Malaysia & Australia ‘Berebut’ Joshua Rawlins

Malaysia berpotensi untuk melihat seorang lagi bakat kacukan selepas pertahanan uda berbakat, Joshua Rawlins dikatakan boleh mewakili skuad kebangsaan. Pemain berusia 19 tahun ini merupakan salah seorang prospek muda berpotensi besar yang kini sedang beraksi buat FC Utretcht di liga kedua Belanda. Beliau yang pernah beraksi buat skuad muda Perth Glory di Australia berjaya memperagakan […]
Dua Bekas Pemain Eropah Jadi ‘Masalah’ Dion Cools Ke Asia

Pertahanan kental Buriram United FC, Dion Cools berdepan persaingan sengit untuk mengekalkan posisinya bagi memastikan tugasnya ke pentas Asia terjamin. Pemain berusia 27 tahun beraksi dengan cemerlang buat pasukannya di sana dan membantu mereka untuk menjuarai tiga trofi pada musim lalu. Khidmat beliau bagaimanapun menerima tentangan yang cukup hebat apabila Buriram memutuskan untuk membawa masuk […]
Jaguh Asia, Urawa Reds Sambar Bintang Piala AFF Thailand

Kelab gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds membuat keputusan mengejut apabila mendapatkan khidmat perancang tengah berbakat Thailand, Ekanit Panya. Juara AFC Champions League 2022 ini tertarik untuk membawa masuk bintang Asia Tenggara bagi memantapkan cabaran pasukan. Pemain berusia 23 tahun itu merupakan bintang yang cukup menyerlah dalam saingan domestik bersama Muangthong United. Beliau yang turut memperkuat […]
JDT Kini Kelab Ke-31 Terbaik Asia, Naik 126 Anak Tangga

Pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus unggul di persada bola sepak Asia apabila mencatatkan perkembangan yang cukup baik sejak kebelakangan ini. Hal ini telah membawa kepada pertumbuhan ranking yang lebih baik apabila Harimau Selatan difahamkan naik 126 anak tangga. Menerusi satu perkongsian oleh laman rasmi Johor Southern Tigers, JDT mencatatkan kemajuan luar […]
Heberty Fernandes Jadi Buruan Sejak 2018

Penyerang baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes hakikatnya sudah berada lama dalam pantauan pasukan dan juga DYAM TMJ. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan tonggak utama bersama pasukannya, Bangkok United di Thailand dan kini merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga 1 Thaiand. Beliau difahamkan hadir selaku pengganti kepada Diogo Luis Santo yang difahamkan […]
JDT Sambar Penyerang Brazil, Heberty Fernandes

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat pengumuman mengejutkan apabila mengesahkan ketibaan pemain import haharu pasukan, Heberty Fernandes. Menerusi satu kenyataan oleh DYAM TMJ, skuad Harimau Selatan akan menerima ketibaan pemain baharu selepas baginda mengesahkan khidmat penyerang sensasi pasukan, Diogo Louis Santo tidak dapat digunakan selama beberapa bulan. Menerusi satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers, Heberty […]
Malaysia Hampir Pasti Lawan Pasukan 50 Terbaik Dunia?

Peluang untuk menyaksikan Malaysia untuk bertemu dengan pasukan kelompok 50 terbaik dunia mungkin bakal menjadi kenyataan pada bulan September nanti. Khabar angin berkenaan lawan Harimau Malaya mula menjadi tanda tanya selepas para penyokong menyaksikan Malaysia membenam Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea dengan keputusan yang cukup besar. Impian untuk melihat pertembungan dengan pasukan yang lebih […]
Kontrak Kogileswaran Bersama Chungbuk Cheongju Sudah Tamat?

