Negeri Sembilan Buat Rombakan Kejurulatihan

Susulan prestasi buruk yang membelenggu Negeri Sembilan FC sejak dari awal musim 2024/25, pengurusan pasukan itu melakukan rombakan ke atas struktur kejurulatihan. Tujuh aksi awal Liga Super menyaksikan skuad Rusa hanya merekodkan satu kemenangan dan enam kekalahan. Ini termasuk kekalahan terbaru 2-1 di tangan PDRM FC. Selain itu, Negeri Sembilan turut disingkirkan daripada saingan Piala […]
Negeri Sembilan Bertandang Ke Kedah Tanpa Azzmi Aziz

Pengendali Negeri Sembilan, Azzmi Aziz tidak akan bersama pasukannya apabila bertandang ke Kedah bagi aksi Liga Super pada Sabtu. Negeri Sembilan kini menduduki tangga ke-12 liga setelah mengutip hanya 3 mata hasil satu kemenangan dan enam kekalahan daripada tujuh perlawanan selain tersingkir awal dari saingan Piala FA. Terbaharu, sang Rusa tunduk 1-2 di laman sendiri […]
Azzmi Aziz: Kalau Tiada Penambahbaikan, Negeri Sembilan Akan Tertinggal

Jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz mengakui pasukannya memerlukan suntikan pemain baru agar dapat bersaing dengan pasukan-pasukan lain dalam Liga Super. Aksi terbaru Liga Super menyaksikan skuad Rusa kecundang buat kali keenam musim ini. Ini selepas mereka tewas 2-1 kepada PDRM FC pada 11 Ogos lalu. R. Barathkumar memastikan Negeri Sembilan meraih gol pendahuluan pada […]
“Pemain Negeri Sembilan Tunjuk Banyak Kemajuan” – Azzmi Aziz

Pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz mengakui gembira dengan kemajuan anak buahnya sejak kebelakangan ini. Aksi terbaru Liga Super menyaksikan Negeri Sembilan tewas 3-2 kepada Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA). Skuad Rusa mencipta kejutan dengan mendahului menerusi Mika Junco. Terengganu menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid. Skuad Penyu kemudiannya […]
Azzmi Aziz Mahu Negeri Sembilan Kembali Bangkit

Pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz mahu pasukan itu kembali bangkit untuk aksi Liga Super seterusnya. Hajat skuad Rusa meraih kemenangan kedua dalam liga tidak kesampaian apabila tewas 2-0 kepada Sabah FC di Stadium Likas pada 25 Julai lalu. Daniel Ting dan Jafri Firdaus Chew mencipta nama sebagai penjaring dalam perlawanan itu. Negeri Sembilan turut […]
Ketiadaan Jacque Faye Tidak Gugat Negeri Sembilan

Pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz merasakan ketiadaan pemain import Senegal, Jacque Faye tidak akan menjejaskan rentak pasukan itu. Selepas menyertai skuad Rusa dari PDRM FC pada awal musim ini, Faye sudah merekodkan empat penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M). Ini termasuk perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024. Khidmat beliau terpaksa disisihkan untuk […]
Azzmi Aziz: Tugas Sukar Tapi Negeri Sembilan Perlu Bangkit

Jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz mengakui pasukannya perlu segera bangkit jika tidak mahu tercicir dalam saingan Liga Super musim 2024/25. Aksi terbaru Liga Super yang berlangsung pada 21 Jun lalu menyaksikan skuad Rusa tumbang 3-0 kepada pasukan dari Lembah Klang, KL City FC. Jaringan Brendan Gan, Paulo Josue dan S. Sharvin memastikan anak buah […]
Azzmi Aziz Kenal Pasti Kelemahan Utama Negeri Sembilan

Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz sudah mengenal pasti kelemahan utama skuad kendaliannya selepas melalui tiga perlawanan setakat ini. Dalam tiga aksi yang telah diharungi iaitu dua perlawanan Liga Super dan satu aksi Piala FA, Negeri Sembilan telah dibolosi 11 gol dan hanya merekodkan satu jaringan sahaja. Azzmi berpendapat, masalah utama Negeri Sembilan adalah […]
Pandangan Berbeza Dua Jurulatih Terkemuka Tentang Pasukan Terkuat Liga Super

