Indonesia & Arab Saudi ‘Tunggu’ Skuad Muda Malaysia

Tiga pasukan termasuk Indonesia dan Arab Saudi difahamkan bakal menjadi lawan kepada skuad muda Malaysia menjelang sepak mula Piala Asia B-23 di Qatar tidak lama lagi. Skuad kendalian Juan Torres Garrido telah mengharungi dua aksi persahabatan sebelum ini menentang China B-23 dan merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan. Malaysia melakukan perubahan jurulatih selepas bekas pengendali, […]
AFC Asian Cup: Jordan Tempah Tiket Ke Separuh Akhir, Tewaskan Tajikistan

Aksi suku akhir Piala Asia AFC antara pasukan Jordan dan Tajikistan berkesudahan dengan keputusan 1-0 memihak kepada Jordan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ali bin Ahmad itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terkuat. Pada pusingan kalah mati, Tajikistan menewaskan UAE menerusi penentuan sepakan penalti sementara Jordan mengalahkan Iraq dengan keputusan 3-2. 30 minit pertama permainan […]
Pemain Tajikistan Menangis Tinggalkan Padang, Ditenangkan Mousa Al-Tamari

Penyerang berbisa pasukan Tajikistan, Sharom Samiev meninggalkan padang dalam keadaan menangis teresak-esak selepas mengalami kecederaan hamstring dalam aksi suku akhir Piala Asia AFC. Pemain berusia 26 tahun itu mengetuai jentera serangan skuad kendalian Petar Sergt berdepan Jordan yang kini dalam momentum terbaik selepas menewaskan Iraq. Usaha menambah tekanan kepada pertahahan Jordan yang diketuai oleh Yazan […]
FIFA Puji Malaysia Lagi

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekali lagi tampil untuk memuji Malaysia susulan prestasi luar biasa sejak kebelakangan ini. Harimau Malaya kini telah menamatkan kempen di Piala Asia 2023 selepas mengakhiri cabaran di tangga ke-4 dan memperoleh satu mata. Kejayaan mengikat jaguh Asia, Korea Selatan telah membuka mata banyak pihak tentang kemampuan sebenar Malaysia untuk […]
Skuad Muda Indonesia Tunduk Bermaruah Kepada Uzbekistan

Skuad muda Indonesia mempamerkan aksi mengagumkan sebelum tewas kepada Uzbekistan dengan keputusan 3-2. Aksi yang berlangsung di Stadium Madyan itu menyaksikan dua gol yang dijaringkan oleh Sang Garuda tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat pasukan. Dua gol Indonesia yang dicetak oleh Muhammad Kafiatur menit ke-32 dan Arlyansyah Abdulmanan menit ke-74 bagaimanapun dinafikan oleh lawan yang […]
Faisal Halim Kekal Berbakti Buat Selangor Musim 2024/25

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menamatkan teka-teki mengenai masa depannya apabila memilih untuk kekal bersama pasukan. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan watak penting buat The Red Giants sehingga mampu mara ke pentas Asia musim ini. Beliau memperagakan aksi yang cukup cemerlang dan membentuk gandingan mantap bersama penyerang sensasi, Ayron Del Valle di […]
JDT & Selangor Terima Tonik Tambahan Ke Asia

Dua pasukan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor menerima tonik tambahan untuk berjuang di pentas Asia musim ini. Skuad Harimau Selatan merupakan wakil tunggal Malaysia di pentas tertinggi Asia apabila bakal bersaing di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). The Red Giants juga bakal menyusul langkah JDT namun bakal menggalas cabaran di Liga […]
Dua Lagi Kelab Malaysia Berpotensi Ke Asia

Khabar baru buat kelab di Liga Super Malaysia apabila berpotensi untuk beraksi di Asia bagi saingan musim ini. Menerusi satu kenyataan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), terdapat cadangan untuk melihat lebih banyak kelab Malaysia melakukan kemunculan di Asia. Ketika ini, Malaysia sudah mengesahkan dua slot bagi kelab di pentas Asia iaitu juara bertahan Liga […]
Nizaruddin Yusof: Doakan Arif Aiman

