AFC Asian Cup: Bahrain Lakukan Analisis Rapi Tentang Kekuatan Malaysia

Ketua jurulatih Bahrain, Juan Antonio Pizzi sudah membuat persediaan rapi sebelum menentang Malaysia menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam Piala Asia 2023 di Stadium Jassim bin Hamad, malam esok. Bahrain yang kini di ranking ke-86 itu pernah ditewaskan Malaysia pada aksi persahabatan tahun 2021. Manakala di pentas kelayakan AFC Asian Cup 2022 pasukan itu berjaya memperoleh […]

AFC Asian Cup: Pemain Bahrain Waspada Cabaran Harimau Malaya

Pemain tengah Bahrain, Ali Madan mahu rakan-rakan sepasukannya tidak memandang rendah cabaran Malaysia dalam aksi kedua Kumpulan E yang berlangsung esok. Ini kerana meskipun mereka tewas 4-0 kepada Jordan pada awal pagi 16 Januari lalu, Harimau Malaya sudah membuktikan mereka bukan lawan calang-calang. Malaysia sebelum ini sudah mengatasi beberapa pasukan yang memiliki ranking Persekutuan Bola […]

AFC Asian Cup: “Kenapa Perlu Ubah? Ini Cara Malaysia Bermain” – Kim Pan-gon

AFC Asian Cup: Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon yakin pasukannya bakal tampil dengan mentaliti berbeza namun kekal dengan percaturan sama berdepan Bahrain bagi aksi kedua peringkat kumpulan. Pengendali berusia 54 tahun itu dalam sesi sidang media berkata bahawa pasukan sedang melakukan persiapan terbaik selepas menerima tamparan hebat selepas tewas 0-4 kepada Jordan. Beliau telah pun […]

AFC Asian Cup: Penjaga Gol Utama Korea Selatan Terlepas Baki Saingan Piala Asia

Korea Selatan KFA

Berita buruk menimpa skuad Korea Selatan apabila penjaga gol utama, Kim Seung-gyu bakal terlepas baki saingan Piala Asia 2023 akibat kecederaan lutut. Kim Seung-gyu dilaporkan mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) pada bahagian lutut kanan sewaktu menjalani sesi latihan pada hari Khamis kelmarin. Berita mengenai kecederaan Kim Seung-gyu ini mendapat liputan media sukan Korea Selatan […]

AFC Asian Cup: Mahmoud Al-Mardi Guna Pengalaman Liga Malaysia Tewaskan Harimau Malaya

Pemain sayap Jordan, Mahmoud Al-Mardi mengatakan dua jaringan gol yang dilakukan untuk menewaskan Malaysia kelmarin itu hasil daripada pengalaman beliau ketika beraksi di Liga Malaysia bersama pasukan Kedah Darul Aman (KDA) pada tahun 2022. Dalam temubual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 30 tahun itu mengakui pasukan Malaysia antara pasukan yang baik […]

AFC Asian Cup: Gol Padu Lee Kang-in Tawan Hati Penyokong Bola Sepak

Nama Lee Kang-in kini mencuri perhatian penyokong bola sepak apabila gol jarak jauh beliau berjaya menawan hati ramai penyokong. Jaringan jarak jauh itu muncul pada minit ke-56 ketika Lee Kang-in melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti dan berjaya menewaskan penjaga gol Bahrain. Jaringan Lee Kang-in kemudian menerima pujian penyokong yang menganggap gol tersebut berkelas […]

AFC Asian Cup: Korea Selatan Tepati Ramalan Kalahkan Bahrain

Perlawanan pertama kumpulan E Piala Asia 2023 menyaksikan pasukan gergasi Korea Selatan meraih kemenangan selesa ke atas Bahrain. Korea Selatan menurunkan kesebelasan terbaik mereka seperti Kim Min-jae dibahagian pertahanan, Hwang In-beom selaku pemain tengah serta Lee Kang-in dan Son Heung-min dibahagian serangan. Bahrain pula tampil bermain dengan 3 pemain tengah yang dibarisi bekas pemain Kedah, […]

AFC Asian Cup: “Dah Jadi Penjaga Gol Pula” Tindakan Bintang Kedah Curi Perhatian Asia

Gelagat yang ditampilkan oleh pemain tengah Kedah Darul Aman FC, Moses Atede mencuri perhatian ramai di Piala AFC 2023. Pemain kelahiran Bahrain itu membantu negaranya untuk berdepan pasukan ke-22 dunia, Korea Selatan bagi aksi pertama Kumpulan E. Ketenangan beliau mengemudi jentera tengah pasukan Dilmun Warriors terserlah apabila banyak menafikan gerakan lawan. Pemain berusia 27 tahun […]