Perkembangan berkaitan pemain sayap negara, Kogileswaran Raj sudah lama tidak kedengaran namun perjalanan beliau di Korea Selatan bersama kelab divisyen dua, Chungbuk Cheongju FC difahamkan sudah berakhir. Pemain berusia 24 tahun itu memilih untuk berhijrah ke Korea Selatan sungguhpun menerima beberapa tawaran dari kelab Asia Tenggara. Masa depan bekas pemain PJ City ini berlangsung penuh […]
Bekas Kapten Portugal Perkuat Lion City Sailors Di ACL

Kelab gergasi Singapura, Lion City Sailors membuat satu tindakan yang cukup besar buat pasukan apabila membawa masuk bintang kelahiran Portugal, Rui Pires. Pemain berusia 25 tahun ini merupakan pemain ketiga yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kali ini untuk menambah kualiti pada bahagian tengah pasukan dan mengukuhkan skuad untuk kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak […]
Sebuah Kelab Indonesia Buru Khidmat Pertahanan Elit Harimau Malaya

Sebuah kelab Liga 1 Indonesia kini hangat diperkatakan selepas menunjukkan minat yang cukup mendalam untuk mendapatkan khidmat salah seorang pertahanan Harimau Malaya. Identiti kelab yang tidak didedahkan ini difahamkan mahu menantapkan skuad pada musim baharu ini dengan beberapa pemain difahamkan berada dalam radar pasukan bagi mengisi slot pertahanan. Khabar ini memberitahu bahawa kudrat salah seorang […]
Singapura ‘Tiru’ Malaysia

Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) membuat keputusan yang senada dengan Malaysia mengenai percaturan bola sepak mereka pada tahun ini. Umum mengetahui bahawa tahun 2023 merupakan tahun yang amat sibuk buat bola sepak di Asia Tenggara dengan beberapa kejohanan penting buat pasukan muda di rantau ini. Hal ini termasuklah penyertaan pasukan bawah 23 tahun (b-23) Singapura yang […]
Dua Kelab Australia Bakal Jadi Halangan Terbesar Sabah & Terengganu

Dua kelab yang berpangkalan di Australia bakal menjadi ujian berat buat Sabah dan Terengganu dalam meneruskan perjalanan di pentas Asia. Kedua-dua pasukan beraksi dalam saingan Piala AFC musim ini dengan kejohanan beberapa perubahan dilaksanakan termasuklah penyertaan pasukan dari Australia yang bakal menghangatkan saingan. Prestasi yang ditunjukkan oleh anak didik Ong Kim Swee berada pada tahap […]
Pemain Korea Ini Tersipu Malu Saat Jaring Gol Berkelas Dunia

Tatkala seseorang pemain menjaringkan gol,mereka kebiasaannya akan meraikannya dengan penuh kepuasan namun tidak bagi pemain Korea ini. Pertemuan antara pasukan Korea Selatan menentang Haiti itu menyaksikan Korea mencatatkan kemenangan 2-1. Aksi tersebut bagaimanapun disusuli dengan persembahan luar biasa yang ditampilkan oleh perancang tengah pasukan, Jang Seulgi. Pemain berusia 29 tahun itu mencuri tumpuan apabila beliau […]
Safawi Rasid Tarik Perhatian FIFA

Gol yang dijaringkan oleh pemain oleh pemain sayap negara, Safawi Rasid telah pun meraih perhatian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Bintang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi watak penting buat pasukan negara berdepan Kepulauan Solomon tatkala Malaysia meraih kemenangan besar 4-1. Pemain berusia 26 tahun itu masuk sebagai pemain gantian memainkan peranan yang cukup penting […]
Mesir Bakal Jadi Lawan Malaysia September Ini?

Malaysia dikhabarkan berpeluang bertemu dengan gergasi Timur Tengah, Mesir bagi aksi persahabatan antarabangsa tier 1 pada bulan September ini. Aksi pasukan kebangsaan sering menjadi tumpuan tatkala Malaysia kini melonjak satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-137 dunia. Sebagai persediaan ke Piala Asia, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon menempuh pelbagai cabaran termasuklah dua kemenangan […]
Ranking FIFA: Malaysia Naik Satu Anak Tangga, Kini Ke-137 Dunia

Malaysia kini mencatatkan kemajuan yang cukup memberangsangkan apabila ranking pasukan negara dikhabarkan naik lagi setelah aksi bulan Jun berakhir. Malaysia memperoleh mata maksimum ranking FIFA dalam tetingkap kali ini selepas berjaya memenangi kedua-dua aksi perlawanan persahabatan berdepan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea. Anak buah Kim Pan-gon mencatatkan kemenangan terhadap Kepulauan Solomon sekaligus memberikan Malaysia […]