EPL: Aston Villa Pastikan Man United Terus Tandus Kemenangan

Hasrat Manchester United kembali ke landasan kemenangan tidak menjadi kenyataan selepas diikat Aston Villa di Villa Park pada Ahad. United yang berada di bawah kendalian Erik Ten Hag telah menyenaraikan barisan terbaik termasuk Marcos Rashford dan Bruno Fernandes untuk mendapatkan keputusan positif. Perlawanan dimulakan dengan Aston Villa yang dilihat mempamerkan corak permainan berintensiti tinggi. Namun […]
UCL: Real Madrid & Bayern Munich ‘Terduduk’

Real Madrid dan Bayern Munich terpaksa menelan kepahitan dalam aksi kedua Liga Juara-Juara UEFA (UCL) apabila tewas mengejut kepada lawan masing-masing. Barisan bintang Los Blancos yang diketuai Jude Bellingham tergamam apabila menjadi mangsa kekalahan 1-0 di tangan kelab Ligue 1, Lille di Stade Pierre-Mauroy. Lebih perit, Real Madrid tewas menerusi penalti minit akhir babak pertama […]
Onana Sertai Aston Villa

Bekas pemain Everton, Amadou Onana sah menyertai Aston Villa bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan. Menurut Fabrizio Romano, Onana yang beraksi di posisi tengah melengkapkan perpindahannya dari Everton dengan tanda harga bernilai 50 juta Euro beserta klausa tambahan. Perpindahan pemain kebangsaan Belgium ini disahkan oleh Aston Villa sendiri menerusi satu kenyataan rasmi dari […]
Penerangan Lengkap Mengapa Chelsea Terlepas Slot UEL

Selepas Manchester United mengesahkan kejuaraan Piala FA 2023/24 menewaskan Manchester City bermakna Chelsea terlepas slot ke UEFA Europe League (UEL). Mengapa? Menurut peraturan yang ditetapkan oleh Liga Perdana Inggeris, 7 pasukan akan beraksi di UEFA Europe Competition bagi musim hadapan. Empat pasukan terbaik Liga akan bertanding dalam kejohanan UEFA Champions League. Antaranya ialah Manchester City […]
EPL: Gol Dramatik Pacu Aston Villa ‘Rantai’ Liverpool

Dua gol Jhon Duran memastikan Aston Villa menyekat hajat tiga mata Liverpool dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park hari ini. Villa kembali diperkuatkan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez dalam usaha memastikan slot kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dalam genggaman mereka. Sementara Liverpool pula menurunkan barisan terkuat diketuai Mohamed Salah bagi […]
EPL: Kebangkitan Chelsea Buat Aston Villa Berputih Mata

Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Ahad menyaksikan Chelsea dan Aston Villa terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata. Chelsea turun dengan misi mencatatkan kemenangan setelah tewas dalam dua aksi sebelum ini termasuklah kekalahan memalukan kepada seteru London, Arsenal 0-5 di Emirates Khamis lalu. Aston Villa tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi […]
EPL: Aston Villa ‘Beraya Sakan’ Malukan Arsenal

Arsenal menerima tamparan hebat dalam misi mengejar kejuaraan liga setelah tumpas kepada Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri. The Gunners yang kini berada dalam prestasi terbaik berhasrat memungut tiga mata penuh bagi memberi tekanan kepada pencabar mereka di takhta liga seperti Man City dan Liverpool. Manakala, Aston Villa yang dibimbing […]
EPL: Manchester City Gah Baham Aston Villa

Manchester City berjaya menundukkan cabaran Aston Villa dengan kemenangan bergaya di Stadium Etihad. Anak buah Pep Guardiola tampil dominan dengan penguasaan bola seperti kebiasaan dan kali ini Phil Foden muncul watak penting pasukan. Rodri membuka tirai jaringan buat City seawal minit ke-11 perlawanan setelah menyempurnakan bola hantaran Jeremy Doku. Tersentak dengan gol tersebut, Aston Villa […]
EPL: Spurs Belasah Aston Villa Tanpa Belas Kasihan

