Asian Games: Hasrat Malaysia Ke Separuh Akhir Terkandas, Diikat China

Skuad hoki lelaki Malaysia hampa apabila gagal layak ke separuh akhir Sukan Asia 2023 selepas diikat 4-4 dengan China dalam aksi terakhir Kumpulan B. Dengan tuan rumah mengutip 12 mata selepas membelasah Thailand 9-0 semalam, anak-anak buah Arul Selvaraj perlu menewaskan China untuk mara ke separuh akhir atas kelebihan jaringan. Begitupun, The Speedy Tigers bermula […]

Asian Games: Dhabitah Sabri & Ng Yan Yee Sumbang Satu Pingat Buat Malaysia

Penerjun Malaysia, Nur Dhabitah Sabri meneruskan kecemerlangan dalam acara terjun Sukan Asia 2023 dengan meraih pingat perak acara 3 meter papan anjal serirama bersama Ng Yan Yee. Selepas meraih pingat gangsa acara 10 meter platform seirama wanita semalam bersama Datuk Pandalela Rinong, beliau dan Yan Yee menggalas cabaran dalam acara 3 meter papan anjal wanita. […]

Asian Games: Malaysia ‘Bantai’ Singapura 8-1

Skuad hoki wanita Malaysia bangkit daripada kekalahan besar 6-0 di tangan India dengan membelasah pasukan serantau, Singapura 8-1 dalam aksi keempat Kumpulan A hari ini. Skuad negara yang dibimbing bekas penjaga gol kebangsaan, Nasihin Nubli Ibrahim tahu mereka perlu menang hari ini jika mahu menghidupkan peluang mara ke separuh akhir. Babak pertama menyaksikan Malaysia mendahului […]

Asian Games: Azeem Fahmi Tamatkan Kemarau 41 Tahun, Julang Pingat Gangsa Buat Malaysia

Jaguh pecut 100 meter Malaysia, Azeem Fahmi mengakhiri kemarau 41 tahun pingat Sukan Asia dalam acara itu dengan meraih pingat gangsa dalam aksi final hari ini. Berlari di lorong kelapan, Azeem merekodkan catatan masa 10.11. Walaupun gagal meraih pingat emas, ini masih satu pencapaian membanggakan buat Azeem kerana ini penampilan sulung beliau di temasya berprestij […]

Asian Games: Azeem Fahmi Mara Ke Final

Jaguh pecut 100 meter Malaysia, Muhammad Azeem Fahmi terus mencipta sensasi apabila berjaya mara ke final acara kegemarannya dalam Sukan Asia 2023 hari ini. Azeem yang berlari di lorong keempat berjaya mara di tempat kedua dengan catatan masa 10.17. Catatan masa beliau hanya dipisahkan 0.05 saat dengan bekas juara remaja dunia dari Indonesia, Lalu Muhammad […]

Asian Games: Malaysia Kalah Kepada Korea Selatan

Aksi Malaysia-Korea Selatan yang dinantikan ramai dalam Kumpulan B Sukan Asia 2023 berakhir dengan kemenangan 4-3 buat Korea Selatan. Korea Selatan turun dengan misi membalas dendam selepas dua kali diaibkan skuad negara dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia 2023 pada Ogos lalu. Begitupun, pasukan itu bermula dengan sumbang apabila Razie Rahim menyumbat gol pertama The Speedy […]

Asian Games: Thailand Raih Pingat Emas, ‘Libas’ Malaysia

Skuad sepak takraw Malaysia hampa bila gagal meraih pingat emas dalam aksi final acara regu berpasukan Sukan Asia 2023 hari ini. Ini selepas mereka tewas kepada musuh tradisi, Thailand. Kedua-dua pasukan mara ke final selepas mengatasi Laos dan Korea Selatan di pentas separuh akhir. Walaupun mengetahui Thailand merupakan pasukan pilihan kejohanan, anak-anak buah Ahmad Jais […]

Asian Games: Indonesia Tewas Kepada Uzbekistan

Skuad B-24 Indonesia terkandas di pusingan 16 terbaik Sukan Asia 2023 selepas tewas kepada Uzbekistan hari ini. Selepas layak sebagai pasukan ketiga terbaik Kumpulan F, Garuda Muda memerlukan lebih daripada tuah jika mahu layak ke peringkat suku akhir. Separuh masa pertama menyaksikan Uzbekistan banyak menguji penjaga gol Indonesia, Ernando Ari. Percubaan terbaik mereka hadir pada […]

