Permintaan Kim Pan-gon Ke UAE Ada Halangan

Senario getir melanda kem Harimau Malaya ketika ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon meminta agar beberapa siri persahabatan diadakan di Ameriah Arab Bersatu (UAE) sebelum aksi menentang Oman. Perkara ini dikongsikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin tentang situasi sebenar yang terjadi dalam kem negara. Katanya, sungguhpun perancangan awal adalah untuk […]

SNBJ Anjurkan Tiga ‘Aksi’ Besar Kurang 90 Hari

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal menjadi gelanggang bagi tiga aksi besar yang melibatkan acara bola sepak dan juga konsert. Menerusi satu kenyataan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), SNBJ bakal menjadi gelanggang bagi aksi Battle Of The Reds yang bakal menemukan lagenda Manchester United dan Liverpool. Perlawanan itu dijadualkan berlangsung pada 27 April 2024 pada […]

Hamidin Tak Mampu Penuhi Permintaan Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon pernah meminta untuk saingan Liga Malaysia diawalkan namun permintaan beliau tidak dapat dipenuhi. Menerusi satu kenyataan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin, beliau mengakui bahawa pengendali Korea Selatan itu memiliki permintaan untuk mengawalkan saingan liga. Permintaan ini bagaimanapun tidak dapat dipenuhi oleh Hamidin disebabkan […]

“FAM Tidak Panik” – Rosmadi Ismail

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilihat tidak panik mengenai isu ‘surat layang’ yang tular baru-baru ini. Menerusi satu kenyataan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Seri Rosmadi Ismail, beliau yakin setiap perkara yang berlaku dalam tampuk kepimpinan organisasi itu mengikut saluran yang betul. Baru-baru ini, tular sebuah hantaran e-mel ketika Kongres Tahunan buat kali Ke-60 FAM […]

Dugaan Berganda Menimpa Azam Azmi

Dugaan berganda menimpa pertahanan muda negara, Azam Azmi Murad selepas mengalami kecederaan ketika membantu Malaysai tempoh hari. Pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan ngeri ketika membantu Harimau Malaya berdepan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tempoh hari. Beliau terpaksa diusung keluar ketika perlawanan baru memasuki minit ke-25 dan digantikan dengan rakan sepasukan iaitu […]

Skuad Muda JDT Tewas Tipis Kepada Sporting CP

Skuad muda JDT mempamerkan persembahan yang amat membanggakan ketika tewas tipis di tangan Sporting CP dalam aksi JSSL Singapore International 7s. Kejohanan yang berlangsung di Singapura itu menyaksikan skuad B-16 JDT berpeluang untuk bertemu lawan daripada akademi terkemuka dunia. JSSL Singapore Professional Academy 7s merupakan sebuah pertandingan Bola Sepak Remaja Perdana Asia yang mengumpulkan bakat muda […]

Terkini: Kim Pan-gon Nafi Hantar Surat, Komited Bimbing Malaysia Hingga Akhir 2025

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menafikan telah menghantar surat peletakan jawatan dan komited untuk terus membimbing Harimau Malaya hingga akhir 2025. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali kelahiran Korea Selatan itu menyatakan keinginan untuk terus membimbing Malaysia dan yakin tugasannya belum berakhir. “Saya ingin menafikan laporan berita yang disiarkan di portal […]

“Bukan Kim Pan-gon Sahaja, Belasan Staf Dah Letak Jawatan & Ada Yang Dipecat”

Kemelut yang melanda kem Harimau Malaya kembali menjadi bualan peminat bola sepak tanah air susulan khabar yang mengatakan bahawa ketua jurulatih, Kim Pan-gon akan meletak jawatan. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai perkhabaran mengejutkan berkenaan keputusan pengendali kelahiran Korea Selatan itu. Laporan menyebut bahawa Pan Gon dilaporkan mahu meninggalkan Skuad […]

Korea Terima Hukuman Berat FIFA

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menjatuhkan hukuman berat kepada Korea berhubung pembatalan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Jepun. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah menetapkan bahawa kemenangan percuma 3-0 diberikan kepada Jepun selepas aksi yang dijadualkan telah pun terbatal. Pembatalan aksi ini juga menyaksikan Jepun berjaya merekodkan kemenangan […]

