Gary White: Malaysia Datang & Kalah 2-0 Dulu, Kami Tak Perlu Takut

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Taiwan, Gary White mengakui bahawa pasukannya tidak gentar untuk berdepan Malaysia terutamanya beraksi di laman sendiri. Dalam satu kenyataan pra perlawanan semalam, pengendali berpengalaman itu memberitahu bahawa pasukannya kini sudah pun bersedia sepenuhnya intuk menghadapi pasukan bimbingan Kim Pan-gon. Sungguhpun tewas pada aksi pembukaan berdepan Oman, White tetap optimis bahawa pasukannya […]

Ranking FIFA: Malaysia ‘Bakal’ Kembali Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 18 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk kembali memahat sejarah apabila berada pada kedudukan yang amat baik untuk kembali ke kelompok 120 terbaik dunia selepas 18 tahun. Harimau Malaya mencatatkan permulaan cemerlang di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila berjaya menundukkan lawan daripada kelompok 100 terbaik dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Bukit Jalil. Kemenangan menyaksikan […]

Piala Dunia U17: Sepanyol Ke Suku Akhir Singkirkan Jepun

Pasukan bawah 17 tahun Sepanyol mencatatkan kemenangan dramatik untuk melangkah ke suku akhir selepas membenam cabaran Jepun dengan keputusan 2-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Manahan, Surakata Indonesia itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk meraih kemenangan. Sepanyol dilihat lebih mendominasi perlawanan selepas melancarkan asakan bertali arus pada 5 minit pertama permainan. Mereka akhirnya […]

K. Rajagobal Harap Perancangan Malaysia Jelas Berdepan Taiwan

Bekas ketua jurulatih Malaysia, Datuk K. Rajagobal menitipkan pesanan khas kepada skuad Harimau Malaya yang bakal berdepan Taiwan di laman lawan pada 21 November 2023. Skuad kendalian Kim Pan-gon kini dalam momentum terbaik selepas berjaya menewaskan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Bukit Jalil. Perjuangan Malaysia bagaimanapun akan diteruskan di laman lawan dengan […]

Mo Salah Jadi Mangsa Serangan

Bintang pasukan Liverpool FC, Mo Salah menjadi mangsa serangan ketika membantu Mesir dalam satu aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Pemain berusia 32 tahun beraksi dalam kesebelasan utama pasukan ketika berdepan Sierra Leone semalam yang menyaksikan Mesir mencatatkan kemenangan 2-0. Aksi berlangsung baik sepanjang 85 minit pertama sebelum keadaan secara tiba-tiba menjadi tidak terkawal. Detik cemas […]

Jürgen Klinsmann Susah Hati, Cari Cara Tewaskan China

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann berasa risau apabila pasukannya bakal berhadapan dengan China bagi aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 esok. Kerisauan ini sudah pun terpancar olehnya pada aksi pertama menentang Singapura di laman sendiri dengan pengendali kelahiran Jerman itu yakin setiap pasukan bakal memberikan yang terbaik. Sungguhpun turun dengan status pasukan […]

Malaysia Berpeluang Lonjak Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia Lebih Awal

Pasukan kebangsaan Malaysia telah dibantu oleh kekalahan negara Afrika sekaligus mencerahkan peluang untuk mara ke kelompok 120 terbaik dunia lebih awal. Harimau Malaya mencatatkan kemenangan berdepan pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November lalu. Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon memperoleh tambahan +15.49 mata FIFA untuk […]

Piala Dunia U17: Korea Selatan Tersingkir Awal, Dimalukan Burkina Faso

Pasukan bawah 17 tahun Korea Selatan terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal selepas gagal mara ke pusingan kalah mati apabila ditewaskan Burkina Faso. Skuad kendalian Byun Sung-hwan gagal mencipta impak yang diharapkan selepas seri satu perlawanan dan dua kekalahan pada peringkat kumpulan. Perlawanan bermula baik apabila Burkina Faso mengejutkan lawan dengan gol pembukaan menerusi jaringan […]

