Gol Sendiri ‘Ala’ Robin Van Persie Terjadi Di Liga Thailand

Gol sendiri paling unik mencuri perhatian apabila berlaku di Liga Thailand baru-baru ini. Pertembungan antara pasukan Chonburi dan juga PT Prachuap bagi aksi ke-28 musim ini. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan Chonburi diketuai oleh Willian Lira dan juga Caion. PT Prachuap mempertaruhkan Derley dan juga Samuel untuk merobek gawang yang dikawal kemas […]

Siaran Langsung Play-Off Olimpik: Indonesia vs Guinea (Live Streaming)

Aksi Kelayakan Olimpik Paris 2024 antara wakil Asia Tenggara, Indonesia dan juga Guinea mencuri tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di CNF Clairefontaine Stadium, Perancis ini merupakan peluang yang cukup berharga buat Sang Garuda. Anak didik Shin Tae-yong mengharungi kempen yang cukup menakjubkan apabila berjaya mara ke pentas separuh akhir Piala Asia B-23. Hasrat untuk mendapatkan slot […]

FA Thailand Doakan Kesembuhan Faisal Halim

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mendoakan kesembuhan terhadap pemain sayap negara, Faisal Halim. Pemain berusia 26 tahun itu diserang oleh individu yang tidak dikenali dengan simbahan cecair yang dipercayai asid. Keadaan Faisal kini disahkan melecur tahap 4 dan menjalani pembedahan kedua di salah sebuah hospital di Shah Alam. Berita yang melanda beberapa pemain negara seperti […]

SMJ Cup: Kuching City Raih Tempat Ke-3, Atasi Hougang United

Kuching City muncul tempat ke-3 SMJ Cup apabila menewaskan Hougang United dengan keputusan 2-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempertaruhkan kesebelasan terbaik. Anak didik Aidil Sharin turun dengan motivasi terbaik selepas mengikat Sabah dengan keputusan 0-0 selain menumpaskan Hougang United sebelum ini. Wakil Singapura itu bagaimanapun dalam momentuk kurang baik […]

SAC 2024: Selangor Julang Trofi Pertama, Belasah Young Elephants

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC berjaya menjuarai Selangor Asia Challenge 2024 selepas membenam Young Elephants. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil tidak berdepan masalah untuk memperagakan rentak terbaik. Ketajaman jentera serangan The Red Giants muka terserlah apabila pemain sayap sensasi, Alvin Fortes membuka tirai jaringan pada minit ke-26 […]

Dion Cools Dapat Posisi Asal Semula, Beraksi Seperti Tiga Jantung

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools kembali memainkan posisi asalnya dan beraksi seperti memiliki tiga jantung. Pemain berusia 27 tahun itu dalam momentum terbaik selepas menjaringkan gol roket dalam satu perlawanan Thai League Cup untuk mara ke peringkat separuh akhir. Dion kembali dengan peranan baharu bersama Buriram United selepas hampir satu musim setengah diletakkan sebagai […]

Skuad Muda JDT Rekod Kemenangan 21-0 Di Singapura

Skuad muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan kemenangan 21-0 dalam satu aksi di Singapura. Perlawanan JDT B-15 menentang FFF Academy B-15 itu bagi aksi Singapore Youth League menyaksikan skuad muda Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah peringkat kumpulan. FFA Academy sebelum ini juga telah dibelasah oleh Geylang International B-15 yang melakar kemenangan besar 20-0 ke […]

Indonesia Terima Penghormatan FIFA

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberi perghormatan kepada Indonesia susulan peningkatan ranking FIFA terbaru. Skuas kendalian Shin Tae-yong berjaya menumpaskan pasukan gergasi Asia Tenggara, Vietnam sebanyak dua kali bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Kemenangan itu menyaksikan Sang Garuda melonjak tinggi ke tangga 134 dunia, naik 8 tangga berbanding kedudukan terdahulu iaitu 142 dunia. Indonesia […]

