Harimau Malaya Tolak Peluang Lawan Pasukan 96 Dunia

Harimau Malaya telah membuat keputusan untuk tidak menguji pasukan ke-96 dunia. Skuad kendalian Pau Marti mengharugi permulaan baik sebelum tunduk 4-0 di tangan New Zealand dalam satu aksi persahabatan Tier 1 FIFA. Malaysia bagaimanapun telah mengatur dua aksi persahabatan bulan November menentang pasukan ke-187 dunia, Laos dan juga India. Aksi menentang Laos bakal berlangsung di […]

Indonesia Sambut Kehadiran Jepun Penuh Debaran

Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Indonesia dan Jepun pada 15 November ini dijangka menarik. Ini kerana Samurai Biru yang dibimbing Hajime Moriyasu masih kekal tanpa kalah dalam Kumpulan C selepas mengharungi empat perlawanan. Sementara Tim Garuda pula mahu melupakan kekalahan pahit 2-1 di tangan China. Aksi ini cukup menarik ia merupakan ulangan aksi […]

Kim Pan-gon Perlukan 3 Bulan Julang Trofi Pertama Di Korea

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon hanya memerlukan tempoh tiga bulan untuk meraih trofi pertamanya bersama Ulsan HD. Ulsan muncul juara K-League 1 buat kali ketiga berturut-turut dengan baki satu perlawanan. Ini selepas pasukan itu menewaskan Gangwon 2-1. Gustav Ludwigson dan Joo Min-kyu memastikan penyokong The Tigers ceria. Manakala Lee Sang-heon menjaringkan gol saguhati buat […]

Aura Kim Pan-gon Bantu Ulsan HD Muncul Juara K-League

Kim Pan-gon dan Ulsan HD sah merupakan juara K-League bagi musim 2024. Pengendali berusia 55 tahun itu mengambil alih pasukan pada akhir bulan Julai lalu berjaya mengharungi kempen cemerlang bersama pasukan. Aksi ke-36 liga menyaksikan Ulsan HD berterima kasih kepada Joo Min-kyu dan juga Gustav Ludwigson untuk memastikan kemenangan buat pasukan. Ulsan HD melakar kemenangan […]

JDT ‘Untung’ RM4 Juta Selepas 3 Aksi di ACLE

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya meraih habuan mencecah RM4 Juta selepas tiga aksi di AFC Champions League Elite (ACLE). Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cemerlang apabila mengikat kelab China, Shanghai Port dengan keputusan 2-2 sebelum menundukkan Shanghai Shenhua dengan jaringan 3-0. Rentak baik itu bagaimanapun diuji apabila Harimau Selatan tunduk 3-1 di […]

Ujian Akhir JDT Sebelum Hadapi Ulsan HD

Johor Darul Ta’zim (JDT) menghadapi ujian terakhir sebelum berdepan Ulsan HD. Skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum cemerlang sungguhpun tewas aksi terakhir AFC Champions League Elite (ACLE) kepada Gwangju FC. Pertemuan malam ini menyaksikan JDT akan ke Paroi bagi menghadapi tentangan Negeri Sembilan sebelum melayan kunjungan gergasi Korea itu. JDT kini merupakan pendahulu Liga Super […]

Alasan Malaysia Mahu Lawan Pasukan Ke-187 Dunia

Alasan Malaysia mahu melawan pasukan ke-187 dunia bagi aksi persahabatan FIFA November ini terjawab. Skuad kendalian Pau Marti hanya mengharungi satu aksi persahabatan FIFA Tier 1 bulan Oktober apabila tunduk 0-4 di tangan New Zealand. Misi untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA diteruskan apabila Harimau Malaya bakal bertemu pasukan ke-125 dunia, India pada 18 November. Teka-teki […]

Ranking Harimau Malaya Jatuh Lagi

Ranking Harimau Malaya mencatatkan penurunan lagi pada Oktober ini. Skuad kendalian Pau Marti mengharungi permulaan cemerlang apabila menewaskan Lubnan untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Malaysia tunduk dalam satu aksi Tier 1 FIFA kepada New Zealand dengan keputusan 4-0. Kekalahan itu menyaksikan ranking Harimau Malaya turun satu tangga untuk […]