Dion Cools: Jika Argentina Ada 5 Messi, Sudah Tentu Lebih Mudah

Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools optimis untuk meneruskan momentum cemerlang bagi menghadapi perlawanan kedua berdepan Taiwan bagi aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026. Kemenangan berdepan pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan jelas menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk meneruskan rentak cemerlang. Pemain berusia 27 tahun yakin ranking tidak memjadi penentu kepada pasukan yang berlawan kerana para pemain […]

Kyrgyzstan Hilang Posisi 100 Terbaik Dunia, Indonesia Keciciran Mata FIFA

Kekalahan pasukan Kyrgyzstan ketika menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan ranking masa-nyata pasukan merudum sementara Indonesia kehilangan mata penting untuk memperbaiki kedudukan semasa. Pasukan bimbingan Stefan tarkovic turun dengan momentum yang tidak baik di laman keramat Harimau Malaya selepas tewas dua aksi terakhir kalendar FIFA termasuklah ketika menentang Filipina dengan keputusan 1-0. Kemenangan […]

Kim Pan-gon: Saya Sangat Cemburu

Ketua jurulatih pasukan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan rasa cemburu terhadap sambutan yang diterima teutamanya pada kejohanan bola sepak di Korea Selatan. Pengendali berusia 54 tahun itu membawa kejayaan bermakna buat Harimau Malaya selepas menundukkan Kyrgyzstan menerusi satu kemenangan dramatik 4-3 pada saat akhir. Beliau yang ditemui ketika tamat perlawanan menceritakan detik manis tersebut dan tidak […]

Gol Sendiri Jordi Amat Disifatkan ‘Sempurna’

Malam sukar buat pertahanan kental Indonesia, Jordi Amat apabila gol sendirinya telah menghukum pasukan apabila tewas besar kepada Iraq semalam. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Basra itu menyaksikan pertahanan kelahiran Sepanyol itu bergandingan bersama Rizky Ramadhani dan Elkan Baggott. Wakil ASEAN ini bagaimanapun bergelut untuk memberi saingan terbaik kepada lawan yang beraksi di Piala […]

Kelayakan Piala Dunia: Tajikistan ‘Rantai’ Jordan

Pasukan kebangsaan Tajikistan mempamerkan persembahan memberangsangkan untuk mengikat Jordan dengan keputusan 1-1 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Central Republican menyaksikan anak buah Petar Segrt turun dengan barisan terbaik dengan nama pemain seperti Yatimov, Amirbek Juraboev dan Ehsan Panjshanbe berada dalam kesebelasan utama pasukan. Jordan yang menghuni tangga ke-82 dunia […]

Kim Pan-gon: Inilah Tahap Sebenar Pemain Malaysia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon berpuas hati dengan persembahan yang diperagakan oleh anak buahnya selepas mencatat kemenangan dramatik berdepan Kyrgyzstan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu membimbing pasukan untuk membenam cabaran pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan menerusi satu kebangkitan dramatik pada saat akhir. “Hari ini para pemain menunjukkan karakter sebenar pasukan. Inilah Harimau Malaya. Sungguhpun […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Lonjak 7 Tangga, Kini Ke-130 Dunia

Kemenangan Malaysia ke atas pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan menyaksikan kedudukan ranking FIFA negara melonjak 7 tangga untuk menghuni tangga ke-130 FIFA ketika ini. Pasukan kendalian Kim Pan-gon mempamerkan persembahan yang cukup memberangsangkan untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri. Harimau Malaya berjaya merakamkan kemenangan 4-3 ke atas Kyrgyzstan sekaligus menyaksikan Malaysia memperoleh tambahan +15.49 mata. […]

Ranking FIFA: Peluang Malaysia Lonjak 7 Tangga, Kembali Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia

Ranking FIFA Malaysia: Pasukan kebangsaan berpeluang untuk memungut mata penting di Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 untuk melonjakkan kedudukan negara dalam ranking FIFA. Harimau Malaya akan memulakan kempen penting berdepan pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan dalam misi meraih tiga mata pertama di laman sendiri. Skuad negara dijadualkan berdepan dua aksi pada bukan November ini dengan […]