Korea Selatan Tolak Permintaan Kim Pan-gon

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberitahu bahawa beliau ada berusaha untuk menghubungi beberapa negara buat Malaysia adakan perlawanan persahabatan. Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat usaha yang dilakukan FAM bagi menghubungi Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) untuk mengatur perlawanan persahabatan. Walau bagaimanapun, pihaknya tidak mendapat respon yang kurang memberangsangkan. “Kita cuba ajak negara Eropah atau negara […]
Hong Kong Ada Sebab ‘Khas’ Kenapa Nak Sangat Lawan Malaysia Lagi

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberitahu bahawa Hong-Kong mempunyai sebab tersendiri apabila bersungguh-sungguh untuk bertemu Malaysia semula. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu dalam satu temubual memberitahu bahawa beliau ada bertemu dengan pengendali Hong-Kong sendiri dan mengetahui niat mereka untuk bertemu Malaysia. “Pada bulan Mac nanti kita telah menjemput Turkmenistan dan Hong Kong untuk perlawanan […]
“Nooa Laine Pemain Terbaik Kami” – Joaquin Gomez

Ketua jurulatih SJK Akatemia, Joaquin Gomez menghamburkan pujian yang menggunung terhadap bintang sensasi pasukan, Nooa Laine. Pemain berusia 20 tahun itu dilabel sebagai salah seorang pemain yang amat penting dalam sistem yang diterapkan oleh jurulatih pasukan. Malah, beliau yang baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab tersebut berasa selesa dengan suasana di sana. “Kami gembira […]
Skuad Muda Vietnam Kejutkan Arab Saudi

Pasukan gergasi Asia Tenggara, Vietnam telah pun mencipta satu lagi kejutan apabila berjaya menewaskan gergasi Timur Tengah, Arab Saudi. Perlawanan yang melibatkan pasukan muda kedua-dua negara itu berlangsung di Stadium Raja Faisal mengejutkan ramai pihak dengan kemampuan sebenar Vietnam. Setelah dibimbing oleh pengendali baharu, Hoang Anh Tuan, mereka menunjukkan perkembangan yang cukup positif untuk menundukkan […]
Cubaan Pak Arab Sabotaj Cristiano Ronaldo Gagal

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo hampir-hampir mengalami kecederaan sebelum aksi bermula apabila diserang oleh seorang penyokong yang masuk ke dalam kawasan stadium. Pertemuan antara Al-Nassr menentang Al-Taawoun itu menyaksikan kapten pasukan kebangsaan Portugal itu memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu pasukannya melakar kemenangan 2-1. Namun begitu, sebelum perlawanan bermula, terdapat seorang penonton yang meluru ke […]
Thai League 1: Aksi Cemerlang Dion Cools Bantu Buriram United ‘Tapau’ Police Tero

Pendahulu Liga 1 Thailand, Buriram United terus mengukuhkan cengkaman liga apabila mudah mengatasi Police Tero hari ini. Pemain sensasi Harimau Malaya, Dion Cools terus mendapat kepercayaan jurulatih untuk mengemudi barisan pertahanan tuan rumah. Turun tanpa tekanan, anak didik Masatada Ishii terus mengatur langkah dengan beberapa percubaan awal yang hampir menerjah gawang. Usaha ini membuahkan hasil […]
Rasmi: Jersi JDT Musim 2023 Tampil Penuh Kelainan

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya melancarkan jersi baharu bagi saingan musim 2023. Skuad Harimau Selatan terus menampilkan identiti sendiri dalam satu majlis penuh gemilang yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim. Pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) terus menjalinkan hubungan erat dengan penaja, Nike yang kekal […]
Jersi Klasik Terengganu & Selangor Tarik Perhatian Pengumpul Jersi UK

Jersi Terengganu dan Selangor bagi musim 2023 sekali lagi tular apabila mendapat perhatian daripada salah sebuah pengumpul jersi dari UK. Pemilik nama akaun Classic Football Shirts itu merupakan pengumpul jersi yang aktif melakukan penjualan jersi ke seluruh dunia. Namun begitu, akaun ini mencuri perhatian sebilangan penyokong Malaysia apabila dilihat memuat naik jersi pasukan Terengganu dan […]
Chanatip Songkrasin Disisihkan Kawasaki Frontale

