Liga Super: JDT Benam Terengganu 4-0

Aksi minggu 6 Liga Super menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menoktahkan kekalahan pertama Terengganu dengan keputusan 4-0. Skuad kendalian Hector Bidoglio bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi sepakan kencang Heberty Fernandes seawal minit ke-6. Terengganu bergelut tanpa kelibat Akhyar dan Safawi Rasid pada bahagian serangan dengan Ismaheel Akinade kurang mendapat sokongan. Kesilapan daripada pertahanan […]
‘Terima Kasih Abang’ Bergson Terharu Dengan Bantuan Safiq Rahim

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva terharu dengan bantuan yang diberikan oleh rakan sepasukan, Safiq Rahim. Pemain kelahiran Brazil itu tiba di salah sebuah pusat gunting rambut di Iskandar Puteri, Johor Bharu untuk memotong rambutnya. Ketibaan beliau di sana bersama rakan sepasukan, Murilo Henrique menyaksikan Safiq sudah berada di sana dan sedang […]
Tindakan Murni Bergson Raih Pujian Warganet

Tindakan murni penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva ketika aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Malaysian University FT tempoh hari dipuji warganet. Dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, Bergson dan penjaga gol Malaysian University, Irfan Syafiq telah berlanggar sesama sendiri ketika penyerang dari Brazil itu mahu menyambar hantaran lintang rakan sepasukan. […]
MPFL: Bergson Hadir Beri Sokongan Kepada JDT

Kelibat tonggak-tonggak import Liga Super diketuai Bergson da Silva memberi sokongan kepada skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencuri tumpuan penyokong. Aksi terbaru Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) menyaksikan JDT turun menentang Shah Alam City di Stadium Bandaraya Pasir Gudang. JDT yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia memburu kemenangan bagi melebarkan […]
Hector Bidoglio Cari Jalan Perbaiki Kelemahan JDT

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mahu memperbaiki kelemahan pasukan disebalik kemenangan pertama ke atas Negeri Sembilan dengan jaringan 3-1. Hector mengakui bukan mudah menentang pasukan Negeri Sembilan yang menerapkan corak permainan bertahan sewaktu bermain di Stadium Sultan Ibrahim. “Sentiasa sukar menentang pasukan defensif kerana anda tidak mempunyai ruang tetapi kita harus cuba […]
JDT Berisiko Hilang Khidmat Bergson & Arif Aiman Serentak

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) berisiko untuk kehilangan khidmat Bergson dan juga Arif Aiman dalam tempoh sama. Skuad Harimau Selatan mempamerkan aksi garang selepas berjaya menundukkan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-1. Kejayaan itu bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga mahal selepas penyerang berbisa pasukan, Bergson Da Silva difahamkan mengalami kecederaan. Kejadian yang […]
Saham Bintang Kelantan, Chadrack Muzungu ‘Pintas’ Bergson & Heberty

Saham bintang baharu Kelantan Darul Naim, Chadrack Muzungu telah mengatasi nilai pasaran dua tonggak utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson. dan Heberty Fernandes. Pasukan Pantai Timur itu menjadi wakil tunggal Kelantan susulan tersingkirnya TRW Kelantan FC ke saingan Liga A1 Semi Pro musim baharu. Beberapa muka baharu telah dibawa masuk oleh pasukan bimbingan […]
Bergson Tidak Ke Mana-Mana

Penantian debut penyerang berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dijangka akan berakhir. Peledak berbisa pasukan Harimau Selatan itu menimbulkan tanda tanya selepas tidak beraksi dalam beberapa perlawanan pra-musim termasuklah ketika menentang Lion City Sailors tempoh hari. Beliau juga masih belum beraksi dalam dua aksi awal bagi aksi pra-musim di Sepanyol ketika menewaskan […]
Nilai Pasaran Arif Aiman ‘Pintas’ Bergson

Nilai pasaran pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mencatatkan peningkatan dan memintas kedudukan penyerang berbisa pasukan, Bergson Da Silva. Pemain berusia 22 tahun itu baru sahaja menamatkan tugasan bersam Harimau Malaya bagi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Pemain kelahiran Pahang itu turut berjaya mengekalkan kejuaraan Pemain Paling Bernilai […]
Heberty Puji Disiplin Tinggi Bergson Di JDT

Perancang berpengalaman pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes memuji disiplin yang ditunjukkan oleh rakan sepasukan, Bergson Da Silva bersama pasukan. Pemain berusia 35 tahun itu tiba di JDT pada jendela perpindahan kedua musim lalu dan memberi impak segera bersama pasukan. Beliau menjadi watak penting di bawah kendalian Tano Solari untuk menggantikan peranan Leandro Velazquez. […]
Bergson Dalam Senarai Penjaring Terbanyak Dunia Tahun 2023, Atasi Messi & Salah

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva terus mencipta nama di persada antarabangsa apabila namanya tersenarai dalam kelompok penyerang terbaik dunia. Menerusi ranking yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History & Statistics (IFFHS), Bergson berada di kedudukan ke-12 dalam ranking Penjaring Lelaki Terbaik Dunia 2023. Mengikut data yang dikeluarkan, penyerang kelahiran Brazil itu […]
“Alhamdulillah Dia Jaringkan Gol” – Bergson

Pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva menzahirkan rasa syukur dengan kejuaraan Piala Malaysia yang dikecapi skuad kendalian Esteban Solari untuk musim 2023. Ketika ditemu bual selepas aksi final Piala Malaysia berdepan Terengganu malam semalam, Bergson sejujurnya sangat gembira dengan persembahan yang ditampilkan rakan sepasukan. Beliau anggap JDT layak meraih gelaran Double Treble […]
Bergson Tak Mahu Bebankan Arif Aiman

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva tidak mahu meletakkan beban yang besar kepada rakan sepasukannya, Arif Aiman Hanapi untuk mengambil sepakan penalti pada masa tambahan ketika aksi final Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC. Pemain berusia 32 tahun itu gusar Arif akan dikecam sekiranya beliau gagal dalam tendangan penalti itu sehingga membuka peluang […]
Persaingan 3 Bintang Liga Malaysia Makin Sengit

Persaingan tiga bintang Liga Malaysia dalam merebut anugerah kasut emas Liga Super semakin sengit apabila jurang perbezaan gol semakin mengecil. Penyerang sensasi Selangor, Ayron de Valle ketika ini mengungguli carta pertama penjaring terbanyak Liga Super dengan rekod 21 jaringan. Namun kembalinya Fernando Forestieri daripada kecederaan tempoh hari menyaksikan penyerang JDT itu kembali meledak gol bersama […]
JDT Kekalkan Khidmat Bergson

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan status penyerang import pasukan, Bergson Da Silva yang akan kekal bersama pasukan pada musim hadapan. Menerusi satu wawancara bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemilik kelab JDT, DYAM TMJ menjelaskan bahawa khidmat penyerang kelahiran Brazil itu masih dikekalkan bagi musim berikutnya. Bekas bintang Fortaleza itu yang […]
Posisi Bergson Untuk Kasut Emas Tidak Terusik

Saingan Piala Malaysia akan diteruskan dengan aksi separuh akhir selepas berehat panjang demi memberikan laluan kepada tugasan antarabangsa. Aksi yang sudah tentu menjadi tumpuan adalah pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak FC. Di atas kertas, kelebihan sudah pasti menjadi milik JDT yang juga merupakan juara bertahan Piala Malaysia. Namun begitu, peningkatan prestasi mendadak Perak […]