Liga 1: Bali United Benam Cabaran PSS Sleman

Kelab Liga 1 Indonesia, Bali United terus menghambat Persib Bandung yang menduduki tempat kedua selepas menewaskan PSS Sleman. Serdadu Tridatu tahu satu lagi kemenangan bakal merapatkan jurang mata mereka dengan Persib Bandung yang menduduki tempat kedua kepada satu mata. Manakala Laskar Sembada pula memerlukan kemenangan bagi menjauhkan mereka daripada Arema yang menduduki tangga ke-16. Babak […]
AFC Cup: Central Coast Mariners Malukan Bali United 6-3

Juara A-League musim 2022-2023, Central Coast Mariners meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan G Piala AFC apabila membelasah wakil Indonesia, Bali United 6-3. Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza. The Mariners berharap dapat menebus kekecewaan tewas di tangan Adelaide United seminggu yang lalu. Manakala Serdadu Tridatu pula mahu mencipta kejutan selepas segar daripada kejayaan membenam Persebaya […]
Liga 1: Elias Dolah Wira Bali United Benam Bhayangkara

Aksi ke-15 Liga 1 Indonesia menyaksikan Bali United mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Bhayangkara. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga menyaksikan kedua-dua pasukan mempertaruhkan kesebelasan terbaik. Anak buah Stefano Cugurra ternyata lebih dominan di tempat lawan apabila mengawal baik permainan pada 15 minit pertama perlawanan. Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila perancang tengah Bali […]
Skuad Kebangsaan USA & Jepun Bakal Tiba Di Indonesia

Dengan Piala Dunia B-17 bakal berlangsung tidak lama lagi di Indonesia, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun telah membuat persiapan awal dengan menyertai kejohanan bola sepak remaja di Bali. Ini selepas Orange Veins dan Bali United mengumumkan penganjuran kejohanan bola sepak remaja antarabangsa di pulau terkemuka itu. Selain AS dan Jepun, pasukan lain yang mengambil bahagian […]
Tomislav Steinbruckner Kongsi Perasaan Berbeza Diikat Bali United

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui pasukannya terlepas peluang berharga untuk mencuri tiga mata penting di Asia. Menerusi satu temubual selepas perlawanan berdepan Bali United, beliau menyatakan rasa kecewa selepas pasukannya gagal memungut mata penuh. Perasaan itu bagaimanapun ditangkas selepas beberapa pemain muda yang diberikan peluang untuk beraksi berjaya memperagakan aksi yang diharapkan. Pengendali […]
AFC Cup: Terengganu Pamer Kebangkitan Sempurna Ikat Bali United

Wakil Malaysia di pentas Piala AFC 2023, Terengganu FC berjaya mencuri mata penting di Asia apabila seri menentang kelab Indonesia, Bali United. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan Terengganu meletakkan gandingan Sony Borde, Adisak Kraisorn dan Norhakim Hassan di bahagian serangan. Aksi babak pertama berlangsung dengan cukup baik apabila kedua-dua pasukan bermula dengan langkah lebih […]
Siaran Langsung AFC Cup: Bali United vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan kedua Kumpulan G antara pasukan Bali United dan wakil Malaysia, Terengganu terus mencuri tumpuan ramai. Kedua-dua pasukan turun dalam momentum terbaik selepas mencatatkan kemenangan pertama pasa aksi pembukaan Piala AFC masing masinga berdepan Stallions dan Central Coast Mariners. Terengganu memiliki motivasi tambahan selepas Bali United dikenakan denda oleh AFC tatkala jumlah kehadiran ke stadium […]
Terengganu Berisiko Hilang Dua Tonggak Di Piala AFC

Wakil Malaysia di Piala AFC, Terengganu berisiko hilang dua pemain berdepan Bali United dalam aksi kedua peringkat Kumpulan G. Perkembangan terbaru menyaksikan percaturan ketua jurulatih, Tomislav Steinbrucker perlu menilai secara terperinci selepas difahahamkan dua pemain dalam keadaan dipantau rapi. Beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa pemain yang sedang dipantau rapi dengan dua pemain utama juga berisiko […]
Jurulatih Bali United Risaukan Ancaman Utama Terengganu

