Menyerlah Di Piala Asia, Bintang Jepun Diburu Barcelona

Barcelona kini dilaporkan berminat dalam mendapatkan khidmat pemain bintang Jepun, Kaoru Mitoma. Walaupun hanya tampil bermain selama 45 minit di Piala Asia, Kaoru Mitoma pantas memberikan impak dibahagian sayap kiri Jepun terutamanya dalam aksi menentang Bahrain. Mitoma yang baru sahaja pulih daripada kecederaan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan menerusi kemahiran menggelecek beliau dan beberapa kali mampu […]
“Tidak Berbaloi Jadi Jurulatih Barcelona” – Xavi

Xavi menganggap jawatan jurulatih Barcelona sudah tidak berbaloi lagi sewaktu mengumumkan peletakan jawatan beliau pada hujung musim ini. Jurulatih itu merasakan dirinya tidak dihargai sehinggakan memberi kesan kepada kesihatan mental beliau. “Semuanya akan lebih tenang sekarang dan kami boleh fokus bersaing untuk Liga Juara-Juara Eropah. Sekurang- kurangnya pihak media tidak akan membunuh saya lagi selepas […]
Bakat Baru: Pemain Berdarah Malaysia Dikesan Di Barcelona

Semakin hari, semakin ramai pemain berdarah keturunan Malaysia yang beraksi di benua eropah berjaya dikesan kumpulan pencari bakat. Sememangnya ia merupakan kelebihan buat Malaysia seandainya mereka mahu beraksi untuk Harimau Malaya memandangkan kebanyakan bakat yang dikesan boleh dikategorikan sebagai pemain muda. Terkini, laman pencari bakat Frfuturetalents telah mengesan pemain baharu FC Barcelona B iaitu Naim […]
Xavi Umum Bakal Tinggalkan Barcelona

Pengurus Barcelona membuat kejutan apabila mengumumkan bakal meninggalkan kelab Sepanyol itu. Pengumuman ini dibuat oleh Xavi pada sidang media selepas perlawanan liga berdepan Villareal pada pagi Ahad. ””Saya ingin mengumumkan bahawa pada 30 Jun saya tidak akan meneruskan sebagai jurulatih di Barça. Saya fikir situasi ini perlu mengubah haluan, dan sebagai seorang peminat Barcelona, saya […]
Ejen Jesse Lingard Dipecat, Perpindahan Ke Barcelona Tersekat

Bekas penyerang England, Jesse Lingard kian terdesak bagi mencari kelab baharu susulan tindakannya membuang ejen beliau baru-baru ini. Menurut laporan Transfer News Live, Lingard ternyata sangat kecewa dengan ejennya dan bertindak untuk memecatnya serta-merta. “Jesse Lingard telah memecat ejennya selepas semakin kecewa dalam usahanya mencari kelab baharu”, tulis Transfer News Live di laman X. Pemain […]
Jesse Lingard Tawarkan Diri Sertai Barcelona

Bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard menawarkan dirinya kepada kelab Barcelona yang sedang mencari pemain tengah baru. Lingard kini bergelar ejen bebas dan masih belum menyertai mana-mana kelab sejak dilepaskan oleh Nottingham Forest pada Julai 2023. Menurut Sport Bible, Barcelona kini sedang mencari pemain tengah sokongan ketika jendela perpindahan Januari dibuka. Namun berikutan masalah kewangan […]
Mason Greenwood & Man United Bakal Berpisah?

Pemain sayap berkontroversi, Mason Greenwood kini mula menarik perhatian kelab-kelab gergasi eropah. Greenwood yang hadir secara pinjaman menampilkan aksi yang cemerlang bersama Getafe musim ini setelah menjaringkan 3 gol dan 4 bantuan jaringan dalam 14 aksi liga. Pemain berusia 22 tahun ini dipinjam keluar daripada Manchester United bagi mendapatkan kembali minit permainan dalam bola sepak […]
Barcelona & Real Madrid Dapat Habuan Lumayan RM5.1 Bilion

Dua kelab gergasi Eropah, Barcelona dan Real Madrid bakal mendapat durian runtuh bernilai €1 bilion (RM5.1 bilion)! BBC Sport melaporkan Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) memutuskan tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menyekat penganjuran Liga Super Eropah (ESL) sebagai menyalahi undang-undang. Secara ringkas, ESL merupakan satu kejohanan baru bola sepak […]
Onana Jadi Buruan Barcelona

