BG Pathum Buat Penyokong JDT Tersenyum Panjang

Kelab Liga 1 Thailand, BG Pathum memberi khabar gembira kepada para penyokong Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Aksi kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan Harimau Selatan dalam momentum terbaik selepas menjulang Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut. Ujian berikutnya buat JDT adalah berdepan jaguh Thailand itu bagi aksi ACL di tempat lawan. Pasukan […]

Demam Denggi Ancam Persiapan BG Pathum Lawan JDT

Persiapan BG Pathum United bagi mendepani aksi ACL menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terjejas susulan ramai pemain pasukan itu dijangkiti demam denggi. Hal ini didedahkan oleh jurulatih The Rabbits, Thongchai Sukkoki dalam sidang media pasca-perlawanan menentang Bangkok United semalam. Disebabkan ramai pemain dijangkiti penyakit tersebut, ini mengakibatkan ramai pemain kurang cergas menjelang aksi […]

Tiket Untuk Penyokong JDT Di Thailand Dijual Pada Harga RM46

Aksi kedua ACL membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan BG Pathum United bakal menyaksikan penyokong perlu membayar tiket berharga 350 baht (RM46). Ini selepas The Rabbits mengumumkan tiket yang bakal dijual untuk aksi ACL menentang Harimau Selatan yang berlangsung pada 3 Oktober ini. Bagi penyokong BG Pathum pula, mereka boleh mendapatkan tiket pada […]

Tampines Rovers Berwajah Baru, Jalin Kerjasama Dengan BG Pathum

Kelab Singapura, Tampines Rovers tampil dengan nama baru selepas menjalin kerjasama dengan kelab Thai League 1, BG Pathum United. Kerjasama ini diumumkan kedua-dua pasukan dalam satu majlis yang diadakan di Singapore Recreation Club hari ini. Pemeteraian kerjasama ini turut disaksikan Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia dan Kementerian Sosial dan Pembangunan Keluarga, Eric […]

ACL: Ulsan Hyundai Tumbangkan BG Pathum

Aksi pembukaan Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) melibatkan pertembungan antara pasukan Ulsan Hyundai dari Korea Selatan dan BG Pathum dari Thailand.  Perlawanan yang berlangsung di Stadium Munsu, Korea Selatan berakhir dengan kemenangan dimiliki pasukan tuan rumah, Ulsan Hyundai.  Pengendali BG Pathum, Thongchai Sukkoki turun mempertaruhkan Teerasil Dangda dan Seegeev di bahagian serangan sementara […]

BG Pathum Hilang Khidmat Chanatip Songkrasin

Pasukan Liga 1 Thailand, BG Pathum United terpaksa menelan hakikat yang cukup berat apabila kehilangan perancang tengah berbakat, Chanatip Songkrasin. Pemain berusia 29 tahun itu kembali ke Thailand selepas beberapa musim berkelana di Jepun bersama Kawasaki Frontale. Sungguhpun melalui awal musim yang cukup cemerlang bersama kelab gergasi Thailand itu, khabar kurang baik pula menyusul. Menerusi […]

Barisan Bintang BG Pathum Hantar Ulsan Hyundai Amaran Keras

Pasukan Liga 1 Thailand, BG Pathum United mempamerkan satu persembahan yang mengujakan sebagai tonik ke Liga Juara-Juara AFC (ACL). Pasukan bimbingan Thongchai Sukkoki beraksi di laman sendiri untuk melayan kunjungan Muangthong United. Barisan pemain terbaik yang diketuai oleh Teerasil Dangda dan Igor Segeev memulak rentak terbaik pada babak pertama dengan mendahului 2-1. Jaringan menerusi Jakkapan […]

BG Pathum & Ulsan Hyundai Hadapi Ujian Berliku

Wakil Thailand di Liga Juara-Juara AFC (ACL), BG Pathum United dan jaguh Korea Selatan, Ulsan Hyundai menghadapi ujian mencabar menjelang sepak mula kejohanan tersebut. Aksi Kumpulan I menyaksikan pertembungan aksi awal melibatkan BG Pathum dan Ulsan Hyundai Di Stadium Munsu iaitu gelanggang kelab Korea itu. Mereka bagaimanapun perlu mengharungi satu aksi terakhir dalam liga apabila […]