Ketua jurulatih Bali United, Stefano Cugurra menyebutkan ancaman utama Terengganu menjelang aksi Piala AFC 2023, 4 Oktober 2023. Pengendali berasal dari Brazil itu mahu memastikan pasukannya tampil dengan aksi terbaik setelah mencatatkan kemenangan besar pada aksi pertama menentang wakil Filipina tempoh hari. Bali United dalam momentuk terbaik selepas menang aksi terakhir berdepan Persikabo 1973 dengan […]
AFC Denda Bali United, Kelebihan Milik Terengganu

Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah membuat keputusan untuk menghukum kelab Indonesia, Bali United menjelang sepak mula berdepan Terengganu FC. Aksi kedua Kumpulan G itu menyaksikan kedua-dua pasukan dalam momentum terbaik selepas mencatat kemenangan pada aksi pertama kumpulan tempoh hari. Khabar buruk melanda kem Bali United selepas mereka dijatuhkan hukuman oleh AFC menjelang sepak […]
Jurulatih Bali United Mula Berbicara Tentang Terengganu

Ketua jurulatih Bali United, Stefano Cugurra mula berbicara tentang lawannya di Piala AFC, Terengganu FC. Pengendali berpengalaman itu kini dalam momentum terbaik selepas berjaya membenam cabaran Persikabo 1973 dengan keputusan 2-0. Beliau menyatakan keterujaan untuk melihat motivasi anak buahnya pada tahap yang terbaik sebelum melangkah ke kejohanan berprestij tersebut. Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Brazil itu […]
Layan Bola Sambil Makan Di Kafe, Pengalaman Luar Biasa Di Bali United

Pengalaman luar biasa dirasai MakanBola ketika berkunjung ke stadium pasukan Bali United, Stadium Kapten Wayan Dipta, Gianyar Bali. Sebaik sahaja tiba di perkarangan stadium, anda akan lihat ramai petugas stadium dan anggota polis yang ditugaskan mengawal keadaan sekeliling. Suasana di sekitar stadium terkawal dan proses kemasukan masuk penonton ke dalam stadium begitu teratur. Selain menjadi […]
Liga 1: Bali United Tewaskan Persikabo 1973

Aksi Liga 1 Indonesia hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Bali United dan Persikabo 1973. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Kapten Wayan Dipta menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya menewaskan pasukan pelawat. Seawal minit ketiga permainan, Bali United sudah mula mencemaskan seketika kubu Persikabo. Tindakan susulan pemain import Bali United, Eber Bessa hampir memecah kebuntuan perlawanan […]
Terengganu Hadapi Aura Hebat Ilija Spasojevic Di AFC

Menjelang aksi kedua Piala AFC membabitkan Terengganu FC dan Bali United pada 6 Oktober ini, kelibat Ilija Spasojevic bakal menjadi tumpuan ramai. Ini kerana penyerang naturalisasi Indonesia itu merupakan penjaring terbanyak liga Serdadu Tridatu dengan 40 gol sejak dua musim lepas mengikut statistik Transfermarkt. Malah, musim ini saja menyaksikan Spasojevic sudah menyumbat empat gol dalam […]
Lawan Terengganu Di AFC Mula Perang Psikologi

Lawan Terengganu seterusnya, Bali United memulakan perang psikologi menjelang aksi kedua kumpulan G apabila memuji prestasi semasa pasukan kendalian Thomas Steinbruckner. Bali United sama-sama mengumpul 3 mata bersama Terengganu ketika ini setelah menang besar 5-3 ke atas kelab Filipina, Stallion Laguna dalam aksi pertama Piala AFC tempoh hari. Ketua jurulatih Bali United, Stefano Cugurra menganggap […]
Liga 1: Bali United Diikat Persija Jakarta

Aksi Liga 1 Indonesia hari ini melibatkan pertemuan antara pasukan Persija Jakarta menentang pasukan Bali United. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga menyaksikan keputusan seri diraih kedua pasukan. Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat, Bali United mendahului perlawanan. Wakil Indonesia di pentas Piala AFC ini berjaya mencetak jaringan pertama perlawnanan menerusi Rahmat Arjuna. Pemain […]