“Gaji BAM Bayar, Mereka Pasti Buat Keputusan Tepat” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh percaya dengan kredibiliti yang dimiliki Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam membuat keputusan berhubung pelantikan jurulatih perseorangan yang baharu. Terdahulu, ura-ura kuat mengatakan bekas jurulatih pasukan Denmark, Kenneth Jonassen bakal dilantik oleh BAM sebagai ketua jurulatih bagi sektor perseorangan negara yang baharu. Menurut Hannah, khabar angin melibatkan lagenda Denmark […]

Perubahan Besar-Besaran Struktur Badminton Malaysia

Struktur kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilaporkan mengalami perubahan drastik. Menerusi laporan wartawan, Syakirah Zulkifly, rombakan dilakukan oleh pihak BAM melibatkan beberapa jurulatih setelah perbincangan dilakukan memakan masa hampir sebulan. “Selepas sebulan perbincangan penstrukturan barisan kejurultihan berlangsung, BAM umumkan senarai baharu hari ini,” tulis Syakirah di laman X. Antara perubahan besar yang dilakukan adalah dengan […]

Norza Zakaria Letak Jawatan

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria mengumumkan peletakan jawatannya hari ini. Keputusan itu dinyatakan beliau dalam majlis penyerahan ganjaran RM125,000 kepada beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Akademi Badminton Malaysia (ABM). Berita ini turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari menerusi satu hantaran di platform X. […]

Nur Izzuddin-Goh Sze Fei Bakal Tinggalkan BAM?

Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei dilaporkan bakal meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Izzuddin-Sze Fei yang kini berada di ranking ke-13 dunia kembali bergandingan semula pada pertengahan tahun lalu setelah berpisah seketika sekitar Januari 2023. Terkini, menurut wartawan sukan TV3, Syakirah Zulkifly, pengarah teknikal BAM, Rexy Mainaky memberi bayangan bahawa pasangan ini bakal membawa […]

“Kes Ng Tze Yong Sangat Terpencil” – ISN

Kecederaan melibatkan pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong disifatkan sebagai kes yang jarang untuk berlaku. Ng Tze Yong yang ditimpa kecederaan ketika beraksi di Petronas Malaysia Open pada awal tahun ini telah menjalani pembedahan sebelum ini bagi memulihkan keadaan pemain berusia 24 tahun itu. Menurut Pakar Perubatan Institut Sukan Negara (ISN), Dr Jasmiza Khuzairi […]

Lee Chong Wei: Pemain Sekarang Manja, Fokus Media Sosial Berbanding Karier

Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Wira Lee Chong Wei mahu para pemain untuk meletakkan fokus utama mereka kepada kerjaya terlebih dahulu berbanding hal lain. Menurut beliau, terdapat jelas perbezaan ketika zaman dahulu dan kini yang rata-rata pemain terlalu takut untuk mengharungi kesusahan selain terlalu fokus menjaga imej di media sosial sahaja. ”Bagi saya, zaman […]

Lee Zii Jia Bakal Perkuat Malaysia Di Thomas Cup?

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memberi bayangan bakal memperkuat cabaran Malaysia dalam saingan Thomas Cup 2024. Perkara ini dinyatakan pemain perseorangan ke-11 dunia itu kepada CGTN Sports Scene selepas aksi pusingan kedua Badminton Asia Championship 2024. Zii Jia memaklumkan beliau tidak pernah terlepas menyertai kejohanan badminton berpasukan membabitkan Malaysia di peringkat antarabangsa. Walau […]

Ranking BWF: Dua Beregu Muda Malaysia Catat Peningkatan Mendadak

Kemas kini ranking BWF yang dikeluarkan pada Selasa lalu menyaksikan dua beregu muda dari Malaysia terus mendaki kedudukan tinggi dalam carta ranking. Dua beregu yang mencatatkan peningkatan ini adalah naib juara Spain Masters 2024, Arif Junaidi-Yap Roy King dan juga pasangan berusia 18 tahun, Aaron Tai-Kang Khai Xing yang menjuarai Thailand International Challenge pada Ahad […]