Perancang tengah kelab Liga 1 Jepun, Chanatip Songkrasin tidak berada dalam senarai skuad Kawasaki Frontale setelah mereka sudah pun memulakan kempen liga semalam. Pemain berusia 29 tahun itu merupakan antara tunjang utama buat gergasi ACL itu sejak musim lalu dan beraksi dalam sebahagian besar aksi mereka. Kapten pasukan kebangsaan Thailand ini bagaimanapun tidak berada dalam […]
Thai League 1: Hasrat Safawi Rasid Bantu Ratchaburi Raih 3 Mata Lebur

Kepulangan semula pemain sayap sensasi Ratchaburi FC, Safawi Rasid ke dalam kesebelasan utama pasukan berakhir dengan kedukaan apabila pasukannya tewas di laman sendiri. Beliau diberi kepercayaan untuk beraksi semula setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan tempoh hari. Pada babak pertama, kedua-dua pasukan rancak berbalas asakan namun The Fragons sekali lagi diuji apabila terpaksa beraksi dengan 10 […]
JDT Kini Kelab Ke-573 Terbaik Dunia, Lebih Tinggi Dari Kelab Bekas Juara EPL

Kedudukan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada pada tangga ke-573 sekaligus mengatasi kedudukan bekas juara Liga Perdana Inggeris pada tahun 1995, Blackburn Rovers. Perkara ini dikongsikan oleh sebuah laman analisis bola sepak Opta Analyst yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak di seluruh dunia. Berdasarkan laporan daripada kedudukan yang dimuat naik […]
Safawi Rasid Ada Pandangan Berbeza Mengenai Keperluan Pemain Naturalisasi

Pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid memiliki pandangan tersendiri mengenai keperluan penggunaan pemain naturalisasi pada peringkat kelab mahupun negara. Bintang yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ini memberi komentarnya sendiri tentang negara yang memilih untuk menggunakan kudrat asing bagi memantapkan pasukan. Seperti yang sedia maklum, negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina menggunakan khidmat […]
8 Negara Jadi Pilihan Kim Pan-gon Bentuk Formula Ke Piala Asia

Malaysia bakal berdepan lapan perlawanan persahabatan menjelang aksi Piala Asia 2023. Perkara tersebut dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin yang menjelaskan skuad kendalian Kim Pan-gon akan beraksi sebanyak enam perlawanan di venue Home manakala dua perlawanan Away. Malaysia akan memulakan aksi persahabatan antarabangsa ini pada Mac berdepan Turkmenistan dan Kuwait […]
Aksi Malaysia Berdepan Turkmenistan & Yaman Bakal Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Pertembungan antara pasukan Malaysia dan beberapa lawan berstatus elit bakal berlangsung di stadium keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim. Menerusi satu penjelasan oleh Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin, Malaysia kini dalam perancangan secara berfasa untuk mengatur aksi persahabatan. Beliau mengesahkan bahawa anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan […]
Jepun & China Pilihan Kim Pan-gon Bertemu Malaysia

Malaysia berpeluang untuk beradu kekuatan berdepan lawan berstatus elit apabila berkemungkinan akan menghadapi Jepun dan China dalam aksi persahabatan September nanti. Perkara ini telah pun disahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memaklumkan bahawa mereka sudah pun mengatur perancangan bagi tahun ini. Bermula Mac ini, anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi dua aksi persahabatan […]
Liridon Krasniqi Buat Penyokong Terengganu Tersenyum Semula

Kemasukan raja gelek Liga Malaysia, Liridon Krasniqi ke dalam pasukan Terengganu sudah mula memancarkan bibit-bibit indah dalam bola sepak kelab tersebut. Pemain kelahiran Kosovo ini berpidah daripada sebuah kelab Liga 1 Thailand bagi mendapatkan semula rentak permainannya. Malah, kemasukan pemain berusia 31 tahun ini amat diperlukan dalam memantapkan lagi jentera tengah pasukan Pantai Timur itu […]