Lagenda bola sepak negara, Nizaruddin Yusof meminta agar penyokong terus memberikan sokongan dan mendoakan pemain sayap lincah Malaysia, Arif Aiman. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi tunjang utama buat skuad kebangsaan sejak awal tahun termasuklah ketika beraksi di Piala Asia AFC 2023 di Qatar. Impak luar biasa itu mula terserlah apabila berdepan Korea Selatan yang […]
Jurgen Klinsmann Jawab Sebab Tersenyum Panjang Lihat Gol Romel Morales

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menjawab tindakannya untuk tersenyum saat melihat gol penyerang naturalisasi negara, Romel Morales adalah tidak dirancang. Pemain berusia 26 tahun itu menjadi watak penting apabila rembatan kencangnya berjaya menewaskan penjaga gol Taeguk Warriors, Jo Hyeon-woo. Gol itu memastikan Harimau Malaya pulang dengan satu mata dari Qatar dengan kejayaan lebih manis […]
AFC Asian Cup: Jordan Cipta Kebangkitan Dramatik Singkirkan Iraq

Hasrat Iraq untuk membuat meraih kemenangan terbantut apabila tewas kepada Jordan dengan keputusan 3-2. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Khalifa menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik tatkala Jordan lebih banyak mengatur gerak. Aksi 30 minit pertama dikawal oleh anak didik Husein Ammouta yang melakukan serangan balas pantas dengan percubaan Mousa Al-Tamari hampir-hampir meletakkan pasukan di […]
Skuad Muda Thailand ‘Rantai’ Uzbekistan

Skuad muda Thailand terus mempamerkan masa depan yang amat baik apabila mengikat Uzbekistan dalam satu aksi persahabatan semalam. Aksi yang berlangsung di Stadium Madya Senayan itu menyaksikan Changsuek menurunkan kesebelasan terbaik selepas berjaya menundukkan Indonesia dengan keputusan 2-1 tempoh hari. Ketua jurulatih, Yuki Richard meletakkan Jonah Duchowney dan Chanotai Kongmeng selaku jentera serangan pasukan. Thailand […]
Marselino Ferdinan Puji Malaysia “Aksi Lawan Korea Selatan Mengejutkan Saya”

Pemain muda berbakat Indonesia, Marselino Ferdinan memuji impak yang dibawa oleh Malaysia ketika berjaya mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Bintang yang berkelana di Belgium itu menjadi watak penting buat Timnas Indonesia yang berjaya mara ke pusingan kalah mati Piala Asia AFC 2023 di Qatar. Skuad bimbingan Shin Tae-yong bagaimanapun terpaksa akur dengan kehebatan lawan […]
“Baik Kita Bawa 13 Pemain Sahaja” – Lim Teong Kim

Bekas ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim mempunyai pandangan tersendiri dengan barisan 26 orang pemain yang dibawa Malaysia ke Piala Asia. Pengendali berusia 59 tahun itu ternyata berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buah Kim Pan-gon ketika mengikat jaguh Asia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Beliau juga merasakan pemain harus memiliki kefahaman […]
Saham Syihan Hazmi ‘Meroket’ Di Korea Selatan

Saham penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi naik mendadak selepas mempamerkan aksi memukau ketika mengikat Korea Selatan. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi antara watak penting negara untuk mengikat Taeguk Warriors sungguhpun tidak dapat layak ke pusingan berikutnya. Beliau menjadi tunjang ketika pasukan negara bangkit untuk mengikat Taeguk Warriors dengan keputusan 3-3. Menerusi beberapa komen […]
“Kamu Tidak Boleh Buat Saya Begini” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon tidak gemar dengan tindakan segintir pihak yang sering bersorak ketika menang dan mengutuk ketika kalah. Menerusi perkongsian selepas tamat perlawanan, pengendali kelahiran Korea Selatan itu melakukan tugas yang hebat selepas berjaya mengikat negara kelahirannya dengan keputusan 3-3. Sebelum itu, dalam dua perlawanan terdahulu, Pan-gk. menerima kritikan hebat selepas skuad kebangsaan […]