Shopee Cup: BG Pathum Mandi Peluh Tumbangkan Svay Rieng

BG Pathum mencatat kemenangan pertama dalam saingan Shopee Cup setelah menumpaskan kelab Kemboja, Svay Rieng di laman sendiri pada Rabu. Setelah diikat seri tanpa jaringan oleh PSM Makassar, BG Pathum meneruskan aksi di pentas Asia Tenggara dengan bertemu Svay Rieng yang cipta kejutan ke atas Terengganu. Kesebelasan utama BP Pathum dipimpin oleh pemain tengah, Chanatip […]
Shopee Cup: PSM Makassar & BG Pathum Sama Handal

Aksi kumpulan A Shopee Cup melibatkan PSM Makassar dan BG Pathum menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri di Indonesia. PSM Makassar kini berada di tangga ke-3 Liga 1 Indonesia setelah mencatat 2 kemenangan bersih sementara BG Pathum pula tumpas dalam aksi Thai League minggu lalu. Barisan pemain PSM Makassar diketuai Yuran Fernandes manakala BG Pathum merehatkan […]
Safawi Rasid: Terengganu Sasar Tiga Mata Pertama

Kapten pasukan Terengganu FC, Safawi Rasid berkongsikan misi utama pasukannya adalah untuk meraih tiga mata dalam aksi pertama kejohanan Asean Club Championship. Terengganu bakal menerima kunjungan Svay Rieng FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk perlawanan pertama kumpulan A pada 21 Ogos (Rabu) ini. Safawi Rasid yakin Terengganu sudah bersedia sepenuhnya dalam menghadapi cabaran […]
Pertarungan Safawi Rasid & Chanatip Songkrasin Jadi Tumpuan Asean

Pertarungan antara dua bintang ternama di Asia Tenggara, Safawi Rasid dan Chanatip Songkrasin menjadi tumpuan peminat. Kedua-dua pemain ini kini membantu pasukan masing-masing untuk beraksi di Shopee Cup 2024 yang bakal bermula Ogos ini. Tumpuan bagaimanapun terarah kepada beberapa watak utama pasukan masing-masing yang dijangka bakal memberi impak besar di ASEAN. Berdasarkan perkongsian oleh Asean […]
BG Pathum Sambar Ilhan Fandi

BG Pathum United terus membina pasukan mantap untuk kempen 2024/25 dengan membawa masuk penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi. Perpindahan penyerang berusia 21 tahun itu diumumkan pengurusan The Rabbits di platform rasmi mereka. Ilhan akan kembali bergandingan dengan abangnya yang juga penyerang, Ikhsan Fandi. “BG Pathum United dengan sukacitanya mengumumkan secara rasmi perpindahan Ilhan Fandi Ahmad, […]
BG Pathum Beri Amaran Awal Kepada Terengganu

Jaguh Liga Thailand, BG Pathum United telah memberi amaran awal kepada Terengganu FC. Skuad kendalian Makoto Teguramuri kini sedang menjalani latihan pra-musim dengan berdepan beberapa kelab sekitar Asia dan Eropah. BG Pathum memulakan aksi pra-musim dengan mengejutkan finalis Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Borussia Dortmund dengan keputusan 4-0. Prestasi memberangsangkan ini diteruskan ketika menentang wakil Hong […]
Borussia Dortmund Jadi Mangsa Belasahan BG Pathum

Kelab Thai League 1, BG Pathum United mencipta kejutan dengan menewaskan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund dalam aksi persahabatan pra-musim 2024/25. Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada jelajah pra-musim BVB sempena ulang tahun penubuhan kelab ke-114. Meskipun berstatus pasukan gergasi, Chanathip Songkrasin melaungkan amaran bahawa The Rabbits bersedia mencabar Dortmund. Pemain tengah Jerman, Julian Brandt diberi […]
Chanathip Songkrasin: Aksi Borussia Dortmund Pengukur Tahap BG Pathum

Kapten BG Pathum United, Chanathip Songkrasin menyifatkan aksi persahabatan menentang Borussia Dortmund sebagai peluang menguji keupayaan pasukan itu. The Rabbits dan BVB bakal berentap di Stadium BG pada 21 Julai ini sebagai sebahagian daripada persiapan pra-musim kedua-dua pasukan untuk kempen 2024/25. Selain Thailand, BVB juga bakal mengadakan satu lagi aksi pra-musim di Jepun pada 24 […]
BG Pathum Bakal Berentap Dengan Borussia Dortmund

