“Saya Nak Jumpa Lee Zii Jia” – Hamidin

Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, Datuk Hamidin Mohd. Amin berhasrat mengadakan perjumpaan dengan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia. Perjumpaan itu akan dirancang susulan keputusan anak jati Alor Setar, Kedah itu tidak menyertai program Road To Gold (RTG) baru-baru ini. Bagaimanapun, Hamidin tidak menjelaskan sebab sebenar pertemuan itu diadakan […]

Japan Masters: Ong Yew Sin & Ee Yi Ke Separuh Akhir, Tewaskan Regu Taiwan

Beregu lelaki profesional Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menjadi satu-satunya wakil Malaysia di pentas separuh akhir Japan Masters 2023 yang berlangsung esok. Ini selepas regu nombor 12 dunia itu berjaya menewaskan wakil Taiwan, Lee Fang-Chih dan Lee Fang-Jen dalam aksi suku akhir yang berlangsung pada hari ini. Yew Sin-Ee Yi memiliki kelebihan dalam […]

Japan Masters: Regu Jepun Tamatkan Cabaran Pearly Tan & M. Thinaah

Cabaran regu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah dalam Japan Masters 2023 berakhir hari ini. Ini selepas cabaran mereka ditamatkan oleh regu tuan rumah, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto di pentas suku akhir. Dari segi rekod pertemuan, Pearly-Thinaah memiliki kelebihan kerana pernah menang ke atas regu nombor 14 dunia itu. Bagaimanapun, set pertama menyaksikan […]

Japan Masters: Aaron Chia & Wooi Yik Ditunjuk Jalan Keluar

Juara Terbuka Denmark 2023, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hampa apabila tersingkir dari pusingan kedua Japan Masters 2023. Aaron-Wooi Yik dikecewakan oleh regu Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito berstatus regu nombor 16 dunia. Dari segi rekod pertemuan, Koga-Saito memiliki sedikit kelebihan dengan empat kemenangan daripada tujuh pertemuan sebelumnya. Set pertama menyaksikan kedua-dua regu […]

Japan Masters: Viktor Axelsen Hantar Pulang Ng Tze Yong

Hasrat Ng Tze Yong mencipta kejutan ke atas jaguh nombor satu dunia, Viktor Axelsen dalam pusingan kedua Japan Masters 2023 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas jaguh Denmark itu terpaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan pemain nombor 15 dunia itu dalam pusingan kedua kejohanan. Set pertama menyaksikan Axelsen mendahului seketika Tze Yong pada kedudukan 11-10. Bagaimanapun, […]

Japan Masters: Pearly Tan & M. Thinaah Ke Suku Akhir, Ketepikan Cabaran Regu Jepun

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah mudah lepasi pusingan kedua Japan Masters 2023 dan mara ke suku akhir. Pearly-Thinaah berjaya mara selepas mengatasi regu yang menduduki ranking ke-28 dunia, Rui Hirokami dan Yuna Kato dari Jepun. Biarpun berehat selama sebulan selepas Sukan Asia 2023, kehandalan regu negara yang menduduki ranking ke-13 dunia […]

Japan Masters: Aaron Chia & Wooi Yik Mudah Benam Cabaran Regu Taiwan

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mudah melangkah ke pusingan kedua Japan Masters 2023 hari ini. Ini selepas mereka mengatasi cabaran regu Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-Lin dalam pusingan pertama kejohanan itu. Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu dilihat seimbang kerana masing-masing memiliki tiga kemenangan daripada enam pertemuan sebelum ini. […]

Japan Masters: Lee Zii Jia Disingkirkan Anders Antonsen

Selepas memilih untuk tidak menyertai program Road To Gold (RTG) semalam, Lee Zii Jia kembali menjadi tumpuan apabila tersingkir daripada pusingan pertama Japan Masters 2023. Juara Terbuka Artik 2023 itu terpaksa akur dengan kehandalan pemain perseorangan Denmark, Anders Antonsen. Dari segi rekod pertemuan, Antonsen memiliki rekod baik dengan empat kemenangan daripada enam pertemuan sebelumnya. Set […]