Perkembangan Terkini Ng Tze Yong Selepas Cedera Panjang

Pemain perseorangan negara, Ng Tze Tong mula menunjukan reaksi positif selepas kembali dari kecederaan yang sedikit menggangu perjalanannya bagi musim 2024. Menurut laporan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom yang membuat liputan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Tze Yong telah pun kembali menyertai sesi latihan selepas menjalani pembedahan sebelum ini. Walau bagaimanapun, pemain kelahiran Johor itu […]

All England: Aaron-Wooi Yik Tunjukkan Chang Ko Chi-Po Li Wei Jalan Keluar

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir All England setelah menewaskan Chang Ko Chi-Po Li Wei dari Chinese Taipei. Aaron dan Wooi Yik yang turun selaku pilihan kelima kejohanan dipaksa bekerja keras apabila lawan memberikan tentangan sengit di awal permainan. Ko Chi dan Li Wei […]

Orleans Masters: ‘Oppa’ Korea, Jeon Hyeok Jin Sekat Kemaraan Leong Jun Hao

Leong Jun Hao memulakan saingan Orleans Masters 2024 dengan langkah kiri selepas tumpas kepada wakil Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin pada pusingan pertama kejohanan. Aksi yang berlangsung di gelanggang empat itu menyaksikan penguasaan gelanggang penuh yang ditampilkan pemain negara itu sehingga jauh mendahului lawan 9-3. Namun, kesilapan demi kesilapan membiarkan lawan mendapatkan mata menyebabkan pemain […]

Badminton Malaysia ‘Belanja’ RM2.3 Juta Demi Ke Paris

Sukan badminton Malaysia mencatatkan perbelanjaan tertinggi bagi dana perbelanjaan program Road To Gold tahun 2023. Menerusi infografik yang dikongsikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) menunjukkan perbelanjaan yang telah digunakan bagi program Road To Gold (RTG) bagi tahun 2023 yang dipecahkan mengikut sukan yang disenaraikan dalam program ini. Menurut infografik tersebut, sukan badminton telah membelanjakan sejumlah […]

Muhammad Miftah Kongsi Sebab Setuju Latih Prospek Hebat Di Malaysia

Skuad badminton wanita Malaysia mendapat suntikan motivasi baru menerusi perlantikan bekas penolong jurulatih beregu India dari Indonesia, Muhammad Miftah. Perlantikan beliau diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi satu hantaran di media sosial rasmi mereka beberapa jam lalu. Miftah datang dengan pengalaman luas selama 10 tahun bersama skuad badminton India. Dalam tempoh tersebut, beliau membantu mereka […]

Badminton Malaysia Bakal Terima Sentuhan Berbisa Indonesia

Khabar gembira menanti skuad badminton Malaysia apabila akan memiliki tenaga pakar dari negara jiran, Indonesia. Berita ini dikongsikan menerusi satu ciapan yang dilakukan wartawan Astro Arena, Syifa Nasir bahawa seorang jurulatih kelahiran Indonesia bakal memperkuat barisan kejurulatihan negara dengan tumpuan beliau ke arah membantu pemain beregu wanita negara. “Difahamkan seorang lagi tenaga pengajar dari Indonesia […]

“Awak Kritik Jurulatih, Tetapi Kenapa Tak Kritik Pemain Juga?”

Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky tidak mahu para pemainnya terus hanyut dibuai kata-kata manis peminat sebaliknya mengharapkan kritikan membina. Rexy yang ditemui di sidang media pada pagi Selasa berkata sampai bila para pemainnya harus dibuai kata manis para peminat dan beliau terbuka untuk segala kritikan ke atas para pemainnya. ”Sehingga sekarang saya […]

BAM Lakukan Rombakan, Gugur 3 Pemain Berbakat Besar

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melakukan rombakan di sektor perseorangan lelaki apabila beberapa nama digugurkan dari senarai pelatih. Berita ini diumumkan sendiri pengarah kejurulatihan, Rexy Mainaky dan ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan dalam satu sidang media sebentar tadi. Menurut laporan wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, bagi musim 2024, 10 pemain perseorangan lelaki akan dikekalkan manakala […]