3 Bintang Dunia Bakal Hangatkan Saingan Liga Saudi

Selepas Karim Benzema sah menyertai kelab Saudi Pro League, Al-Ittihad, profil liga berkenaan dijangka akan naik mendadak. Dan selepas bekas penyerang Real Madrid itu, dua lagi nama bakal menyusul iaitu duo Chelsea, N’Golo Kante dan Pierre-Emerick Aubameyang. Perkara ini didedahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Dalam kes Kante, beliau bakal menjadi rakan sepasukan baru […]
Aubameyang Pemain Pertama Abad Ke-21 Cipta Hatrik Empat Liga Utama Eropah

Pada Ahad lepas, Pierre-Emerick Aubameyang mencipta sejarah tersendiri. Dengan menjaringkan hatrik dalam perlawanan La Liga Barcelona menentang Valencia, beliau menjadi pemain pertama menjaringkan tiga gol dalam empat liga utama Eropah pada abad ke-21. Perlawanan tersebut merupakan penampilan ketiga penyerang Gabon itu bersama Blaugrana. Selain Aubameyang, pemain tengah Frenkie de Jong turut mencipta nama sebagai penjaring. […]
Aubameyang Tinggalkan Arsenal, Sertai Barcelona

Penyerang kebangsaan Gabon, Pierre Emerick-Aubameyang sah sertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona seperti yang dilaporkan wartawan terkenal, Fabrizio Romano. Pemain berusia 32 tahun ini bakal diumumkan secara sah tidak lama lagi kerana beliau telah selesai menjalani ujian kecergasan. Sebelum ini, Aubameyang difahamkan telah kehilangan lilitan kapten pada Disember lalu oleh kerana pelanggaran disiplin iaitu melanggar protokol […]
Aubameyang Simpan Hasrat Bermain Bersama Ronaldo Di Manchester United

Selepas kemenangan bergaya pasukan Manchester United keatas Arsenal semalam, kapten pasukan Arsenal, Patrick Aubameyang mendapat perhatian ramai peminat bola sepak sedunia apabila tindakannya di Instagram telah dijadikan bahan jenaka. Penyerang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo sebelum itu telah membuat satu hantaran di laman rasmi Instagram miliknya. Gambar Ronaldo ketika meraikan gol telah dimuatnaik ketika CR7 […]
Arsenal Kenduri Gol, Aubameyang Catat Hatrik

Arsenal kembali ke landasan kemenangan apabila berjaya mencatat keputusan baik pada aksi perlawanan pertamanya musim ini dalam saingan Carabao Cup bertemu pasukan dari Liga Divisyen 2 (EFL) iaitu West Brom. Pierre-Emerick Aubameyang menjadi watak penting pasukan apabila membuka jaringan pada awal minit ke-17 permainan selepas sepakan deras dari Saka berjaya di tepis oleh penjaga gol […]
Kroos dan Aubameyang Saling Berbalas Ciapan, Keraian Gol Auba Diperlekeh Oleh Kroos

Hangat di Twitter beberapa jam lalu selepas Kroos dan Aubameyang saling berbalas ciapan. Isunya bermula selepas SPORTbible menciap berkenaan komen Toni Kroos terhadap cara Aubameyang meraikan gol. “Saya rasa ia sungguh mengarut. Lebih teruk jika terdapat objek yang tersembunyi di dalam stokin beliau. Aubameyang pernah meraikannya dan mengeluarkan topeng (dari dalam stokin). Itulah titik pengakhiran […]