Chanatip: Saya Pentingkan Diri

Kapten pasukan kebangsaan Thailand, Chanatip Songkrasin mengakui beliau agak pentingkan diri tatkala pasukannya tewas kepada Malaysia semalam. Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan namun terpaksa dikeluarkan pada minit ke-13 akibat kecederaan. Dalam satu temubual, bintang yang berkelana di Jepun ini memaklumkan bahawa beliau sememangnya beraksi dalam keadaan cedera. Namun begitu, azam […]
Polking Sedih Dengan Situasi Chanatip Songkrasin

Ketua jurulatih pasukan Thailand, Mano Polking sedih dengan situasi yang melanda kapten pasukannya, Chanatip Songkrasin. Pemain berusia 28 tahun itu turun untuk mengemudi jentera tengah pasukan namun terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-13 permainan. Mengulas lanjut, Polking mengakui ketiadaan bintang yang berkelana di Jepun itu memberi tamparan yang cukup hebat buat Thailand. Katanya, kualiti yang dimiliki […]
Kim Pan-gon: Pemain Malaysia Ada Karakter Yang Bagus

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon teruja dengan karakter yang dimiliki oleh barisan pemain negara sebelum bertandang ke Thailand minggu hadapan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berpuas hati dengan mentaliti anak didiknya tatkala mereka tidak akan berdepan tugas mudah dalam kejohanan kali ini. Katanya, beliau gembira dengan barisan pemain yang dipanggilnya kali ini dan yakin […]
Pogba Dikatakan Punca Mohun Bagan Dibantai KL City

Pemain pertahanan tengah pasukan ATK Mohun Bagan, Florentin Pogba mendapat kecaman dan juga respon yang pelbagai daripada para penyokong dan juga media di India susulan prestasi kurang memberangsangkan semalam. Abang kepada bintang sensasi dunia, Paul Pogba itu merupakan pemain import baharu yang dibawa masuk bagi memantapkan lagi pasukan untuk bersaing di pentas AFC. Pertemuan menentang KL […]
KL City Lonjak AFC MA Ranking Malaysia Pintas UAE

Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan separuh akhir antara zon semalam telah melonjakkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia. Pertemuan menentang wakil India, ATK Mohun Bagan menyaksikan anak didik Bojan mencipta kejutan apabila menang dengan keputusan 3-1. Jaringan pembukaan yang disudahkan oleh kapten pasukan, Paulo Josue sebelum dua jaringan dramatik pada akhir permainan menoktahkan […]
AFC Tinjau Stadium Gelora Bung Karno Selaku Tuan Rumah Piala AFC 2023

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kini sudah tiba di Indonesia sejak Khamis yang lalu. Kedatangan AFC adalah bertujuan untuk melakukan tinjauan dan pemeriksaan terhadap stadium di sana sebelum memutuskan kelayakan Indonesia untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut. Indonesia akan bersaing dengan dua lagi iaitu Korea Selatan dan juga Qatar selepas Australia telah pun mengumumkan […]
Azraai Khor Yakin Malaysia Mampu Kejutkan Vietnam

Pengendali berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah menyifatkan peluang Harimau Malaya untuk melangkah ke separuh akhir cerah pada edisi Piala AFF kali ini selain mampu mencipta kejutan ke atas pasukan Vietnam. Beliau percaya hal ini mampu direalisasikan sekiranya pasukan negara memanfaatkan dua perlawanan awal untuk mengutip 6 mata. Azraai juga yakin ia turut mampu meningkatkan moral […]
Brendan Gan Kembali Perkuat Harimau Malaya?