Ulsan HD Dapat Tonik Tambahan Hadapi JDT

Gergasi Liga Korea, Ulsan HD menerima tonik tambahan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi AFC Champions League Elite (ACLE). Skuad kendalian Hector Bidolgio dalam momentum cemerlang selepas melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas Selangor FC. Pasukan Harimau Selatan kini sudah melakar satu kemenangan dan satu seri berdepan wakil China, Shanghai Port dengan keputusan 2-2. […]

“Peta Hala Tuju F:30 Tak Gagal, Ada Lagi 6 Tahun” – FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menganggap bahawa peta hala tuju F:30 tidak gagal sebaliknya masih mempunyai waktu. Perkara ini disuarakan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram mengenai kegagalan kedua-dua skuad remaja itu tidak menjadi kayu ukur bahawa Peta Hala Tuju F:30 gagal sepenuhnya.  FAM bagaimanapun mengakui kegagalan skuad B-16 dan B-19 kebangsaan pada […]

Laungan ‘JDT Takut Air’ Makan Diri, Isu Padang Bukan Perihal Remeh

Laungan ‘JDT Takut Air’ bergema ketika aksi Selangor menentang JDT makan diri namun isu padang bukanlah satu hal yang remeh. Perlawanan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya menyaksikan skuad Harimau Selatan menewaskan Selangor dengan keputusan 3-0. Kemenangan itu membolehkan JDT menjarakkan diri 8 mata dengan Selangor selain mengekalkan rekod bersih bagi pertembungan kedua-dua pasukan musim ini. […]

Pencari Bakat Eropah Kesan Potensi Luqman Hakim 7 Tahun Lalu

Pencari bakat Eropah telah mengesan potensi sebenar penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin sejak 7 tahun lalu. Pemain berusia 22 tahun itu kini berkelana di Jepun bersama Yokohama SCC secara pinjaman dari kelab Belgium, KV Kortrijk. Beliau telah menjadi antara bualan hebat selepas berjaya menempah tempat untuk membawa diri ke Liga Belgium pada usia yang […]

Kim Pan-gon Kembali Ke Malaysia

Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon bakal membuat kemunculan semula di Malaysia. Pengendali berpengalaman itu telah meninggalkan skuad kebangsaan Malaysia pada 15 Julai lalu selepas dua tahun empat bulan bersama skuad negara. Beliau telah kembali ke Korea Selatan untuk mengambil alih tugas Ketua Jurulatih Ulsan HD yang juga beraksi dalam saingan AFC Champions League Elite […]

Shanghai Port & Shenhua Berebut Status Jaguh China

Dua lawan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Shanghai Port dan Shanghai Shenhua kini berentap untuk gelaran juara Chinese Super League (CSL). Persaingan Port dan Shenhua untuk bergelar juara liga kini diheret ke perlawanan terakhir musim pada 2 November ini. Dengan kedua-dua pasukan dipisahkan dengan satu mata, kemenangan […]

Bintang Akademi Mokhtar Dahari Jalani Percubaan Di Jepun

Bintang pasukan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 Tahun (B-17), Irfan Aswad Roslan terpilih menjalani sesi percubaan bersama kelab J1 League, Shonan Belmare. Perkara ini diumumkan pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) dalam satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Irfan yang juga kapten skuad AMD B-17 kini mengharungi sesi percubaan bersama kelab […]

Pau Marti Pantau Rapat 3 Pemain Luar Negara

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memantau rapat kemajuan tiga tonggak Malaysia yang berkelana di luar negara. Skuad negara baru sahaja selesai mengharungi aksi persahabatan FIFA Tier 1 menentang New Zealand yang menyaksikan Malaysia tewas dengan keputusan 4-0. Pasukan kebangsaan kini menghuni tangga ke-133 dunia berdasarkan kemas kini ranking FIFA bulan Oktober. Pengendali kelahiran […]