Senarai Lawan Malaysia Di Piala AFF B-19

Malaysia bakal berdepan cabaran hebat dalam kempen Piala AFF B-19 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Skuad kendalian Juan Torres memiliki misi besar untuk meraih kejayaan selepas pasukan Malaysia B-16 hanya berpuas hati mengakhiri cabaran pada peringkat kumpulan. Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah memanggil 28 pemain bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-19 […]

FAM Jawab Tempoh Kontrak Kim Pan-gon Bersama Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menjawab mengenai tempoh kontrak ketua jurulatih, Kim Pan-gon bersama Malaysia. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu sudah mula berkhidmat bersama Harimau Malaya sejak tahun 2022 dan membantu negara layak ke Piala Asia 2023 secara merit. Malaysia juga memperagakan perjuangan hebat dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 sebelum namun tidak cukup […]

Ranking FIFA: Jurang Tipis Malaysia & Indonesia Curi Perhatian

Ranking FIFA: Jurang tipis kedudukan Malaysia dan Indonesia mencuri perhatian peminat. Skuad kendalian Kim Pan-gon terpaksa berpuas hati apabila perlu pulang awal pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026. Situasi berbeza buat pasukan Shin Tae-yong apabila mencipta kejutan untuk mara ke pusingan ketiga buat kali pertama dalam sejarah. Prestasi memberangsangkan ini bagaimanapun tidak meninggalkan jauh […]

3 Tonggak JDT Beraksi Dua Pertandingan Dalam Tempoh Singkat

3 tonggak penting pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi dalam dua pertandingan dalam tempoh singkat. Skuad Harimau Selatan turun dengan misi besar apabila berjaya menundukkan Malaysian University dengan keputusan 5-0. Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio menurunkan kesebelasan berbeza menentang wakil Liga A1 tersebur dengan 11 pemain tempatan di atas padang. Pengendali kelahiran Argentina itu memberi ruang […]

Malaysia Tak ‘Layan’ India

Malaysia tidak melayan keinginan India untuk beraksi dalam saingan Pestabola Merdeka 2024. Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan bahawa akan menganjurkan Pestabola Merdeka buat kali kedua berturut-turut sejak sekian lama tidak diadakan. India sebelum ini di bawah kendalian Igor Stimac masih menyimpan hasrat untuk bersaing di Malaysia susulan kekalahan 4-2 kepada Harimau […]

JDT Sambar Pemain Kacukan Itali, Danish Pesenti

Jaguh Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mendapatkan khidmat pemain warisan kacukan Itali, Danish Pesenti. Pemain berusia 19 tahun itu dikesan beraksi bersama skuad muda Harimau Selatan dalam aksi Piala Presiden 2024 menentang Sabah. JDT III berjaya merakamkan kemenangan besar 5-0 dalam satu aksi di Stadium Pasir Gudang, Johor dengan Daniel memainkan watak penting […]

Jaringan Fenomena Safawi Rasid 5 Tahun Lalu Kembali Jadi Bualan Asia

Jaringan magis pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid di Liga Juara-Juara AFC (ACL) kembali menjadi bualan hangat peminat. Skuad Harimau Selatan secara konsisten beraksi dalam kejohanan tertinggi di Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah mula membuka mata pasukan Asia tentang wakil Malaysia ini. Laman Asian Champions League kembali memuat naik jaringan […]

Respon Positif Tunku Ismail Lihat Kemajuan Ranking JDT Di Asia

Respon positif telah ditunjukkan oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terhadap kemajuan ranking JDT di Asia. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini memgekalkan rekod cemerlang 100 peratus kemenangan dalam semua kejohanan yang diharungi. Hal ini termasuklah ketika berjaya menundukkan kelab Liga A1, Malaysian University pada aksi […]

JDT Tinggal Jauh Kawasaki Frontale & Al-Ittihad

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan pencapaian membanggakan apabila meninggalkan jauh dua seteru Asia iaitu Kawasaki Frontale dan juga Al-Ittihad. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini dalam momentum terbaik apabila menundukkan pasukan Liga A1, Malaysian University dengan keputusan 5-0. Hal ini memastikan pasukan Harimau Selatan mengekalkan rekod bersih 100 peratus kemenangan dalam semua pertandingan […]

“Saya Akan Bersara Sebagai Pengurus Jika Malaysia Gagal Ke Piala Asia”

Pengurus pasukan B-16 negara, Christopher Raj sedia bersara sebagai pengurus sekiranya Malaysia gagal ke Piala Asia 2025. Perkara ini disuarakan olehnya selepas Malaysia B-16 menamatkan perjuangan dalam Kejuaraan Asean pada peringkat kumpulan. Kekecewaan jelas menyelubungi skuad negara apabila tidak berupaya mengulangi pencapaian tahun 2019 untuk muncul juara. Beliau yang juga merangkap Pengerusi Media, Komunikasi dan […]

Liga Super Malaysia Muncul Liga Kedua Terbaik Asia Tenggara

Liga Super Malaysia kini muncul liga kedua terbaik di Asia Tenggara ketika ini. Perkara ini dinyatakan oleh laman Footy Rankings mengenai perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Liga Super sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Liga Super Malaysia kini mengumpul 58.1 mata dan berada pada kedudukan kedua di Asia Tenggara selepas Liga Thailand yang kekal menjadi liga […]

Bekas Bintang EPL, Neil Etheridge Disambar Buriram United

Bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Neil Etheridge secara rasminya diperkenal sebagai pemain baharu Buriram United. Juara bertahan Thai League 1 itu mengumumkan beberapa tonggak baharu bagi mengekalkan mahkota kejuaraan yang dimenangi musim lalu. Usaha ini termasuklah membawa beberapa tonggak penting seperti Curtis Good, Marcelo Tariyolay dan Neil Etheridge. Pengumuman tersebut menyaksikan bekas penjaga gawang […]

AFC ‘Hukum’ Shin Tae-yong & Dua Pemain Indonesia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menjatuhkan hukuman terhadap Ketua Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong dan juga dua pemain. Keputusan terkini daripada Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC pada 27 Jun 2024 menyaksikan tiga watak penting daripada skuad B-23 Indonesia menerima hukuman atas kegagalan mengawal tingkah laku. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu dihukum susulan memberikan komen […]

Park Hang-seo Bakal Dilantik Jurulatih Baharu India?

Bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo kini dilaporkan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pengendali India. Jurulatih berusia 66 tahun itu difahamkan menerima sekitar 214 permohonan untuk mengisi jawatan tersebut setelah berpisah dengan pengendali terdahulu, Igor Stimac. Laporan daripada media India, Times of India memaklumkan bahawa Park Hang-seo antara calon yang sedang dikenal pasti untuk […]

3 Pasukan Gergasi Asia ‘Tunggu’ Indonesia

3 pasukan gergasi Indonesia bakal memberikan cabaran hebat kepada Sang Garuda pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Shin Tae-yong mencatatkan pencapaian cemerlang apabila muncul naib juara kumpulan pada pusingan kedua tempoh hari. Undian oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyaksikan ujian berliku menanti wakil tunggal Asia Tenggara apabila diundi dalam kumpulan yang begitu […]

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia Dalam Kumpulan Maut

Wakil tunggal Asia Tenggara, Indonesia menghadapi laluan sukar apabila diundi dalam kumpulan maut dalam misi untuk mara ke pentas Piala Dunia 2026. Majlis Undian Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur itu menyaksikan penentuan getir 18 pasukan yang mara ke pusingan berikutnya. Anak didik Shin Tae-yong menjadi wakil tunggal […]