Kenyataan B. Sathianathan Tentang Faisal Halim & Arif Aiman Semakin Terbukti

Mendiang B. Sathianathan pernah mengeluarkan satu kenyataan yang cukup besar terhadap duo sensasi Malaysia, Faisal Halim dan Arif Aiman yang mengundang pelbagai persepsi umum. Bekas pengendali kebangsaan itu telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini selepas dikatakan bergelut dengan masalah kesihatan yang berpanjangan. Jurulatih berusia 65 tahun itu pernah membimbing beberapa buah kelab di Liga Super […]

Tindakan Pantas Kim Pan-gon Hidu Helah Turkmenistan Dipuji B. Sathianathan

Tindakan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang dapat mengesan helah Turkmenistan dengan lebih awal telah menyaksikan Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan bermakna semalam. Menurut analisis yang dilakukan oleh B. Sathia nathan, pengendali tersebut melihat percaturan ampuh yang dilakukan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah membawa kejayaan kepada Malaysia. Mengulas lanjut, Sathia percaya bahawa pengendali […]

B. Sathianathan Risau Dengan Kelesuan Penyerang Import Selangor

Bekas pengendali Selangor FC, B. Sathianathan menzahirkan kerisauan terhadap jentera serangan Selangor terutamanya penyerang sensasi Colombia, Aaron Del Valle. Penyerang berusia 34 tahun itu hadir dengan reputasi yang cukup hebat ke Liga Malaysia selepas menjadi penjaring terbanyak di sana. Kemasukan beliau adalah bagi mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Herlison Caion yang berhijrah ke kelab […]

B. Sathianathan Jawab Mengapa Selangor Bersungguh-Sungguh Dapatkan Faisal Halim

Bekas pengendali Selangor FC, B. Sathianathan mengulas berkenaan impak dibawa oleh pemain sayap lincah, Faisal Halim sehingga Selangor berjaya memenangi tandatangan pemain tersebut. Bekas pemain Terengganu FC itu menikmati musim cemerlang di bawah kendalian Nafuzi Zain sebelum memilih untuk membawa haluan baharu musim ini. Malah, Nafuzi juga ketika ini sedang memulakan tugas baharu selaku jurulatih […]

B. Sathianathan Berang Pasukan Guna Jurulatih Boneka

Bekas jurulatih pasukan Sarawak United, B. Sathianathan mengesahkan terdapat beberapa pasukan yang cuba melantik ‘jurulatih boneka’ bagi saingan musim hadapan. Tindakan ini digambarkan bahaqa ada pihak yang menyewakan lesen mereka kepada pihak ketiga sekaligus bakal merosakkan industri bola sepak negara. Sathia yang juga merupakan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) telah mengenal pasti satu […]

“Cukup Ke Gaji RM8000 Ke RM9000 Sebulan Untuk Jurulatih” – Sathianathan

Bekas ketua jurulatih kebangsaan, B Sathianathan mempersoalkan berkenaan gaji yang diberi hanya RM8000 ke RM9000 sebulan kepada jurulatih di Malaysia walaupun sudah membayar RM60,000 untuk mendapatkan lesen kejurulatihan. Perkara ini membuatkan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) itu mahu membela dan menyuarakan hak jurulatih di Liga Malaysia. Dalam pada itu, beliau menganggap pihak pengurusan dilihat […]

Sathianathan Dah Tahu Memang Akan Kalah Dengan JDT

Perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melayan kunjungan Sarawak United FC (SUFC) seperti sudah dijangka apabila JDT menepati ramalan menang mudah membelasah Sarawak dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu malam. Pengendali SUFC, B Sathianathan akur dengan keputusan yang dicatatkan pasukan kendaliannya dan menganggap […]

B. Sathianathan Akui Situasi Bola Sepak Negara Kini Lebih Dikuasai Oleh Netizen

Bekas pengendali Harimau Malaya, B. Sathianathan menyatakan bahawa ketika ini status bola sepak negara lebih dikendalikan oleh netizen dan akui tidak ada apa-apa kaitan dengan FAM tentang keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta kelab menunda perlawanan tersebut. Perkara ini disebabkan kejadian yang berlaku sebelum ini, ada juga dilihat bertindak keterlaluan dengan memaki atau ‘menyerang’ kelab, […]