Asian Games: Malaysia Belasah Indonesia 9-2

Skuad hoki senior Malaysia terus membuktikan kejaguhan mereka apabila membelasah Indonesia 9-2 dalam aksi ketiga Kumpulan B Sukan Asia 2023. Perlawanan hari ini dilihat menarik kerana pertembungan dua jurulatih negara, Arul Selvaraj dan Muhammad Dharma Raj Abdullah. Dharma bukan asing kepada The Speedy Tigers kerana pernah melatih mereka satu ketika dahulu. Begitupun, itu bukan halangan […]

Asian Games: Singapura Dimalukan 10-0 Oleh Korea

Singapura sekali lagi malu besar apabila dibelasah Korea Utara 10-0 dalam aksi kedua Kumpulan C Sukan Asia 2023 hari ini. Selepas dibelasah lawan sama 7-0 beberapa hari lepas, anak-anak buah Karim Bencherifa berharap untuk aksi kedua hari ini, matlamat mereka ialah mengelak perkara sama berulang. Bagaimanapun, apa yang diharapkan mereka tidak kesampaian apabila gawang The […]

Asian Games: Thailand Kalah Kepada Iran

Skuad B-24 Thailand kempunan layak ke suku akhir acara bola sepak Sukan Asia 2023 selepas tunduk 2-0 kepada Iran dalam aksi pusingan 16 terbaik hari ini. Selepas layak ke pusingan ini sebagai pasukan ketiga terbaik Kumpulan E, skuad Gajah Perang sedar mereka berdepan tugas sukar menentang Team Omid Melli itu. Dan seperti dijangka, skuad B-24 […]

Asian Games: Regu Malaysia Mara Ke Final, Benam Cabaran Laos

Skuad sepak takraw Malaysia tidak berdepan masalah mara ke final acara regu berpasukan Sukan Asia 2023 selepas mengatasi Laos 2-0 di pentas separuh akhir. Dengan skuad negara mengelak bertemu Thailand selepas bergelar juara Kumpulan B, ini mengurangkan tekanan buat mereka bila berdepan Laos. Justeru, Noraizat Nordin, Adam Farhan dan Haziq Hairul Nizam menjadi taruhan skuad […]

Asian Games: Malaysia ‘Bantai’ Oman 11-1

Skuad hoki senior Malaysia meneruskan kecemerlangan dalam Kumpulan B Sukan Asia 2023 apabila membelasah Oman 11-1 hari ini. Selepas cemerlang membelasah Thailand 9-0 dalam aksi pertama kumpulan, anak-anak buah Arul Selvaraj mahu memastikan kemenangan kedua diraih. Begitupun, dengan Oman menduduki ranking keenam Asia, mereka tetap berupaya mengancam skuad negara sekiranya mereka leka. Justeru, The Speedy […]

Asian Games: Regu Malaysia Ke Separuh Akhir, Tewaskan Korea Selatan

Skuad sepak takraw Malaysia sah mara ke separuh akhir selepas mengatasi Korea Selatan 3-0 dalam aksi kedua regu berpasukan Kumpulan B hari ini. Selepas hampir dikejutkan Indonesia semalam, barisan pemain diketuai Adam Farhan, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi tidak mahu pisang berbuah dua kali. Atas sebab itulah, regu pertama negara berjaya mengatasi cabaran […]

Asian Games: Regu Malaysia ‘Libas’ Indonesia

Skuad sepak takraw negara bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Indonesia 2-1 dalam aksi pertama sepak takraw regu berpasukan Kumpulan B Sukan Asia 2023. Regu pertama diketuai tekong berpengalaman KL Thunder, Syahir Rosdi bermula dengan langkah kiri apabila tewas set pertama 21-15. Biarpun mereka cuba memberi tentangan sengit dalam set kedua, Indonesia memastikan kemenangan pertama pasukan […]

Asian Games: Korea Malukan Singapura 7-0

Skuad wanita Singapura memulakan kempen Kumpulan C Sukan Asia 2023 dengan langkah kiri apabila dibelasah Korea Utara 7-0 di Pusat Sukan Wenzhou hari ini. Babak pertama menyaksikan The Lionesses dibolosi dua kali dalam tempoh tiga minit. Hong Song-ok dan Ri Kum-hyang masing-masing meledakkan gol buat Korea Utara pada minit ke-11 dan ke-14. Eastern Azaleas terus […]