Vietnam Terima Tiga ‘Hukuman’ Serentak

Pasukan kebangsaan Vietnam menerima tiga hukuman dalam satu masa selepas berakhirnya dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, Mac ini. Perkhabaran pertama yang mengejutkan kem Red Dragons adalah apabila pasukan gergasi Asia Tenggara itu tunduk buat kali ke-3 berturut-turut kepada Indonesia. Kekalahan 1-0 di Piala Asia 2023 merebak apabila anak didik Phillipe Troussier tunduk dengan keputusan […]

Skuad Muda JDT Bedil Everton Penuh Bergaya

Kejohanan JSSL Singapore International 7s menyaksikan kejayaan buat skuad muda JDT apabila berjaya menewaskan Everton FC dengan keputusan 1-0. JSSL Singapore Professional Academy 7s ialah pertandingan Bola Sepak Remaja Perdana Asia yang mempamerkan bakat muda lebih 400 pasukan di 17 negara. Pasukan dari seluruh dunia berkumpul pada hujung minggu untuk bersaing dalam kejohanan 7 sebelah […]

Luqman Hakim Bawa Pengalaman Di Jepun Ke Malaysia

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membawa pengalaman yang diperoleh bersama kelab di Liga 3 Jepun, Yokohama SCC bersama Malaysia. Pemain berusia 22 tahun itu kembali berkelana di Asia daripada kelab Belgium, KV Kortrijk secara pinjaman di divisyen tiga Jepun untuk memperoleh lebih banyak minit bermain. Hasrat itu bagaimanapun menjadi kenyataan apabila beliau sudah beraksi […]

Ramalan Faisal Halim Sebelum Lawan Oman Jadi Kenyataan

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Faisal Halim sudah menjangka kecaman yang bakal diterima sebelum berdepan Oman lagi. Bintang pasukan Selangor FC itu merupakan watak penting sejak diambil alih oleh Kim Pan-gon kira-kira dua tahun yang lalu. Persembahan yang diharapkan oleh penyokong setia Harimau Malaya bagaimanapun tidak kesampaian apabila skuad negara tunduk di tangan Oman sebanyak […]

Detik Suka Azam Azmi Bertukar Duka Dalam 24 Jam

Pertahanan kanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad mengalami detik duka kurang 24 jam selepas mengalami dihujani momen gembira dalam kariernya. Skuad kendalian Kim Pan-gon menghadapi tentangan pasukan ke-80 dunia, Oman namun tewas kedua-dua perlawanan dengan keputusan 2-0. Penampilan pertahanan JDT yang dipinjamkan ke Terengganu bagi musim baharu bertukar cerita apabila beliau diusung keluar pada minit […]

Kyrgyzstan Beri Amaran Keras Kepada Malaysia

Wakil Kumpulan D aksi Kelayakan Piala Asia 2023, Kyrgyzstan memberi amaran keras kepada Malaysia menjelang aksi Jun nanti. Skuad kendalian Stefan Tarkovic mengharungi musim yang agak bercelaru namun kembali mendapat rentak dalam tiga aksi terakhir. Kyrgyzstan juga melonjak 4 anak tangga setelah merekodkan dua kemenangan berdepan Chinese Taipei sekaligus gah mendahului saingan kumpulan dengan 9 […]

Ranking FIFA: Indonesia Pintas Malaysia Kali Pertama Selepas 5 Tahun

Ranking FIFA: Indonesia telah memintas Malaysia buat kali pertama pada kedudukan ranking FIFA selepas hampir 5 tahun tidak melakukannya. Skuad kendalian Shin Tae-yong berjaya membawa prestasi yang diharapkan daripada Piala Asia 2023 apabila menundukkan Vietnam sebanyak dua kali. Sang Garuda merekodkan kemenangan 1-0 di laman sendiri sebelum meraih satu lagi kejayaan apabila menundukkan pasukan kendalian […]