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan antara Spurs dan Aston Villa yang berkesudahan dengan keputusan 4-0. Aston Villa turun dengan prestasi cemerlang dengan tiga kemenangan berturut-turut sementara sebelum ini sementara skuad kendalian Ange Postecogluo mahu mencabar kedudukan ke-4 terbaik dengan perbezaan 5 mata ketika ini. Separuh masa tamat tanpa sebarang jaringan. Penguasaan bola memihak kepada pasukan […]
EPL: Man United Leburkan Tentangan Sengit Aston Villa

Man United mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan semua kejohanan selepas mengalahkan Aston Villa 2-1 di Villa Park hari ini. Villa yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Unai Emery perlu menang hari ini jika mahu kembali menduduki kedudukan keempat liga. Sementara United pula yang dibimbing pengendali Belanda, Erik ten Hag pula mahu merapatkan jurang dengan dua […]
FA Cup: Chelsea Mudah Singkirkan Aston Villa

Chelsea bangkit dari episod duka di peringkat liga apabila cemerlang membenam cabaran Aston Villa dalam aksi ulangan pusingan keempat Emirates FA Cup. Pada aksi pertama sebelum ini di Stamford Bridge, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan menyebabkan aksi kedua ini terpaksa dijalankan. The Blues bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi kapten pasukan, Conor Gallagher […]
FA Cup: Chelsea Lupa Cara Tewaskan Aston Villa

Chelsea gagal menewaskan cabaran Aston Villa di Stadium Stamford Bridge dalam pusingan ke-4 Piala FA apabila sekadar meraih seri. Aston Villa turun dengan semangat besar setelah memiliki rekod cemerlang apabila menang dua perlawanan terakhir menentang Chelsea. Skuad kendalian Mauricio Pochettino pula baru sahaja membelasah Middlesbrough untuk mara ke perlawanan akhir Piala Carabao baru-baru ini. Pasukan […]
Rasmus Hojlund Menangis Jaringkan Gol Buat Man United

Kemenangan 3-2 Man United ke atas Aston Villa pada awal pagi tadi bukan saja menamatkan penantian kemenangan United selepas empat perlawanan. Malah, perlawanan ini istimewa buat penyerang muda Denmark, Rasmus Hojlund kerana menjaringkan gol pertamanya untuk The Red Devils dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Rembatan beliau yang menewaskan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez pada minit […]
EPL: Manchester United Pamer Karakter Sebenar, Bangkit Atasi Aston Villa

Manchester United mencatatkan kemenangan dramatik di laman sendiri ketika turun menentang Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Aksi longlai di awal babak pertama menyaksikan Manchester United terus dihukum jentera serangan Aston Villa menerusi jaringan pemain tengah, John McGinn pada minit ke-21. Lima minit berselang, pasukan pelawat terus menggandakan jaringan hasil penyudah Leandro Dendocker untuk […]
EPL: Arsenal Diaibkan Aston Villa

Arsenal terlepas peluang kembali ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila tewas mengejut 1-0 kepada Aston Villa di Villa Park hari ini. Dengan Liverpool berjaya mengatasi Crystal Palace di Selhurst Park, anak-anak buah Mikel Arteta perlu menang hari ini bagi merampas kembali kedudukan pendahulu liga. Bagaimanapun, The Villains bakal memberi cabaran getir kepada pelawat. Ini […]
EPL: Aston Villa Pamer Kecemerlangan Atasi Man City

Gol tunggal Leon Bailey buat Aston Villa sudah cukup memastikan Man City mengalami kekalahan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Selepas diikat 3-3 oleh Tottenham Hotspur pada minggu lepas, City perlu menang bagi merapatkan jurang mereka dengan pendahulu EPL, Arsenal. Sementara Villa pula mahu menjadikan The Citizens sebagai mangsa seterusnya bila bertandang ke […]