Merumput’, Bakal Beraksi Bersama BRM FC di Liga M3

Bekas pertahanan kiri Kedah, Azmeer Yusof kini sah kembali ke kancah bola sepak tempatan apabila beliau bakal beraksi bersama BRM FC di saingan Liga M3 musim hadapan. Azmeer yang pernah beraksi bersama beberapa pasukan di Liga Super seperti Kedah dan Kuala Lumpur, memilih untuk menggalas cabaran bersama pasukan BRM FC dan berazam membawa pasukan ini […]