Azfar Fikri Jadi Pemain Kedua Sertai Perak

Selepas Tommy Mawat Bada, Perak FC pantas menambah seorang lagi pemain bagi memantapkan pasukan itu untuk musim 2024-2025. Hari ini, The Bos Gaurus mengumumkan perpindahan pemain muda Terengganu FC II, Nur Azfar Fikri Azhar di laman media sosial mereka. “Pemain tengah, Azfar Fikri sah menjadi milik Perak FC bagi musim 2024/2025. “Kaka” sebelum ini pernah […]

Perak Tunaikan Hasrat Besar Yusri Che Lah

Persediaan Yusri Che lah membentuk pasukan baharu untuk musim hadapan kini disambut baik pihak pengurusan Perak. Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah pastinya sudah mempunyai perancangan tersendiri dan kini Perak sudah memulakan rundingan untuk membawa beberapa pemain baharu. Perak kini sedang berunding dengan Terengganu untuk membawa masuk penyerang muda, Azfar Fikri yang pernah bermain untuk […]

Azfar Fikri Miliki Naluri Seorang Peledak

Penyerang berbisa skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Nor Azfar Fikri berjaya memperagakan aksi cemerlang ketika membantu pasukan Malaysia mengikat pasukan Singapura 2-2 di temasya Sukan SEA, Hanoi. Pemain yang mesra disapa kaka ini menjadi watak penting dalam keberhasilan barisan serangan kendalian Brad Maloney. Beliau yang telah diberikan kepercayaan untuk turun pada babak kedua permainan telah […]

Kaka & Kacang, Bintang Terengganu Dalam Pembikinan

Dua tonggak pasukan Terengganu FC, Syafik Ismail dan Azfar Fikri yang kini beraksi bersama skuad bawah 23 tahun kebangsaan telah menampilkan aksi cemerlang dalam dua perlawanan peringkat kumpulan di temasya Sukan SEA Hanoi. Syafik yang mesra dengan gelaran ‘Kacang’ sementara Azfar yang terkenal dengan jolokan ‘Kaka’ sedang menikmati prestasi terbaik dalam kempen liga musim ini. […]

Azfar Fikri Tak Sabar Robek Gawang Laos

Pemain muda Terengganu FC II, Azfar Fikri melaungkan keyakinan untuk menebus kekalahan dua kali bertemu kepada pasukan Laos pada AFF yang lalu.  Pemain berusia 22 tahun ini berpendapat bahawa skuad kali ini lebih baik berbanding sebelum ini dan kejohanan ini merupakan tempat terbaik buat skuad negara untuk balas dendam semula kepada Laos. “Pertama sekali, kita […]

‘Supersub’ Azfar Fikri Jadi Wira Titik Thailand

Pemain sayap pasukan bawah 23 tahun negara, Azfar Fikri muncul wira buat pasukan negara apabila gol pada minit akhirnya berjaya menoktahkan kemenangan ke atas Thailand. Beliau yang masuk untuk menggantikan Luqman Hakim Shamsudin jelas memberi impak yang cukup luar biasa apabila gerakannya seringkali menyukarkan barisan pertahanan gajah perang. Malah, kelibat beliau yang bergandingan bersama Hadi […]

Azfar Fikri: Luqman Selalu Beri Sokongan Moral Pada Saya

Penjaring tunggal skuad muda negara, Muhammad Nur Azfar Fikri telah berkongsi sedikit sebanyak pengalamannya ketika bersama skuad kebangsaan. Ayam tambatan negara ini berjaya menjaringkan dua gol ketika membantu Malaysia layak ke saingan Piala Asia B-23 2022. Azfar dalam pada itu menyatakan rasa terujanya dapat bermain bersama skuad kebangsaan B-23. Beliau turut berterima kasih kepada rakyat […]

Ketajaman Luar Biasa Azfar Fikri Ranapkan Ego Mongolia, Kukuhkan Cengkaman Malaysia

Kelibat penjaring gol negara, Nur Azfar Fikri Azhar terus menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan apabila sekali lagi mempamerkan peranan yang luar biasa untuk menundukkan Mongolia di hadapan ribuan penyokong mereka. Sebelum ini, pemain berusia 21 tahun ini menjadi watak penting buat pasukan apabila menjadi penjaring tunggal ketika pasukan negara mencatat kemenangan ke atas […]

Debut Azfar Fikri Beri Mimpi Ngeri Buat Laos

Pemain muda Terengganu FC, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar berjaya membantu Malaysia menewaskan Laos dalam saingan kelayakan Piala Asia B23 semalam. Jaringan tunggal Azfar Fikri berjaya meletakkan Malaysia di tangga pertama saingan Kumpulan J ketika ini. Gandingan Luqman, Azfar dan Syafiq di barisan serangan dilihat sangat baik namun beberapa peluang keemasan gagal disudahkan. Percaturan Brad […]