“Saya Penat Dengan Bola Sepak Malaysia”- Azraai Khor

Bekas jurulatih Kedah dan Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah ada sebab tersendiri mengapa beliau masih belum mahu melatih mana-mana pasukan buat masa ini selepas meninggalkan pasukan Negeri Sembilan pada 2018. Azraai hanya sempat menjadi jurulatih Negeri Sembilan untuk tempoh tiga bulan sahaja sebelum kontrak beliau dengan pasukan itu ditamatkan. Insiden tersebut dikatakan menjadi punca utama […]
Azraai Khor Cadang Pengurusan Kedah Jujur Dengan Penyokong

Walaupun pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya layak ke pusingan kalah mati Piala AFC Zon Asean, namun prestasi mereka dalam saingan domestik menjadi tanda tanya. Pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak itu kini menduduki tangga ke-6 Liga Super dan dua perlawanan terkini mereka berakhir dengan episod kekalahan. Bekas jurulatih pasukan Kedah, Azraai Khor Abdullah […]
Azraai Khor: Mereka Tidak Gagal

Kejayaan skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara kendalian Brad Maloney pada Sukan SEA Hanoi 2021 masih boleh dibanggakan meskipun mereka tidak berjaya peroleh sebarang pingat. Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berpendapat bahawa pasukan B-23 dibawah kendalian Brad Maloney kali ini tidak gagal kerana bagi beliau perkataan gagal itu tidak boleh dilabelkan sesuka hati tanpa […]
Azraai Khor Anggap Malaysia Beruntung Miliki Bakat Istimewa Seperti Nooa Laine

Bekas pengendali double treble pasukan Kedah, Azraai Khor Abdullah kelihatan teruja dengan keputusan pemain kelahiran Finland-Malaysia, Nooa Laine yang memilih untuk mewakili pasukan muda negara. Beliau menjelaskan bahawa penambahan kualiti dan pengalaman yang dimiliki oleh pemain muda tersebut amat penting bagi menambah kekuatan pasukan kendalian Brad Maloney. Sungguhpun beliau menganggap panggilan tersebut merupakan satu perkara […]
Azraai Khor Mahu Kim Pan-gon Buka Hati Terima Kepulangan Natxo Insa

Pengendali berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah menyatakan rasa kagum dan juga terujanya dengan kelibat perancang tengah berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa ketika membantu pasukan di pentas ACL musim ini. Beliau turut menyifatkan persembahan sebagai luar biasa bintang tengah itu wajar mendapat perhatian selain perlu diberi peluang menyertai semula skuad Harimau Malaya. Azraai yang […]
Azraai Khor Kecewa Kedah Hanya Ada Satu ‘Ubi’

Bekas jurulatih pasukan Kedah, Muhammad Azraai Khor Bin Abdullah meluahkan rasa terkejutnya setelah melihat senarai panggilan 31 pemain bawah 23 tahun ke kem latihan menjelang Sukan Sea 2021 di Vietnam. Azraai yang juga pernah menjulang kejuaraan ‘double treble’ bersama Kedah seperti tertanya-tanya mengenai ‘ubi-ubi’ muda Kedah selepas hanya seorang sahaja pemain Kedah Darul Aman FC […]
Azraai Khor Puji Kim Pan-gon, Puas Hati Dengan Corak Permainan Harimau Malaya

Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah jelas berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buah Kim Pan-gon apabila skuad bimbingannya berjaya menundukkan Filipina 2-0 pada aksi persahabatan Siri Tiga Negara di Stadium Nasional, Singapura, Rabu lalu. Namun, hasrat Pan Gon untuk melakar kemenangan kedua tidak kesampaian selepas skuad kebangsaan tumbang 2-1 di tangan Singapura pada […]
Azraai Khor Namakan Dua Penyerang Tempatan Yang Bersesuaian Dengan Falsafah Kim Pan-gon

Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor menyatakan bahawa ada 2 penyerang ini yang dilihat mampu beraksi dengan lebih baik apabila bersama pasukan kebangsaan sekiranya diberikan peluang untuk mereka. Jurulatih yang berusia 70 tahun itu akui Pan-gon masih baru dan jangka masa yang dia ada di sini sudah memadai untuk beliau membuat keputusan yang betul. Dalam pada itu, […]
Azraai Khor: Ranking Sekarang Bukan Kedudukan Yang Boleh Dibanggakan

Menurut satu kenyataan daripada jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah beranggapan pasukan Harimau Malaya sebenarnya masih belum mencapai tahap Asia Tenggara apatah lagi ingin menakluki peringkat Asia. Azraai Khor menjelaskan tiga tahun lepas, pasukan negara menjadi antara pasukan terbaik di Asia Tenggara. Namun pada ketika ini, kita masih berada pada takuk yang sama dan perkara ini […]
Azraai Khor Cadang Tan Cheng Hoe Letak Jawatan Secara Terhormat

Menurut satu kenyataan daripada bekas jurulatih Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor, beliau menyatakan bahawa jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe perlu meletak jawatan secara terhormat susulan kegagalan skuad kebanggsan dalam saingan Piala AFF Suzuki baru-baru ini. Walaupun jurulatih skuad Harimau Malaya itu menghadapi pelbagai masalah yang dalam persiapan pasukan. Namun, sebagai jurulatih, Azraai menganggap […]
“Selamat Tinggal Lagenda, Kami Akan Merinduimu” – Azraai Khor

Desas-desus pemergian Baddrol Bakhtiar dari pasukan Kedah Darul Aman ke Sabah FC semakin mengukuh selepas Bekas Ketua Jurulatih Kedah, Azraai Khor mengucapkan salam perpisahan kepada Baddrol Bakhtiar. Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mampu memberikan sebarang kata-kata dengan berita pemergian pemain lagenda Kedah, Baddrol Bakhtiar. “Selamat tinggal lagendaku, Saya tak mampu bercakap apa-apa” “Semoga Allah menjagamu […]
Selepas Klinik Bola Sepak Amal, Azraai Khor Pertaruhkan Pekasam Untuk Jana Pendapatan

Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah kini sedang mengembangkan kerjayanya dalam bidang perniagaan. Bekas pengendali zaman kegemilangan Double Treble Kedah FA itu menjelaskan bahawa beliau kini memiliki bisnes pekasam yang dijual di serata Malaysia. Ketika ditanya Astro Arena, Azraai menjelaskan bahawa beliau masih lagi aktif dalam bidang kejurulatihan. Cumanya beliau lebih memfokuskan kepada pembangunan di peringkat […]
Kisah Azraai Khor Bentuk Dua Lagenda Kedah

Bekas jurulatih pasukan Kedah, Azraai Khor Abdullah telah memuat naik satu hantaran di akaun rasmi Facebook miliknya hari ini. Azraai melahirkan rasa teruja dan sebak ketika melihat aksi dua orang bekas anak buah bimbingannya yang kembali bertemu di atas padang. Pertembungan dua lagenda Kedah, Badrool Bakhtiar dan Khyril Muhymeen dalam aksi Liga Super semalam mendapat […]
Lagenda Coach Azraai dan Dato’ Richard Berbahasa Tamil

Dalam satu temu bual santai berkaitan bola sepak yang dikendalikan oleh Hafizal Hamad, terdapat satu keadaan di mana Coach Azraai Khor Abdullah dan Dato’ Richard Scully berinteraksi dalam Bahasa Tamil sekaligus mencuit hati ramai rakyat Malaysia. Sudah tentu bagi mereka yang tidak faham Bahasa Tamil akan berasa tercuit hatinya. Hafizal Hamad yang tidak memahami apa-apa […]