Jeneral tengah pasukan Selangor FC, Brendan Gan berpeluang untuk kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan tatkala kepulangan beliau memberi sinar baru buat jentera tengah pasukan. Bekas pemain tengah Perak FC ini telah dibelenggu kanser testis dan terlepas hampir semusim untuk beraksi bersama The Red Giants dan juga skuad kebangsaan. Sungguhpun begitu, kepulangan kapten pasukan Selangor ini jelas memberi […]
Khuzaimi Piee: Kami Akan Cuba Bawa Piala AFF Ke Malaysia

Pertahanan kental Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee melaungkan keyakinan untuk membantu Harimau Malaya merampas kejuaraan Piala AFF edisi kali ini. Pemain yang mesra disapa Jimie ini menyedari cabaran yang bakal ditempuh oleh beliau dan rakan sepasukan selepas mendapat kumpulan yang seimbang semalam. Sungguhpun beliau akui harapan yang tinggi digalas selepas nama Malaysia dan juga Vietnam menjadi […]
Kim Pan-gon Yakin Harimau Malaya Sedia Cabar Kejuaraan Piala AFF

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon optimis dengan kemampuan anak didiknya selepas melihat undian yang berlangsung petang tadi. Majlis Undian Rasmi yang berlangsung di Bangkok tersebut menyaksikan Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Myanmar dan juga Laos. Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Korea Selatan ini sedar akan cabaran yang bakal dihadapi oleh pasukannya dengan […]
Piala AFF 2022: Malaysia Berdepan Laluan Mencabar Hadapi Tentangan Vietnam

Undian penentuan yang dijalankan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bagi kedudukan balang undian pasukan dalam saingan Piala AFF 2022 hari ini menyaksikan Malaysia berdepan laluan mencabar kali ini. Majlis Undian Rasmi yang berlangsung di Bangkok petang ini menyaksikan anak didik Kim Pan-gon diundi dalam kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Myanmar dan juga Laos. Piala […]
Giancarlo Gallifuoco Teruja Bawa Nama Malaysia Di Pentas AFC

Pertahanan tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya untuk membawa cabaran pasukan dan juga Malaysia di pentas AFC. Bekas pertahanan bawah 23 tahun Tottenham Hotspur ini akui perasaan beliau sukar diungkap tatkala memacu cabaran The City Boys untuk menjulang lebih banyak kejayaan buat kelab dan juga negara. Katanya, Piala AFC ini […]
Kejayaan KL City Tambah Mata AFC MA Ranking Malaysia, Kini Setanding UAE

Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC ketika menewaskan wakil Indonesia, PSM Makassar dengan keputusan 5-2 semalam memberi impak yang cukup besar kepada kedudukan Malaysia. Tatkala perjuangan anak didik Bojan Hodak masih lagi berterusan di pentas Asia kali ini, mereka secara dasarnya telah menjadi penyumbang kepada pungutan mata kelab Malaysia dalam kedudukan AFC. Kemenangan bersejarah The City […]
Piala AFC: KL City Belasah PSM Makassar Juarai Zon ASEAN

Wakil Malaysia di pentas AFC, Kuala Lumpur City FC tidak berdepan cabaran apabila mereka mudah menjinakkan pasukan PSM Makassar dengan keputusan 5-2. Pasukan kendalian Bojan Hodak turun dengan persembahan terbaik apabila berjaya membariskan hampir semua pemain terbaik pada malam ini. The City Boys jelas berada dalam keadaan terbaik apabila mereka mendominasi permainan seawal minit pertama […]
JDT Jalin Kerjasama Antarabangsa Bernilai Jutaan Ringgit

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun memaklumkan bahawa mereka bakal mengadakan kolaborasi baharu dengan syarikat antarabangsa terkenal. Perjanjian ini dijangka akan diumumkan pada penghujung September tentunya menjadi perhatian oleh seluruh peminat bola sepak tanah air dan juga Asia. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers, kolaborasi yang bakal diwujudkan ini […]
Jurulatih Urawa Reds Anggap BG Pathum Lawan Yang Sebenar

Gergasi bola sepak Thailand, BG Pathum bakal beradu kekuatan dengan juara dua kali Asia, Urawa Red Diamonds dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL), Isnin ini ketika jurulatih kelab Jepun itu, Ricardo Rodriguez menganggap pertemuan ini cukup istimewa. Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Saitama ini bakal menjanjikan kehangatan tatkala wakil dari Korea Selatan, Jeonbuk Motor […]