Dua jurulatih terkemuka Liga Super merungkaikan pandangan masing-masing berkenaan pasukan terkuat bagi musim 2024/25. Saingan Liga Super memasuki minggu ke-4 dengan beberapa pasukan dapat mengekalkan rentak terbaik sejak awal musim. Prestasi sama juga berjaya dibawa memasuki kempen Piala FA sungguhpun terdapat beberapa keputusan perlawanan yang mengejutkan. Menurut pandangan Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah, […]
Latihan Syahmi Adib Sebelum Lawan Selangor Tuai Hasil

Persediaan latihan sepakan penalti berjaya membantu penjaga gol Negeri Sembilan, Syahmi Adib tampil cemerlang ketika berdepan Selangor dalam aksi Piala FA tempoh hari. Syahmi Adib yang diberi peranan sebagai penjaga gawang oleh ketua jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Aziz, membalas kepercayaan tersebut dengan aksi positif meskipun skuad Rusa tumpas 0-4 di tangan Selangor. Momen Syahmi menyelamatkan […]
Azzmi Aziz: Selangor Pasukan Kedua Terbaik Selepas JDT

Pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz melihat pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC sebagai pasukan kedua terbaik selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Pandangan itu dibuat beliau selepas melihat pasukannya menjadi mangsa belasahan Merah Kuning buat kali kedua dalam aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA semalam. Selepas berjaya meraih kemenangan 4-0 dalam aksi […]
“Saya Minta Maaf” – Azzmi Aziz

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Aziz tampil meluahkan kekecewaan selain memohon maaf di atas kekalahan skuad bimbingannya di tangan Selangor dalam saingan Liga Super pada Ahad. Pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, empat gol di separuh masa kedua memusnahkan hajat Negeri Sembilan untuk mencipta kejutan ke atas naib juara musim […]
“3-1 Keputusan Yang Baik Buat Negeri Sembilan” – Azzmi Aziz

Pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz menyifatkan kekalahan 3-1 yang dialami pasukan itu di tangan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semalam sebagai satu keputusan yang baik. Negeri Sembilan ketinggalan pada babak pertama menerusi dua gol penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva. Pemain sayap Myanmar, Hein Htet Aung merapatkan jurang buat pelawat pada minit ke-28. […]
Pandangan Berbeza Jurulatih & Pemain Negeri Sembilan Berdepan JDT

Jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz dan kapten, Nasrullah Hanif Johan memiliki pandangan berbeza tentang peluang pasukan itu menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) hari ini. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada pasukan gergasi selatan tanah air. Musim 2023 saja menyaksikan Harimau Selatan meraih empat kemenangan ke atas skuad Rusa dalam saingan Liga […]
Azzmi Aziz Dilantik Jurulatih Baharu Negeri Sembilan

Spekulasi siapa jurulatih baharu Negeri Sembilan FC akhirnya terjawab apabila pasukan itu memilih bekas jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz. Perlantikan Azzmi diumumkan pengurusan Hoben Jang Hoben di laman sesawang rasmi pasukan itu hari ini. Beliau dibawa masuk menggantikan jurulatih sebelumnya, K. Devan. Ini selepas khidmat jurulatih berusia 56 tahun itu tidak dikekalkan pengurusan skuad Rusa […]
Azzmi Aziz Terkejut Digantung PDRM FC

Tiada hujan, tiada ribut dan secara tiba-tiba. Itulah yang bermain di fikiran jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz yang direhatkan daripada mengendalikan pasukan ‘The Cops’ itu. Ini kerana segala Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan berjaya direalisasikan. Walau bagaimanapun, Azzmi mahu terus memandang ke hadapan dan hanya mahukan penjelasan yang lebih lanjut dan lebih terperinci daripada […]