Ikhsan Fandi Bersedia Bila-Bila Masa ‘Gegar’ ACL

Penyerang berbisa BG Pathum FC, Ikhsan Fandi pada bila-bila masa sahaja boleh diturunkan dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Pemain berusia 24 tahun itu mengalami detik hitam apabila dilanda kecederaan panjang sekaligus terlepas baki hampir 30 perlawanan dalam tempoh 285 hari. Peledak kebangsaan Singapura itu bagaimanapun kembali mengukir senyuman di wajah penyokong kelab […]

Penjaga Gol Singapura ‘Terlelap’ Seawal 20 Saat Beraksi

Kelibat penjaga gol muda Singapura, Jarec Ng menjadi tumpuan apabila beliau melakukan kesilapan yang hampir memakan diri skusd B-15 tahun Singapura. Aksi Piala Lion City itu kembali mneghangatkan pentas bola sepak muda di rantau ini setelah beberapa tahun tidak dianjurkan. Kejohanan yang memasuki edisi ke-27 berlangsung penuh suka dan duka termasuklah pertembungan antara skuad bawah […]

Import BG Pathum ‘Garu Kepala’ Lihat Gol Chanatip Songkrasin

Kepulangan pemain sensasi Thailand, Chanatip Songkrasin kembali memukau penyokong di sana. Pemain berusia 29 tahun itu menyertai BG Pathum United bagi musim 2023/2024 dan memainkan watak penting bersama pasukan. Kapten pasukan kebangsaan Thailand itu sekali lagi berada dalam kesebelasan utama BG Pathum berdepan Uthai Tani. Pengalaman beraksi di pentas bola sepak Jepun jelas memberi nilai […]

Media Bebas Thailand Mula Ikuti Perkembangan JDT, Kawasaki Frontale & Ulsan Hyundai

Media bebas dari Thailand, Tactic Times kini sedang mengikuti rapat perkembangan pasukan-pasukan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Malaysia, Kawasaki Frontale dari Jepun, Ulsan Hyundai dari Korea telah diundi bersama dalam Kumpulan I bersama wakil dari Thailand, BG Pathum United. Baru-baru ini, Johor Darul Ta’zim, Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai […]

JDT & Chanatip Songkrasin Sukar Dipisahkan

Pertemuan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga bintang kelahiran Thailand, Chanatip Songkrasin seakan sudah ditakdirkan. Menerusi pengundian yang dibuat oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 24 Ogos, Harimau Selatan dijadualkan berdepan lawan yang cukup hebat di Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun ini. Diundi dalam Kumpulan I, pasukan bimbingan Tano Solari sekali lagi […]

AFC Champions League Play-Off: BG Pathum United Lakar Kejutan Tewaskan Shanghai Port

Kelab Thai League 1, BG Pathum United mencipta sensasi dalam kalangan penyokong Thailand apabila berjaya mengalahkan kelab China, Shanghai Port dalam aksi play-off Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023-2024. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik mereka. The Red Eagles menurunkan bekas bintang Chelsea, Oscar dan bekas penyerang Sheffield Wednesday, Lucas Joao. Manakala The Rabbits pula terus mengekalkan […]

Bekas Bintang Chelsea Buat BG Pathum ‘Pening Kepala’

Pertembungan aksi kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan wakil Thailand, BG Pathum akan berdepan Shanghai Port. Beraksi di gelanggang lawan, anak didik Thongchai Sukkoki berdepan ujian hebat untuk merantai kelibat lawan yang sudah pasti mahu melayakkan diri ke pentas terbaik Asia. Malah, perlawanan ini bakal menjadi penentu kemaraan wakil Thailand ini untuk mengiringi dua pasukan […]