JDT ‘Moreh’ Besar, Belasah Lion City Sailors

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan kemenangan kedua menentang kelab Singapura, Lion City Sailors. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan beberapa watak penting skuad Harimau Selatan kembali membarisi kesebelasan utama pasukan. The Sailors turun dalam misi besar untuk mempamerkan persembahan terbaik selepas kecewa di laman sendiri dengan keputusan […]

Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: JDT vs Lion City Sailors (Live Streaming)

Satu lagi aksi persahabatan antarabangsa antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelah Singapura, Lion City Sailors bakal berlangsung tidak lama lagi. Perlawanan antara dua pasukan terkemuka di Asia Tenggara itu menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum terbaik berdepan Naib Juara Singapore Premier League (SPL) itu dengan keputusan 2-1. The Sailors bagaimanapun optimis untuk […]

Hariss Harun Kongsi Jurang Kualiti Lion City Sailors & JDT

Kapten pasukan Lion City Sailors, Hariss Harun memberi pandangan jujur tentang jurang kualiti antara pasukannya dan juga juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain berusia 33 tahun itu pernah beraksi bersama skuad Harimau Selatan sekitar tahun 2014-2021 dan berjaya merangkul pelbagai koleksi kejuaraan. Bercakap kepada wartawan Singapura, Ash Hashim, Hariss bagaimanapun menyatakan […]

JDT Benam Skuad Tempang Lion City Sailors

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rekod cemerlang dalam aksi persahabatan antarabangsa apabila menewaskan kelab Singapura, Lion City Sailors. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bishan, Singapura menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bagi aksi kali ini. JDT memberi peluang kepada muka baharu seperti Romel Morales, Nicolao Dimitru selain beberapa pemain seperti […]

Matthew Davies Buat JDT Tersenyum Berdepan Lion City Sailors

Pertahanan kental pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies kembali membuat penyokong tersenyum menjelang pertemuan menentang Lion City Sailors. Pemain berusia 28 tahun itu terlepas panggil skuad Harimau Malaya selepas disahkan mengalami kecederaan bersama-sama rakan sepasukan, Junior Eldstal. Keadaan ini bagaimanapun dilihat sudah terkawal apabila video latihan terbaru JDT menyaksikan kelibat dua pemain ini sudah […]

Info Siaran Langsung Persahabatan: Lion City Sailors vs JDT (Live Streaming)

Satu perlawanan persahabatan antara pasukan Lion City Sailors dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menghiasi arena bola sepak negara. Pertembungan dua pasukan tersohor Asia Tenggara itu bakal berlangsung sebanyak dua kali sebagai persediaan memasuki saingan musim 2024/25. Pada musim lalu, Lion City Sailors menamatkan saingan Singapore Premier League (SPL) di tangga kedua sementara JDT […]

Thai League 1: Khon Kaen United Buat Tan Cheng Hoe & Police Tero Merana Kali Ke-4

Aksi Thai League 1 menyaksikan Police Tero mengalami kekalahan ketiga dalam 4 perlawanan apabila tewas kepada Khon Kaen United dengan keputusan 4-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Provincial Khon Kaen menyaksikan ketua jurulatih Police Tero, Tan Cheng Hoe mempertaruhkan formasi 4-4-2 berbalas 4-2-3-1 oleh lawan. Pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk mengatur gerak dalam 15 […]

JDT ll Belasah Tanjong Pagar United

Perlawanan persahabatan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ll berdepan kelab Singapura, Tanjong Pagar United memihak kepada JDT dengan keputusan 4-0. Perlawanan ini merupakan detik penting kepada pasukan muda JDT setelah diberikan ruang untuk memperagakan aksi terbaik dan juga mengharungi aksi kompetitif sebelum musim bermula. Sebelum ini, beberapa pemain JDT ll telah diberikan peluang untuk […]