Japan Masters: Pearly Tan & M. Thinaah Berjuang Lepasi Pusingan Pertama

Regu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah terpaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan kedua Japan Masters 2023 petang tadi. Ini merupakan penampilan pertama regu yang menduduki ranking ke-13 dunia itu dalam tempoh sebulan selepas kempen Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China. Turun menentang regu Korea Selatan, Lee Yu-lim dan Shin Seung-chan, Pearly-Thinaah […]

Hannah Yeoh: Lee Zii Jia Belum Tandatangan

Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia masih belum menandatangani kontrak bersama program Road To Gold (RTG). Perkara ini didedahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Sebelum ini, anak jati Alor Setar, Kedah itu diberi tempoh dua minggu untuk memeterai kontrak RTG. Gesaan itu dibuat memandangkan atlet yang tersenarai dalam program itu sudah sah […]

Japan Masters: Ong Yew Sin & Ee Yi Lepasi Halangan Pertama

Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya melepasi pusingan pertama Japan Masters 2023 hari ini. Ini selepas regu yang berstatus pilihan kelapan kejohanan itu berjaya mengatasi cabaran rakan senegara, Man Wei Chung dan Tee Kai Wun. Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu dianggap seimbang kerana menang sekali daripada dua pertemuan […]

Korea Masters: Hajat Final Dua Regu Campuran Malaysia Tersekat

Cabaran kem Malaysia di Korea Masters 2023 berakhir hari ini apabila dua regu campuran negara terkandas di separuh akhir. Regu nombor 10 dunia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei memulakan cabaran separuh akhir dengan turun menentang regu tuan rumah, Seo Seung-jae dan Chae Yu-jung. Seung-jae-Yu-jung yang mendapat sokongan padu penyokong mendominasi set pertama. Biarpun […]

Korea Masters: Goh Sze Fei-Izzuddin Terkandas Di Suku Akhir

Hajat regu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani untuk mara ke separuh akhir Korea Masters 2023 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas kemaraan mereka disekat pilihan utama kejohanan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae di pentas suku akhir tadi. Pertemuan dua regu ini dianggap seimbang dengan kedua-duanya menang sekali daripada dua pertemuan sebelum ini. Set pertama […]

Korea Masters: Impian Separuh Akhir Leong Jun Hao Tersekat, Tewas Kepada Jaguh China

Hasrat juara KL Masters Malaysia 2023, Leong Jun Hao untuk mara ke separuh akhir Korea Masters 2023 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas pemain yang menduduki ranking ke-38 dunia itu tewas kepada jaguh China, Lei Lanxi di pentas suku akhir. Set pertama menyaksikan Jun Hao berdepan kesukaran menyaingi lawannya yang menduduki ranking ke-57 dunia. Keadaan […]

Korea Masters: Goh Soon Huat & Shevon Lai Ke Separuh Akhir, Benam Regu Korea Selatan

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai menceriakan kem badminton Malaysia dengan mara ke separuh akhir Korea Masters 2023. Mereka mara selepas mengenepikan cabaran regu tuan rumah, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun di pentas suku akhir. Dari segi rekod pertemuan, Won-ho dan Na-eun memiliki kelebihan pernah menang ke atas regu campuran negara itu […]

KL Masters: Leong Jun Hao Muncul Juara, Kejutkan Lee Chia Hao

Perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao mengetepikan masalah kecederaan yang dihadapi bagi meraih gelaran juara KL Masters Malaysia 2023. Jun Hao yang juga pemain nombor ke-42 dunia berjaya mengatasi cabaran pemain Taiwan yang juga pilihan utama kejohanan, Lee Chia Hao. Set pertama menyaksikan persaingan sengit antara kedua-dua pemain. Jun Hao pada satu ketika berjaya meninggalkan […]