Kelab Thai League 1, BG Pathum United bakal berentap dengan naib juara Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim 2023/24, Borussia Dortmund pada bulan hadapan. Ini kerana kelab gergasi Bundesliga itu telah mengumumkan program jelajah pra-musim mereka di Asia yang bermula pada Julai ini. Der BVB bakal membuka jelajah mereka dengan turun menentang The Rabbits di Stadium […]
BG Pathum Sedia Ganti Kereta Terbakar Kerana Penyokong Main Bunga Api

Juara Thai League Cup musim 2023/24, BG Pathum United bersedia menggantikan kereta seorang penyokong yang terbakar selepas aksi final kejohanan itu pada Ahad lepas. Pada 16 Jun lalu, sebuah kereta dilaporkan terbakar di luar Stadium Thammasat selepas tamat perlawanan final Thai League Cup. Menurut wartawan sukan Thailand, Ta Lao, kebakaran berlaku disebabkan bunga api yang […]
Thai League 1: Hajat Dion Cools Julang Buriram Disekat BG Pathum

Buriram United sekadar meraih keputusan seri ketika berdepan BG Pathum United di Stadium Leo hari ini. Turun membariskan skuad terbaik, pengendali baharu Buriram United, Jorginho memberi kepercayaan kepada kapten Harimau Malaya, Dion Cools mengemudi barisan pertahanan pasukan bersama Pansa Hemviboon dan pemain dari Korea, Kim Min Hyeok. Babak separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0. […]
Pengadil Liga Thailand Lincah, Lari Lagi Laju Berbanding Kapten BG Pathum

Seorang pengadil Thailand mencuri perhatian peminat bola sepak negara itu semalam apabila berlari lebih pantas berbanding kapten BG Pathum United, Sarach Yooyen. Insiden ini berlaku semasa perlawanan Thai League 1 membabitkan Muangthong United dan The Rabbits semalam. Penyokong Muangthong mula bersorak apabila penyerang mereka, Jaroensak Wonggorn mula membuat larian ke arah bahagian pertahanan pelawat. Ini […]
Selangor Beri Tekanan Pada BG Pathum United

Peningkatan yang ditunjukkan oleh Selangor FC menjadikan kedudukan pasukan itu menghampiri jaguh Liga Thailand, BG Pathum United. The Red Giants menamatkan saingan di tempat kedua Liga Super 2023 sekaligus menyaksikan pasukan berjaya melangkah ke pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) tahun ini. Selangor akan mengiringi satu lagi wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi […]
BG Pathum Sambar Kapten Chonburi Dengan Tawaran ‘Pecah Panggung’

Susulan prestasi kurang memberangsangkan dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Thai League 1, BG Pathum United mula membuat perubahan segera. Selepas membawa masuk Makoto Teguramori menggantikan pengendali sebelumnya, Thongcai Sukkoki, The Rabbits mengumumkan perpindahan pemain tengah Thailand, Kritsada Kaman. Perpindahan mengejut Kritsada diumumkan oleh kedua-dua pasukan di laman media sosial masing-masing hari ini. “BG Pathum […]
TMJ ‘Terpukau’ Saksikan Gol Arif Aiman

Pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), kagum dengan jaringan yang dihasilkan oleh pemain muda, Arif Aiman Hanapi ketika aksi berdepan BG Pathum United malam tadi. Menerusi klip video yang dimuatnaik oleh Astro Arena, TMJ dilihat berdiri dan menepuk tangan dari tempat duduk penonton bagi meraikan jaringan pemain muda berbakat itu. Pemain Paling Bernilai Liga […]
Ikhsan Fandi & BG Pathum Mengganas, Beri Petanda Besar Kepada JDT

Kelibat penyerang berbisa BG Pathum United, Ikhsan Fandi kembali penuh bergaya apabila beliau meledak dalam penampilan pertamanya musim 2023 sebelum berdepan JDT. BG Pathum melayan kunjungan Ratchaburi FC dengan dua jaringan daripada penyerang berbisa pasukan iaitu Igor Sargeev dan Ikhsan Fandi memastikan 3 mata buat pasukan. Pasukan bimbingan Thongchai Sukkoki kini berada dalam momentum terbaik […]