Selepas kehilangan khidmat Gavi akibat kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL), Barcelona dikhabarkan berhajat membawa masuk Onana. Onana yang dimaksudkan ini bukanlah penjaga gol Manchester United, Andre Onana tetapi pemain tengah Everton, Amadou Onana. Bekas pemain tengah Lille itu menikmati musim cemerlang di bawah bimbingan pengurus Sean Dyche. Onana sudah merekodkan 14 penampilan musim ini dengan […]
Pemain Barcelona & Atletico Bergusti Atas Padang

Perlawanan membabitkan Barcelona dan Atletico Madrid sentiasa panas dengan insiden pertelagahan pemain kedua-dua pasukan. Justeru, tidak hairanlah pada Januari 2023, gelagat pemain pertahanan Atletico, Stefan Savic bergusti dengan penyerang Barca, Ferran Torres menarik perhatian lama. Pertelagahan pada minit ke-92 itu tercetus selepas bekas penyerang Manchester City itu mengeluarkan bola daripada bahagian Barcelona. Ini mengakibatkan kedua-dua […]
FIFA Bayar RM104,000 Sehari Kepada Barcelona Kerana Gavi

Susulan kecederaan ACL yang dialami bintang muda Barcelona, Gavi, kelab itu bakal menerima pampasan lumayan daripada FIFA. Akhbar Mundo Deportivo melaporkan Barca bakal dibayar €20,548 (RM104,000) sehari oleh FIFA susulan kecederaan serius yang dialami pemain berusia 19 tahun itu. Gavi mengalami kecederaan ACL semasa perlawanan kelayakan EURO 2024 menentang Georgia baru-baru ini. Beliau dijangka berehat […]
Arab Saudi Terima Sentuhan Bekas Bintang Barcelona

Arab Saudi mendapat suntikan moral menjelang kelayakan Piala Dunia 2026 dengan membawa masuk legenda Barcelona, Yaya Toure. Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan Toure telah meletak jawatan sebagai penolong pengurus Standard Liege selepas mendapat tawaran berkenaan. Toure bakal menyertai bos lamanya di Manchester City, Roberto Mancini dengan mengisi jawatan sebagai penolong jurulatih. Bekas pemain tengah […]
La Liga: Jude Bellingham Wira Real Madrid Atasi Barcelona

Jude Bellingham muncul wira Real Madrid dengan menyumbat dua gol dalam perlawanan El Clasico menentang Barcelona hari ini. Perlawanan hari ini lebih istimewa buat pemain muda berusia 20 tahun itu. Ini kerana beliau merupakan pemain Inggeris pertama beraksi dalam El Clasico sejak Oktober 2006. Namun begitu, bekas kapten Manchester City, Ilkay Gundogan mencipta memori tersendiri […]
Gerard Pique Alami Detik Cemas, Jatuh Dari Tempat Tinggi

Bekas pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique mengalami detik cemas apabila terjatuh dari tempat tinggi baru-baru ini. Akhbar Daily Mail melaporkan insiden ini berlaku semasa beliau berada di Amerika Syarikat bagi mempromosikan pertandingan bola sepak tujuh pemain The Kings League. Pertandingan ini diasaskan Pique di Barcelona pada tahun lepas. Justeru, lawatannya ke negara Uncle Sam itu […]
Bekas Bintang Barcelona Disiasat Terlibat Jenayah Bola Sepak

Legenda Barcelona, Samuel Eto’o kini disiasat pihak berkuasa Cameroon atas dakwaan mengatur perlawanan divisyen dua di negara itu. Akhbar The Guardian melaporkan Eto’o yang menggalas peranan sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Cameroon (Fecafoot) sejak akhir tahun 2021 didakwa memanipulasi perlawanan membabitkan kelab Victoria United. Ini selepas pihak berkuasa Cameroon menerima rakaman suara beliau dan pemilik […]
Terbabit Rasuah, Barcelona Berpotensi Digantung UEFA

Gergasi Sepanyol, Barcelona kini terbabit dengan kes rasuah melibatkan €7.3 juta dan berkemungkinan besar akan digantung oleh UEFA jika didapati bersalah. Mahkamah telah mendakwa Barcelona atas tuduhan rasuah berhubung pembayaran yang dibuat kepada bekas naib presiden Jawatankuasa Teknikal Pengadil, Jose Maria Enriquez Negreira, selama 17 tahun. Kelab tersebut didakwa telah membayar sebanyak €7.3 juta kepada […]