Jorn Andersen Anggap Ketumpulan Serangan Punca Dimalukan Malaysia

Ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen mengakui bahawa ketumpulan jentera serangan telah menyebabkan pasukannya gagal menandingi Malaysia. Hong Kong hadir untuk menebus kekecewaan tahun lalu apabila tunduk dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Beliau bagaimanapun terpaksa menelan hakikat apabila pasukan bimbingannya tewas sekali lagi kepada Harimau Malaya dengan jumlah jaringan yang sama. Mengulas […]
Malaysia ‘Bersiu’ Tewaskan Hong Kong

Perlawanan persahabatan Tier 1 yang melibatkan pertembungan antara pasukan Malaysia dan Hong Kong berlangsung dengan cukup mendebarkan. Aksi yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan 4 muka baharu dibawa masuk bagi memperkuat pasukan. Permulaan yang cukup baik buat anak didik Kim Pan-gon yang turun dalam motivasi terbaik apabila melancarkan serangan bertali arus ke gawang gol […]
Info Siaran Langsung Malaysia vs Hong Kong | Persahabatan Tier 1

Aksi melibatkan Malaysia bertemu Hong Kong dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam ini. Perlawanan persahabatan kedua ini sudah tentu menjadi medan penting buat Kim Pan-gon untuk terus mencari kesebelasan terbaik Harimau Malaya. Pasukan negara turun dalam momentum terbaik apabila berjaya menewaskan Turkmenistan dengan keputusan 1-0 pada aksi persahabatan tempoh hari. Kecemerlangan tersebut sudah tentu […]
Jurulatih Hong Kong Anggap Malaysia ‘Lain Macam’ Kerana Pemain Naturalisasi

Ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen memuji impak pemain naturalisasi Harimau Malaya yang menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan ketika ini. Umum mengetahui bahawa kelab-kelab di Malaysia telah pun dibenarkan untuk mendaftarkan pemain yang sudah pun cukup tempoh beraksi di Malaysia selama 5 tahun. Perkara ini jelas memberi kelebihan kepada pasukan bimbingan Kim Pan-gon untuk memberi […]
Arif Aiman Terpaksa Disisihkan Kerana Cedera Hamstring

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim. (JDT), Arif Aiman Hanapi terpaksa disisihkan daripada skuad kebangsaan apabila dilaporkan mengalami kecederaan hamstring. Bintang berusia 20 tahun itu berada dalam senarai 27 orang pemain yang dipanggil ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk membawa cabaran negara berdepan Turkmenistan dan juga Hong Kong. Namun begitu, menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, […]
“Ini Antara Skuad Terbaik Hong Kong” – Jørn Andersen

Ketua jurulatih Hong Kong, Jørn Andersen mengakui kali ini membariskan skuad terbaik mereka bagi menghadapi cabaran Malaysia di Stadiuk Sultan Ibrahim esok. Pengendali kelahiran Norway itu sudah tentu mahu menebus kekecewaan selepas pasukan itu tewas 2-0 pada pertemuan terakhir tahun lalu. Beliau memberi alasan bahawa pada ketika itu skuad Hong Kong tidak dibarisi oleh para […]
Seorang Lagi Pemain Malaysia Bakal Ikut Kogileswaran Ke Korea Selatan?

Seorang lagi pemain Malaysia dikhabarkan bakal mengikut jejak langkah Kogileswaran Raj untuk beraksi di Korea Selatan. Senario bola sepak negara dikejutkan apabila bekas pemain PJ City FC itu membuat keputusan untuk terbang beraksi di Korea sungguhpun menerima beberapa tawaran daripada kelab Liga Singapura dan Thailand. Namun begitu, keadaan ini semakin menarik alabila seorang lagi pemain […]
JDT Jadi Penanda Aras Terhadap Kualiti Pemain Tempatan Bersaing Di Asia

