Vietnam Tolak Hajat Besar Malaysia

Pasukan kebangsaan Vietnam telah menolak hajat besar Malaysia. Harimau Malaya kini dalam persediaan untuk menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 untuk layak ke pusingan berikutnya. Hajat ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mengadakan aksi persahabatan dengan negara Timur Tengah tidak kesampaian susulan aksi di luar kalendar FIFA. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga mengesahkan bahawa terdapat […]

Luqman Hakim Dapat Beraksi 5 Minit, Yokohama SCC Kalah Kali Ke-6

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin kembali dalam skuad Yokohama SCC namun mengalami kekalahan di tangan Tegevajaro Miyazaki. Pemain berusia 22 tahun itu sudah diketepikan dalam beberapa perlawanan setelah pulang daripada tugasan kebangsaan bersama Malaysia B-23. Khidmat beliau bagaimanapun kembali ditagih oleh pasukannya ketika turun berdepan pasukan di tangga ke-19 liga Divisyen tiga Jepun itu. […]

Senarai Kecederaan Pemain Harimau Malaya Makin Meningkat

Senarai kecederaan pemain Harimau Malaya meningkat menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon diperkuat dengan kehadiran beberapa muka baharu tatkala tunjang utama pasukan mengalami kecederaan. Senarai 26 orang pemain awal menyaksikan ketiadaan 4 tonggak utama iaitu Arif Aiman, Faisal Halim, Romel Morales dan juga Azam Azmi Murad ekoran kecederaan. […]

Syihan Hazmi Disisihkan Saat Akhir Daripada Skuad Harimau Malaya

Kelibat penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi tidak berada dalam skuad negara menjelang dua aksi getir. Hal ini susulan barisan pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi buat Harimau Malaya masih menjalani latihan bersama pasukan. Kelibat penjaga gawang berusia 28 tahun itu menjadi tanda tanya selepas tidak kelihatan dalam sesi latihan terakhir pasukan. Posisi […]

Kyrgyzstan Alami Detik Suka Dalam Duka Hadapi Malaysia

Lawan Malaysia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, Kyrgyzstan berada dalam detik suka sebelum bertemu skuad negara. Pasukan kendalian Kim Pan-gon dalam misi besar untuk melonjakkan kedudukan ranking negara selepas turun 8 tangga apabila tewas kepada Oman. Harimau Malaya bagaimanapun perlu berdepan dengan lawan yang memiliki rekod kebal di laman sendiri tatkala Malaysia tiada pilihan […]

Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Pintas Indonesia, Lonjak 8 Tangga Sekaligus

Ranking FIFA Malaysia: Harimau Malaya berpeluang untuk melonjak dan naik 8 tangga sekaligus daripada dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026: Skuad kendalian Kim Pan-gon menerima tamparan hebat selepas tewas dua aksi menentang pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0. Malaysia memiliki dua misi besar apabila dijadualkan menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei dalam misi untuk […]

Juara Bertahan, Malaysia B-19 Bertemu Thailand, Indonesia Dapat Jalan Mudah

Undian Piala AFF B-19 2024 menyaksikan Malaysia diuji bertemu Thailand manakala Indonesia mendapat laluan mudah pada kejohanan kali ini. Skuad kendalian Juan Torres menempuh cabaran yang agak hebat apabila diundi bersama Thailand, Singapura dan juga Brunei pada edisi kali ini. Berdasarkan pengumuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ujian sulung Juan Torres bersama skuad muda […]

Syamer Kutty Cetus Kebimbangan Kim Pan-gon

Perancang tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty mencetuskan rasa bimbang kepada Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon. Pengendali Korea Selatan telah kehilangan beberapa tonggak utama susulan kecederaan seperti Arif Aiman, Faisal Halim, Syafiq Ahmad, Romel Morales dan juga Darren Lok. Malaysia kini dalam persiapan rapi menjelang dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. […]

Sabah Terima Dana Lumayan RM1.5 Juta

Perjalanan pasukan Sabah FC berlangsung lebih baik apabila menerima suntikan dana lumayan mencecah RM1.5 Juta. Perkara ini dikongsikan oleh laman sosial Sabah FC mengenai satu lagi tajaan korporat oleh Zirbad Resources Sdn. Bhd buat The Rhinos. “Tajaan disampaikan Pengarah Urusan, Zirbad Resources Sdn.Bhd, Adham Abdul Hamid kepada Pengurus Besar Sabah FC, Md Joh Hj Wid, […]

5 Negara Tolak Peluang Bertemu Harimau Malaya

5 negara difahamkan menolak peluang untuk bertemu Harimau Malaya bagi aksi persahabatan menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026. Perkara ini dijelaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman mengenai usaha berterusan yang dilakukan untuk mencari lawan bagi skuad kebangsaan. Katanya, FAM berusaha sedaya upaya untuk mencari lawan bagi persiapan […]

Perbezaan Ranking Terkini Harimau Malaya & Kyrgyzstan

Perbezaan terkini kedudukan ranking FIFA Harimau Malaya dan juga Kyrgyzstan mencuri perhatian peminat. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal mengharungi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Rekod kebal anak didik Stefan Tarkovic di laman sendiri jelas menjadi cabaran hebat kepada skuad negara yang kini turun tanpa beberapa tonggak utama. Kehilangan […]

Dua Aksi Pemanas Badan Menanti Harimau Malaya

Dua aksi pemanas badan menanti skuad Harimau Malaya sebelum terbang ke Bishek bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon berdepan detik mencabar untuk mencari lawan susulan jendela FIFA yang suntuk. Menerusi satu kenyataan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu, beliau menyatakan bahawa anak buahnya bakal bertemu kelab Liga Super sebagai aksi pemanas […]

Kim Pan-gon Sebut Pengganti Posisi Arif Aiman & Faisal Halim

Malaysia bakal turun dengan misi besar apabila Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon optimis dengan kemampuan pemain yang dipanggil kali ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah menyenaraikan 26 orang pemain bagi menghadapi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Mengulas lanjut, beliau ketika ditemui di Wisma FAM hari ini […]

Prestasi Kyrgyzstan Merisaukan Sebelum Bertemu Malaysia

Prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan kebangsaan Kyrgyzstan amat merisaukan sebelum bertemu Malaysia. Aksi kelima Kelayakan Piala Dunia 2026 itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon mahu bangkit daripada kedukaan selepas tunduk di tangan Oman dua kali. Harimau Malaya bagaimanapun terpaksa berdepan lawan yang kini dalam kemuncak prestasi selepas merekodkan dua kemenangan dalam aksi terakhir. Anak didik […]

Haqimi Azim Galas Harapan Besar Kim Pan-gon

Penyerang muda negara, Haqimi Azim Rosli membawa harapan besar Kim Pan-gon bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Pemain berusia 22 tahun itu kembali disenaraikan dalam 26 pemain yang dibawa oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagi aksi menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei. Beliau bagaimanapun berdepan saingan hebat terutamanya apabila peledak berpengalaman Kedah Darul Aman, Syafiq […]

Syafiq Ahmad Pasang Azam Baharu Bersama Harimau Malaya

Penyerang Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad sedia membalas kepercayaan Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon. Pemain berusia 28 tahun itu berada dalam senarai 26 pemain FAM yang dipanggil oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Syafiq sudah diketepikan daripada tugasan kebangsaan sejak setahun yang lalu termasuklah daripada skuad ke Piala Asia […]