Selangor Diikat Hebat Pasukan Divisyen 2 Thailand, Ayutthaya United

Usaha Selangor FC untuk merekodkan kemenangan kedua dalam kempen pra-musim di Thailand tidak kesampaian. Ini selepas barisan Merah Kuning yang dibimbing jurulatih interim, Nidzam Jamil hanya merekodkan keputusan seri 1-1 dengan kelab Thai League 2, Ayutthaya United. Keputusan perlawanan ini dikongsikan oleh Ayutthaya United menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka baru-baru ini. […]