“Terima Kasih Kerana Maklum Lebih Awal” – Ong Kim Swee

Pengendali Sabah, Dato’ Ong Kim Swee berterima kasih dengan pengumuman awal yang dibuat Malaysian Football League (MFL) berhubung pemansuhan peraturan kelebihan jaringan di tempat lawan (away goal) yang berkuatkuasa bermula kempen Piala Malaysia minggu depan. Beliau menyambut baik perubahan terhadap format yang sekian lama menjadi amalan itu, dan menyifatkan kini setiap pasukan akan mempunyai masa […]

Nafuzi Anggap Tekanan Sedikit Berkurang

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain beranggapan tekanan sedikit berkurang menjelang sepak mula saingan Piala Malaysia 2022 minggu depan, dengan pemansuhan peraturan away goal sepertimana diumumkan Malaysian Football League (MFL) pada Rabu. Jurulatih berusia 45 tahun itu mengakui MFL telah membuat keputusan tepat dengan menyelaraskan peraturan itu yang menurutnya sekadar memberikan kelebihan yang tidak sepatutnya kepada […]

“Saya Daripada Dulu Tak Gembira” – Dollah Salleh Kongsi Detik Pahang Dikecewakan

Pengendali Sri Pahang, Dato’ Dollah Salleh menyambut baik langkah Malaysian Football League (MFL) memansuhkan peraturan kelebihan jaringan di tempat lawan bermula dengan saingan Piala Malaysia musim ini. Beliau menganggap perubahan dilaksanakan itu sebagai sesuatu yang lebih adil kepada pasukan dan lebih penting ia seiring dengan perubahan bola sepak antarabangsa sambil memudahkan pemahaman pemain serta peminat. […]

Tiada Lagi Peraturan Kelebihan Away Goal di Liga Malaysia

Malaysian Football League (MFL) pada hari ini, mengumumkan bahawa peraturan kelebihan jaringan di tempat lawan, dimansuhkan berkuatkuasa serta-merta. Untuk makluman, peraturan away goal ini memberi kelebihan kepada pasukan yang menjaringkan gol yang lebih di gelanggang lawan untuk muncul pemenang, sekiranya perlawanan berkesudahan seri secara agregat. Menurut MFL dalam satu kenyataan, pemansuhan peraturan itu adalah selaras […]