Penglibatan secara kompetitif oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kancah bola sepak Asia telah membawa satu dimensi baharu dalam usaha mengetengahkan lebih ramai bakat tempatan di Asia. Skuad Harimau Selatan jelas menjadi penanda aras yang cukup signifikan buat setiap kelab dalam Liga Malaysia tentang kemampuan sebenar apabila beraksi dalam kejohanan besar […]
Tindakan Pantas Kim Pan-gon Hidu Helah Turkmenistan Dipuji B. Sathianathan

Tindakan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang dapat mengesan helah Turkmenistan dengan lebih awal telah menyaksikan Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan bermakna semalam. Menurut analisis yang dilakukan oleh B. Sathia nathan, pengendali tersebut melihat percaturan ampuh yang dilakukan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah membawa kejayaan kepada Malaysia. Mengulas lanjut, Sathia percaya bahawa pengendali […]
“Keserasian Antara Pemain Harimau Malaya Bakal Tiba” – Endrick Dos Santos

Pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos mengakui tahap keserasian dengan rakan sepasukan juga akan pasti dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk bergandingan dengan seorang lagi pemain naturalisasi, Paulo Josue dan juga Brendan Gan. Mengulas lanjut, beliau kelihatan cukup teruja dan bersemangat untuk terus […]
Dion Cools Anggap Feroz Baharudin Cukup ‘Syarat’ Bersama Harimau Malaya

Pertahanan tengah Harimau Malaya, Dion Cools teruja apabila melihat nama pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin dipanggil ke kem latihan kebangsana kali ini. Pemain muda berusia 22 tahun itu telah tampil sebagai nadi utama di bahagian pertahanan JDT sejak akhir musim lalu terus diberi kepercayaan oleh Tano Solari untuk beraksi dalam kesebelasan utama […]
Harapan Besar Kim Pan-gon Kepada Duo Naturalisasi Negara

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada duo naturalisasi negara, Paulo Josue dan juga Endrick Dos Santos bersama skuad kebangsaan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu dalam satu temubual menjelaskan bahawa kehadiran Endrick dan Paulo bakal memberi nilai tambah yang cukup penting kepada pasukan berdepan Turkmenistan dan juga Hong Kong. Prestasi […]
Faisal Halim & Rakan-Rakan Nampak Gembira Guna Fasiliti Milik JDT

Pemain sayap sensasi Selangor, Faisal Halim kelihatan bergitu bersemangat menjalani latihan pertama kem kebangsaan yang berlangsung di Padang Seri Gelam, Johor semalam. Anak didik Kim Pan-gon kini dalam persiapan awal menjelang aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan juga Hong-Kong pada 23 dan 29 Mac ini. Berdasarkan hantaran yang dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), para pemain […]
Harimau Malaya Bakal Bertemu Pasukan Ke-69 Dunia?

Harimau Malaya kini berpeluang untuk beraksi menentang pasukan gergasi dunia selepas beberapa siri perjumpaan yang diadakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin. Menerusi satu kenyataan oleh FAM, Hamidin sedang merangka dan berbincang tentang kemungkinan untuk mengadakan aksi persahabatan menentang lawan yang lebih kuat bagi Malaysia. Beliau membincangkan tiga elemen utama […]
B. Sathianathan Ada Pandangan Berbeza Mengenai Pemilihan Kim Pan-gon

Bekas ketua jurulatih Sarawak United, B. Sathianathan ada sisi berbeza melihat kepada pemilihan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkenaan senarai 27 orang pemain ke kem latihan kebangsaan Mac ini. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu membuat keputusan untuk memanggil semula 18 tonggak skuad kebangsaan sebelum ini sambil 8 muka baharu dilihat membentuk kombinasi yang cukup […]
Cristiano Ronaldo Dihukum Saat Al-Nassr Layak Ke Separuh Akhir

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dihukum saat membantu pasukannya untuk mara ke pentas separuh akhir King Cup of Champions. Pemain berusia 38 tahun itu turun sekali lagi untuk mengetuai cabaran pasukannya jelas bermula garang apabila memperoleh gol pembukaan seawal minit pertama menerusi Al-Najei pada minit pertama. Anak didik Rudi Garcia terus cemerlang menambah gol kedua […]