AFC Asian Cup: Ujian Sukar Korea Selatan Menanti Bahrain

Menjelang aksi Kumpulan E membabitkan Bahrain dan Korea Selatan yang bakal berlangsung dalam beberapa jam lagi, cabaran besar menanti anak buah Juan Antonio Pizzi. Ini kerana Korea Selatan bukan saja berstatus pasukan ketiga terbaik Asia dengan ranking ke-23 dunia. Malah, Pahlawan Taeguk yang dibimbing Jurgen Klinsmann itu bukan sekali mengecewakan Al-Ahmar dalam saingan Piala Asia. […]

Persiapan Bahrain Di Piala Asia Dilanda Mimpi Ngeri

Skuad Bahrain yang dibimbing pengendali Sepanyol, Juan Antonio Pizzi untuk Piala Asia 2023 mendapat tamparan hebat baru-baru ini. Ini selepas pemain pertahanan Al-Khaldiya, Ahmed Bughammar terpaksa menarik diri daripada skuad Muharabi Dilmun akibat kecederaan. Mengikut data Transfermarkt, Bughammar telah merekodkan 21 penampilan antarabangsa dan satu gol bersama Bahrain. Portal berita News of Bahrain melaporkan beliau […]

Bahrain Diaibkan Pasukan Ke-117 Dunia

Aksi persahabatan antarabangsa antara pasukan Bahrain dan Angola berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan ke-117 dunia itu. Aksi yang berlangsung di Stadium Qatar itu memberi tampadan hebat kepada anak buah Juan Antonio Pizzi yang kini berada dalam momentum kurang baik. Pasukan ke-86 dunia ini bergelut untuk mencari rentak sebenar apabila gagal menjaringkan sebarang gol dalam […]

Graham Arnold Akui Bahrain Beri Aksi Sukar Kepada Australia

Jurulatih Australia, Graham Arnold mengakui Bahrain memberikan aksi sukar kepada Australia sewaktu perlawanan persahabatan tempoh hari. Namun begitu pasukan Australia tetap mampu menewaskan Bahrain dengan jaringan 2-0 menerusi gol sendiri Amine Benaddi dan Mitchell Duke. “Saya rasa pasukan dari Timur Tengah sudah semakin kuat dan mereka memiliki fizikal lebih besar dari yang saya jangkakan.” “Sukar […]

Bahrain Kecundang Di Tangan Australia

Bahrain kecundang di tangan Australia setelah tewas dengan jaringan 2-0 dalam aksi persahabatan. Gol pertama Australia hadir menerusi jaringan sendiri pertahanan Bahrain, Amine Benaddi yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-35. Australia mendominasi penguasaan bola pada babak pertama namun hanya mampu mencipta dua percubaan ke arah gawang gol Bahrain. Bersambung babak kedua, Bahrain […]

Syahmi Safari: Jurang Malaysia Dan Pasukan Arab Tidak Terlalu Besar

Syahmi Safari kekal positif dengan cabaran Malaysia apabila berpandangan jurang Malaysia dan pasukan Arab tidak terlalu besar. “Ini Piala Asia pertama buat saya dan rakan-rakan. Sebelum ini kami pernah bermain di Piala Asia Bawah 23 pada tahun 2018 namun inilah Piala Asia yang sebenar.” “Jurulatih memberitahu kami akan menjalani latihan berintensiti tinggi untuk menyesuaikan diri […]

Bahrain Uji Pasukan Ke-25 Dunia

Pasukan Asia Barat, Bahrain menjadikan pasukan keempat terbaik Asia, Australia sebagai perlawanan pemanas badan terakhir sebelum ke Piala Asia 2023. Ini peluang terakhir buat jurulatih The Reds, Juan Antonio Pizzi menilai keserasian barisan 26 pemain hari ini sebelum kempen Piala Asia bermula. Australia menjadi pilihan Pizzi kerana kualiti yang dimiliki The Socceroos mirip dengan pasukan […]

Piala Asia: Portal US Ramal Malaysia Miliki 39% Peluang Mara Ke Pusingan Kalah Mati

Salah sebuah portal di Amerika Syarikat (USA) telah meramalkan bahawa Malaysia memiliki 39 peratus peluang untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Asia 2023. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi tempoh yang cukup cemerlang pada tahun 2023 selepas merekodkan hanya satu kekalahan di tangan Tajikistan pada aksi Pestabola Merdeka 2023. Harimau Malaya juga berjaya menundukkan […]