Graham Arnold Akui Bahrain Beri Aksi Sukar Kepada Australia

Jurulatih Australia, Graham Arnold mengakui Bahrain memberikan aksi sukar kepada Australia sewaktu perlawanan persahabatan tempoh hari. Namun begitu pasukan Australia tetap mampu menewaskan Bahrain dengan jaringan 2-0 menerusi gol sendiri Amine Benaddi dan Mitchell Duke. “Saya rasa pasukan dari Timur Tengah sudah semakin kuat dan mereka memiliki fizikal lebih besar dari yang saya jangkakan.” “Sukar […]

Bahrain Kecundang Di Tangan Australia

Bahrain kecundang di tangan Australia setelah tewas dengan jaringan 2-0 dalam aksi persahabatan. Gol pertama Australia hadir menerusi jaringan sendiri pertahanan Bahrain, Amine Benaddi yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-35. Australia mendominasi penguasaan bola pada babak pertama namun hanya mampu mencipta dua percubaan ke arah gawang gol Bahrain. Bersambung babak kedua, Bahrain […]

Bahrain Uji Pasukan Ke-25 Dunia

Pasukan Asia Barat, Bahrain menjadikan pasukan keempat terbaik Asia, Australia sebagai perlawanan pemanas badan terakhir sebelum ke Piala Asia 2023. Ini peluang terakhir buat jurulatih The Reds, Juan Antonio Pizzi menilai keserasian barisan 26 pemain hari ini sebelum kempen Piala Asia bermula. Australia menjadi pilihan Pizzi kerana kualiti yang dimiliki The Socceroos mirip dengan pasukan […]

Pasukan Ke-25 Dunia Umum Berdepan Bahrain

Pasukan ke-25 dunia bakal berdepan Bahrain bagi aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum melangkah ke pentas Piala Asia 2023 di Qatar tahun hadapan. Bahrain berada dalam satu kumpulan bersama Korea Selatan, Malaysia dan Jordan namun masih sepi tanpa sebarang pengumuman berkenaan skuad yang bakal dibawa. Pasukan ini juga menghadapi prestasi yang kurang memberangsangkan selepas tewas beberapa […]

Hoki Piala Dunia Remaja: Australia Sekat Hajat Suku Akhir Malaysia

Hajat skuad hoki remaja Malaysia layak ke suku akhir Piala Dunia Remaja 2023 tidak kesampaian apabila dibelasah Australia 5-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kedua-dua pasukan amat memerlukan kemenangan jika mahu mengiringi Argentina ke suku akhir. Malaysia amat memerlukan kemenangan selepas tewas kepada Argentina pada 6 Disember lalu. Biarpun berdepan skuad negara yang mendapat […]

“Australia Tegap & Besar, Malaysia Perlu Guna Kelebihan Sendiri” – Amin Rahim

Ketua jurulatih skuah hoki remaja Malaysia, Muhamad Amin Rahim mengakui kelebihan fizikal yang dimiliki Australia harus diberi perhatian anak-anak buahnya menjelang aksi ketiga peringkat kumpulan A Hoki Piala Dunia Remaja 2023. Beliau sedar kekuatan fizikal para pemain Australia ditambah pula corak permainan pantas sudah semestinya menjadi kunci utama Australia yang harus dititikberatkan oleh skuad negara. […]

“Malaysia Makin Pantas, Berpengalaman Dan Beraksi Baik” – Jay Stacy

Jurulatih pasukan hoki remaja Australia, Jay Stacy mengakui bahawa Malaysia mampu memberi ancaman kepada anak-anak buahnya di dalam kumpulan A Piala Dunia Hoki Remaja 2023. Beliau berkata bahawa skuad hoki remaja kebangsaan memiliki kemajuan yang baik dan perkembangan ini akan mematangkan (permainan) mereka pada masa hadapan. “Saya fikir mereka semakin maju dan berkembang sepanjang masa […]

Kelayakan Piala Dunia: Palestine Tewas Bermaruah Kepada Australia

Aksi Kumpulan l menyaksikan Palestine hanya tewas tipis kepada Australia dengan keputusan 1-0 dalam satu aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di gelanggang berkecuali. Perlawanan ini menjadi aksi pertama setelah beberapa bulan tidak beraksi susulan krisis semasa yang berlaku di negara mereka namun kekal mempamerkan aksi cemerlang. Babak pertama menyaksikan Socceroos memperagakan aksi berjaga-jaga dengan kelibat […]