B. Sathianathan Beri Nasihat Kepada Kim Pan-gon

Pengarah teknikal pasukan Sarawak United FC, B. Sathianathan menitipkan nasihat kepada pengendali baharu pasukan negara, Kim Pan-gon sebelum memulakan tugas mengendalikan skuad negara. Bekas jurulatih pasukan Selangor FC itu merasakan bahawa jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu harus harus memahami budaya Malaysia secara keseluruhan terlebih dahulu menerapkan ‘falsafah’ permainan Korea secara keseluruhannya. ‘Dia mesti […]

“Sukar Untuk Layak Ke Piala Asia” – B. Sathianathan

Bekas pengendali Harimau Malaya, B Sathianathan dilihat sedang meneliti situasi semasa skuad negara dan baginya tampak sukar untuk jurulatih baharu negara membawa skuad Harimau Malaya layak ke saingan Piala Asia tahun depan. Sathianathan menjelaskan masa yang suntuk untuk Pan-Gon persiapan Harimau Malaya amat mencabar kerana bukan mudah untuk seorang jurulatih import memahami permainan bawah kendaliannya […]

Sathianathan Gesa Siasatan Mampu Rungkai Misteri Pemain ‘Hilang’

Pengarah teknikal Sarawak United, B Sathianathan berharap badan siasatan bebas yang ditubuhkan FAM mampu merungkai persoalan dimana perginya pemain-pemain yang sepatutnya berada dalam skuad Harimau Malaya. Ketiadaan tonggak-tonggak utama ini seakan misteri dan adakah benar alasan-alasan yang diperkatakan bahawa pemain-pemain ini ada yang cedera dan keletihan. Menurut Sathia, pemain yang dipanggil pada edisi AFF yang […]

B. Sathianathan: Ronaldo Yang Dibayar Berjuta Pun, Bila Portugal Panggil Dia Pergi

Pengarah teknikal Sarawak United, B. Sathianathan baru-baru ini berkongsi pandangan beliau mengenai keputusan yang terpaksa dihadap oleh pasukan negara susulan tersingkir awal daripada kejohanan Piala AFF kali ini. Bekas pengendali Selangor ini berpandangan bahawa terdapat beberapa aspek penting yang perlu segera dinilai semula oleh pasukan bagi memastikan Harimau Malaya kembali menemui semula rentak dalam kelayakan […]

B.Sathianathan Senaraikan 4 Pemain Yang Mampu Mengubah Keputusan Malaysia Di Piala AFF

Pengarah teknikal pasukan Sarawak United, B. Sathianathan, beliau berpendapat bahawa para pemain yang mewakili skuad Harimau Malaya bagi edisi Piala AFF Suzuki kali ini bukan di antara barisan yang ampuh. Bekas pengendali negara itu menyatakan ada perbezaan dari segi kualiti barisan pemain skuad kebanggsaan pada edisi kelayakan Piala Dunia sebelum ini berbanding kini. Beliau akui […]

B.Sathianathan Mahu Arif Aiman Ketuai Jentera Serangan Malaysia Berdepan Laos

Menurut satu kenyataan daripada Pengarah Teknikal Sarawak United, B. Sathianathan, beliau menyatakan bahawa pasukan Laos bukan pasukan yang mudah untuk dibolosi dengan jaringan yang besar.  Bekas pengendali skuad negara itu turut menegaskan bahawa bertemu pasukan Laos memerlukan barisan pemain yang berkualiti dari segi pengawalan bola di kaki dan juga pemain yang bijak mencari ruang kosong […]

B. Sathianathan: Silap-Silap KL City Boleh Menang

Bekas pengendali skuad kebangsaan, B. Sathianathan menyifatkan Johor Darul Ta’zim sebagai pasukan yang kuat namun turut percaya kepada kekuatan ‘kilat’ dimiliki Kuala Lumpur City. “Johor Darul Ta’zim memang pasukan pilihan, namun Kuala Lumpur City bagi saya agak berbahaya terutamanya dalam serangan kilat mereka. Silap-silap KL City boleh menang”. “Johor Darul Ta’zim ini kita tak boleh […]