Bangkok Kejutkan Kelab Jepun

Kelab Thai League 2, Bangkok FC mencipta kejutan dengan mengalahkan kelab J2 League, Vegalta Sendai baru-baru ini. Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada program pra-musim kelab itu bagi menghadapi Thai League 2 musim 2024/25. Bangkok juga sibuk memperkuatkan pasukan itu dengan membawa masuk beberapa tonggak baru. Antara tonggak baru kelab berkenaan ialah bekas pemain kebangsaan Thailand, […]
Gaduh Besar 3 Tahun Lalu, Dua Pemain Thailand Kini Satu Pasukan

Nama pemain Thailand, Aitsaret Noichaiboon kembali mencuri tumpuan peminat bola sepak Thailand hari ini. Ini selepas wartawan sukan Thailand, Ta Lao berkongsikan satu ciapan daripada Goal Thailand yang memaparkan gambar Aitsaret bersama seorang pemain lain, Supasan Ruangsuphanimit. “Siapa boleh bayangkan mereka bermain untuk pasukan sama dua tahun kemudian,” katanya di X. Nama kedua-duanya pernah menjadi […]
Kelab Divisyen 3 Thailand, Bangkok FC Malukan Buriram United

Pendahulu Thai League 1, Buriram United bernasib malang apabila disingkirkan kelab divisyen tiga Thailand, Bangkok FC dari pusingan 16 pasukan terbaik saingan Thai FA Cup. Kekalahan ini bermakna akan ada pasukan baru yang menjulang trofi Thai FA Cup pada akhir musim nanti. Meskipun tidak menurunkan ramai pemain utama termasuk bek tengah Malaysia, Dion Cools, Thunder […]
AFC Women Club Championship: Urawa Reds Ladies Ke Final, ‘Bantai’ Bangkok FC

Urawa Reds Ladies mengesahkan kemaraan ke final Kejohanan Kelab Wanita AFC (AWCC) 2023 selepas membelasah Bangkok FC 6-1 dalam aksi kedua Kumpulan A. Kelab Jepun itu tahu satu lagi kemenangan bakal membawa mereka ke pentas final. Matlamat sama turut menjadi keinginan Bangkok FC. Bagaimanapun, Urawa terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan Kiko Seike […]
Liridon Krasniqi Sertai Pra-Musim Terengganu Di Bangkok?

Pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi dilihat bersama skuad Terengganu di Bangkok, Thailand. Perkara itu dikongsikan di Twitter @11Terengganu, kelibat Liridon terlihat sedang makan semeja dengan salah seorang pemain import, Argzim Redzovic. Pemain berusia 31 tahun itu pada bulan lalu baru sahaja meninggalkan kelabnya, Khon Kaen United dan pada ketika itu beliau masih lagi sebagai status […]
Pra-Musim 2023: Terengganu Mudah Tewaskan Bangkok FC

Selepas seri 1-1 dengan Rajpracha semalam, Terengganu mencatat kemenangan pertama dalam program pra-musim mereka di Thailand. Anak-anak buah Tomislav Steinbruckner mudah menundukkan Bangkok FC 2-0 hari ini. Dengan lawan beraksi di divisyen tiga Thailand, tidak hairanlah skuad Penyu mendominasi babak pertama. Bagaimanapun, ketumpulan barisan serangan mengakibatkan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat. Pada babak kedua, Terengganu […]
Pemain Kacukan Jepun-Brazil Kembali Ke Liga Malaysia

Pemain kacukan Jepun-Brazil, Bruno Suzuki sah akan kembali ke Liga Malaysia pada musim hadapan. Penyerang berusia 32 tahun ini membuat satu hantaran di laman rasmi Instagram miliknya menyatakan bahawa beliau telah meninggalkan kelabnya, Bangkok FC. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan kelab apa yang bakal disertainya untuk menghormati kontrak. “Saya tinggalkan Bangkok FC kerana menerima beberapa […]