Berlari Ke Padang & Peluk Pemain India, Pemuda Ini Mahu Palestin Dibebaskan

Final Piala Dunia Kriket ICC 2023 membabitkan India dan Australia riuh disebabkan tindakan seorang penonton yang menyokong Palestin masuk ke dalam padang. Penonton yang berasal dari Australia itu masuk ke padang semasa perlawanan berlangsung dan memeluk bintang kriket India, Virat Kohli sebelum ditahan pihak berkuasa. Lelaki itu berbuat demikian sebagai tanda sokongan kepada Palestin dan […]

Australia Derma Hasil Jualan Tiket Kepada Palestin

Dengan Australia bakal turun menentang Palestin untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Kuwait, pasukan itu telah melakukan sesuatu yang murni. Akhbar The Guardian melaporkan pasukan kebangsaan negara itu akan mendermakan sebahagian jualan tiket mereka untuk misi kemanusiaan di Palestin. Ini sebagai tanda keprihatinan mereka terhadap apa yang berlaku di Palestin terutama di Tebing Barat […]

Kelayakan Piala Dunia: Australia Berpesta Gol Ke Atas Bangladesh

Australia melaungkan amaran kepada semua pencabar mereka dalam Kumpulan I dengan membelasah pasukan Asia Selatan, Bangladesh 7-0. Dari segi ranking, Bangladesh dianggap pasukan bukan pilihan dengan ranking ke-183 berbanding Australia (ranking ke-27 dunia). Perlawanan hari ini juga dianggap istimewa buat jurulatih Australia, Graham Arnold. Apabila beliau berada di tepi padang hari ini, beliau memintas rekod […]

Badi Central Coast Mariners Berlanjutan, Tewas Kepada Brisbane Roar

Juara A-League musim lepas, Central Coast Mariners terus dihantui badi kekalahan apabila tewas buat kali ketiga hari ini. Kali ini, giliran Brisbane Roar pula yang menewaskan The Mariners di gelanggang mereka sendiri, Stadium Central Coast. Walaupun menikmati empat kemenangan dalam Piala AFC selepas tewas 1-0 kepada Terengganu FC pada September lalu, CCM mengalami prestasi buruk […]

Bayern Munich Berminat Sambar Bakat Muda Australia

Bayern Munich kini dilaporkan semakin hampir mendapatkan khidmat pemain muda berbakat Adelaine United, Nestory Irankunda. Pemain warganegara Australia itu menampilkan aksi luar biasa sewaktu musim pertamanya dalam liga Australia, A-League dan telah menjadi pemain utama pasukan ketika ini. Irankuda telah melakukan 39 penampilan dan berjaya menjaringkan 9 gol dan 2 bantuan jaringan sepanjang beraksi buat […]

Palestin Pilih Kuwait Sebagai Gelanggang Berkecuali

Palestin boleh menghela nafas lega kerana sudah mempunyai gelanggang berkecuali untuk aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Australia pada 21 November ini. Football Palestin mendedahkan Singa Kanaan telah bersetuju memilih Kuwait sebagai gelanggang berkecuali mereka pada tarikh tersebut. Pemilihan ini memberi kelegaan kepada pasukan itu selepas cubaan beraksi di gelanggang berkecuali yang ditawarkan […]

Central Coast Mariners Dalam Prestasi Buruk Ke AFC

Kelab Australia, Central Coast Mariners bakal mengharungi aksi keempat Piala AFC dengan dua kekalahan berturut-turut dalam A-League. Selepas tewas kepada satu lagi wakil Australia dalam Piala AFC, Macarthur pada minggu lepas, CCM kali ini tewas kepada Perth Glory 2-0. Walaupun beraksi di gelanggang sendiri, The Glory tidak memandang rendah The Mariners yang berstatus juara A-League […]

Arab Saudi Rasmi Tuan Rumah Piala Dunia 2034

Arab Saudi sah dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034. Perkara ini diumumkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino awal pagi tadi selepas tarikh tutup bidaan hak tuan rumah kejohanan itu berakhir semalam. Sebelum ini, Australia berminat menawarkan diri sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034 sebagai tuan rumah bersama Indonesia. Malah, pada satu ketika, wujud cadangan […]