Oman & Korea Halangan Awal Juan Torres

Pengendali Malaysia B-19, Juan Torres Garrido perlu berdepan dengan halangan awal iaitu Oman dan Korea. Skuad muda negara bakal beraksi di Kelayakan Piala Asia B-20 bermula tidak lama lagi dengan misi mara ke pentas Asia. Prestasi pasukan muda negara di China kelihatan tidak begitu memberangsangkan apabila tunduk tiga aksi menentang Uzbekistan, Vietnam dan China sebelum […]
Ini Fakta Penting Tentang Penambahan Kuota 10+2 Import MFL

Baru-baru ini, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pindaan manual Liga Malaysia (Liga M) 2024/25 berkenaan pendaftaran pemain import. Menerusi pindaan ini, MFL mengumumkan pasukan-pasukan yang terpilih boleh mendaftarkan 12 tonggak import. Di sebalik pindaan ini, ada beberapa fakta yang perlu diketahui tentang penambahan kuota import yang dibuat MFL. 1. Tidak Menjejaskan Peluang Pemain Tempatan Kuota […]
Sikap Rendah Diri Arif Aiman Dapat Liputan Media China

Sikap rendah diri yang dipamerkan oleh Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi mendapat liputan daripada media China. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi antara dua pemain tempatan dalam kesebelasan utama Harimau Selatan yang menurunkan skuad terbaik berdepan Shanghai Port. Peluang yang diberikan berjaya dimanfaatkan sebaik mungkin apabila Arif Aiman menjadi wira JDT […]
AFC MA Ranking: JDT & Selangor Sumbang Tambahan Mata Buat Malaysia

Dua wakil Malaysia dalam kancah saingan Asia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC telah menyumbamg tambahan mata AFC MA Ranking buat Malaysia. Skuad kendalian Hector Bidoglio menjadi wakil tunggal negara untuk beraksi dalam kancah saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala Selangor pada saingan Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2). Persembahan memberangsangkan ditonjokan […]
‘Keadaan Jadi Sukar’ Aksi Azim Al-Amin Terima Pujian Menggunung

Penjaga gol Selangor FC, Azim Al-Amin menerima pujian menggunung susulan aksi cemerlangnya di ACL2. Pemain berusia 22 tahun itu menerima kepercayaan barisan kejurulatihan untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad Gergasi Merah. Beliau tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila tampil cemerlang untuk menafikan setiap percubaan daripada tonggak lawan. Azim berjaya mematahkan peluang keemasan Muangthong United ketika berdepan […]
Harimau Malaya Lonjak Ke Tangga 132 Dunia

Harimau Malaya kini melonjak ke kedudukan 132 dunia berdasarkan kemas kini terbaru FIFA. Baru-baru ini, skuad kendalian Pau Marti Vicente berjaya menamatkan penantian sejak sekian lama apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Malaysia berjaya menundukkan jaguh Timur Tengah, Lubnan dengan keputusan 1-0 manakala menewaskan Filipina dengan jaringan 2-1 ketika aksi separuh akhir. Kemenangan itu membolehkan […]
JDT Bayar Satu Mata Dengan Harga Mahal

Juara Piala FA 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa membayar satu mata dengan harga mahal pada aksi pembukaan di Asia. Skuad kendalian Hector Bidoglio merakamkan keputusan seri 2-2 menentang wakil China, Shanghai Port di gelanggang lawan. Dua jaringan daripada pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi memastikan skuad Harimau Selatan membawa pulang satu mata pada aksi […]
Siaran Langsung ACL2: Muangthong United vs Selangor (Live Streaming)

Aksi pembukaan AFC Champions League Two (ACL2) menyaksikan pertembungan antara Muangthong United dan juga Selangor. Jurulatih Muangthong United, Leno Latteri telah mengenal pasti 3 watak penting Gergasi Merah yang perlu dikawal rapi oleh anak buahnya. “Bagi pesaing seperti Selangor, saya secara peribadi tidak fokus kepada pemain lawan secara individu. Tapi saya tahu bahawa beliau (jurulatih […]
Arif Aiman Kongsi Beza Intensiti Aksi ACLE & Liga Malaysia

Pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi berkongsi perbezaan aksi di AFC Champions League Elite (ACLE) dan juga Liga Malaysia. Tonggak berusia 22 tahun itu menjadi wira Harimau Selatan apabila menjaringkan dua gol untuk mengikat Shanghai Port dengan keputusan 2-2. JDT berjaya membawa pulang satu mata dari Shanghai sebelum melayan kunjungan satu […]
ACLE: Bisa Arif Aiman Pastikan JDT ‘Rantai’ Shanghai Port

ACLE: Johor Darul Ta’zim (JDT) merakamkan mata pertama pada kempen Asia musim ini apabila mengikat jaguh China, Shanghai Port. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi merakamkan 3 mata pertama pada aksi pembukaan. Peluang terbaik JDT hadir menerusi percubaan Oscar Arribas pada minit ke-22 namun sepakannya melambung ke atas gawang. Usaha tidak mengenal erti penat […]
Pemain Shanghai Port Siku Muka Arif Aiman

Pemain kelab China iaitu Shanghai Port bertindak ganas apabila menyiku muka pemain JDT, Arif Aiman Hanapi. Pemain berusia 22 tahun itu turun dalam kesebelasan utama menentang wakil China itu pada aksi pembukaan AFC Champions League Elite (ACLE). Skuad Harimau Selatan lebih banyak melakukan gerakan balas pantas pada babak pertama. Peluang terbuka luas buat Arif Aiman […]
5 Tonggak JDT Muncul Dalam Sesi Latihan Di China

5 tonggak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat kemunculan dalam sesi latihan di China. Skuad kendalian Hector Bidoglio membawa momentum terbaik apabila mengatasi Penang FC dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari. Tonggak baharu seperti Jorge Obregon, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov dan juga Enzo Lombardo turut diberi peluang beraksi. Skuad Harimau Selatan menerima […]
Kualiti Harimau Malaya Raih Pujian Dua Jurulatih Eropah

Kualiti yang dimiliki oleh Harimau Malaya menerima pujian dua jurulatih kelahiran Eropah. Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh skuad kebangsaan berjaya membuka mata ramai pihak terutamanya selepas muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Penambahan mata FIFA sebanyak +10.16 mata membuka lembaran baharu pada era Pau Marti Vicente menjelang sepak mula Piala AFF Mitshubishi Electric akhir tahun ini. […]
Al-Nassr Pecat Luis Castro

Susulan permulaan musim 2024/25 yang kurang memberangsangkan, pengurusan Al-Nassr bertindak memecat jurulatih, Luis Castro. Pemecatan Castro diumumkan pengurusan Al-Alami menerusi satu kenyataan ringkas di platform media sosial rasmi mereka. “Al-Nassr mengumumkan ketua jurulatih, Luis Castro sudah meninggalkan kelab. Semua orang di Al-Nassr ingin mengucapkan terima kasih kepada Luis dan staf beliau atas kerja keras mereka […]
Siaran Langsung ACL Elite: Shanghai Port vs JDT (Live Streaming)

Aksi pembukaan AFC Champions League Elite (ACL Elite) melibatkan pertembungan antara Shanghai Port dan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio memberi fokus terhadap persiapan pasukannya yang turun beraksi di laman lawan. “Bagi kami aksi di ACLE ini amat penting. JDT merupakan sebuah kelab yang semakin baik dari setiap musim. Kami […]
‘Mak Kau Hijau’ IShowSpeed Terima Sambutan Hangat Di Malaysia

Kehadiran pempengaruh terkemuka dunia, Ishowspeed telah menarik perhatian rakyat Malaysia. Beliau yang baru sahaja tiba di Malaysia menerima sambutan hangat peminat di Malaysia yang sungguh teruja dapat bertemu dengannya. Individu yang mesra dikenali sebagai Speed itu memiliki pengikut sekitar 60 juta dalam semua platform media sosial telah berkunjung di sekitar bandar Kuala Lumpur. Speed juga […]