Tonggak Jepun Kini Pemain Naturalisasi Baharu Singapura

Singapura kini diperkuatkan dengan kehadiran pemain naturalisasi baru dari Jepun, Kyoga Nakamura. Ini selepas pemain tengah BG Tampines Rovers berusia 28 tahun itu sah bergelar warga Singapura pada 25 Oktober lalu. Dengan status berkenaan, Nakamura tidak berdepan masalah untuk mewakili The Lions di pentas antarabangsa. Anak jati Funabashi, Chiba itu mengakui merasa gementar bila mengangkat […]
Brunei Asah Taji Dengan Pasukan Ke-34 Dunia

Nama Brunei menjadi sebutan peminat bola sepak Asia Tenggara apabila menerima jemputan Russia untuk aksi persahabatan antarabangsa. Hebahan aksi ini dikongsikan di platform media sosial rasmi pasukan bola sepak Russia, Team Russia baru-baru ini. “Krasnodar, temui pasukan kebangsaan (anda)! Kita akan menentang Brunei di sini. Perlawanan pertama untuk kem latihan November akan berlangsung pada 15 […]
Ranking FIFA: Malaysia & Indonesia Terpisah Tiga Tangga, Beza 4 Mata

Ranking FIFA: Malaysia dan Indonesia terpisah tiga tangga dengan jurang perbezaan hanya 5 mata. Skuad kendalian Pau Marti mengharungi detik sukar apabila tewas dengan keputusan 4-0 menentang New Zealand dalam satu aksi persahabatan FIFA Tier 1. Indonesia juga berdepan situasi sama apabila diikat Bahrain dengan keputusan 2-2 sebelum tunduk 2-1 menentang China. Kemas kini ranking […]
Thailand Pilih Pasukan Ke-187 Dunia Asah Taring

Thailand bakal dicabar negara serantau yang juga pasukan ke-187 dunia, Laos untuk aksi persahabatan antarabangsa pada November ini. ASEAN Football melaporkan skuad Gajah Perang yang dibimbing Masatada Ishii sudah memuktamadkan siapa lawan yang bakal dihadapi pada November. Thailand bakal menentang Laos pada 17 November ini di Stadium Thammasat, Pathum Thani. Sementara satu lagi aksi persahabatan […]
Buriram United ‘Pintas’ JDT

Kelab Liga 1 Thailand, Buriram United memintas JDT sebagai kelab paling bernilai di Asia Tenggara. Skuad kendalian Hector Bidoglio memulakan kempen di AFC Champions League Elite (ACLE) dengan begitu baik apabila meraih 4 mata daripada dua perlawanan. Buriram United pula melakar rekod sama sekaligus terikat dengan kedudukan skuad Harimau Selatan dengan 4 mata. Kehadiran beberapa […]
“Selangkah Ke Piala Dunia” Netizen Indonesia Akui Hanya Seorang Pemain Tempatan Mampu Bersaing Di Pusingan 3

Seorang penyokong Indonesia berpandangan hanya Rizky Ridho Ramadhani yang mampu bersaing dalam pasukan itu untuk aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Pandangan ini dilontarkan penyokong bernama Maz Nari selepas melihat Indonesia tewas 2-1 kepada China di Qingdao pada 15 Oktober lalu. Selepas berjaya mengikat tiga pasukan dalam Kumpulan C, ramai penyokong menjangkakan anak buah […]
Vietnam Asah Taji Di Korea Selatan

Vietnam mengikut jejak negara serantau, Singapura dengan memilih mengadakan kem latihan di luar negara. Tidak seperti Singapura yang memilih Jepun sebagai negara pilihan, Pahlawan Bintang Emas pula memilih Korea Selatan sebagai destinasi pilihan. ASEAN Football melaporkan anak buah Kim Sang-sik bakal menjadikan Busan, Korea Selatan sebagai kem pusat mereka dari 21 November hingga awal Disember […]
Andik Vermansyah Gaduh Besar, Muka Lawan Jadi ‘Mangsa’

Gelagat bekas pemain sayap Selangor FC, Andik Vermansyah mencuri tumpuan peminat bola sepak Indonesia baru-baru ini. Andik yang kini beraksi untuk kelab Liga 2 Indonesia, Persiraja Banda Aceh dikesan menolak muka pemain PSPS Pekanbaru, Ilham Fato sehingga terjatuh. Insiden ini berlaku dalam aksi terbaru liga membabitkan Persiraja dan PSPS di Stadium Harapan Bangsa pada 13 […]
Jurulatih Singapura Akui Sebenarnya Boleh Kalah 20-0

Pengendali Singapura, Tsutomu Ogura mengakui pasukannya bernasib baik kerana tidak mengalami kekalahan lebih besar di tangan Yokohama F. Marinos. Aksi terakhir jelajah Singapura di Jepun menyaksikan pasukan itu berhadapan dengan finalis Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023/24 itu. Meskipun menurunkan barisan pemain simpanan, Marinos mendahului 5-0 pada separuh masa pertama. Kota Mizunuma, Kenta Inoue, Riku […]
Thailand Terima Durian Runtuh RM645,000

Skuad kebangsaan Thailand menerima durian runtuh sebanyak lima juta baht (RM645,000) susulan kejayaan bergelar juara King’s Cup 2024. Pengumuman bonus berkenaan dinyatakan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam atau Madam Pang. Thailand muncul juara King’s Cup dengan mengalahkan Syria 2-1 di pentas final. Ekanit Panya dan Chanathip Songkrasin menyumbat gol kemenangan […]
JDT ‘Ratah’ Balestier Khalsa 8-0

Jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil Singapura, Balestier Khalsa 8-0. Anak didik Hector Bidoglio bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi Bergson pada minit ke-4. Pesta jaringan Harimau Selatan diteruskan apabila Oscar Arribas menambah gol kedua pada minit ke-12 di Stadium Sultan Ibrahim. Bergson hadir menjaringkan gol ketiga tuan […]
Pasukan Ke-5147 Dunia Minat Lawan JDT

Pasukan ke-5147 dunia berminat untuk berdepan jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Hector Bidoglio cemerlang beraksi musim ini apabila masih tidak tewas dalam mana-mana perlawanan. Kali terakhir pemain Harimau Selatan beraksi adalah pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) di laman sendiri ketika menewaskan Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0. Tempoh berehat panjang bagi […]
Marc Klok Kecewa, Padang & Fasiliti Di Indonesia Teruk

Pemain tengah Indonesia, Marc Klok tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya tentang mutu padang dan kemudahan sukan di Indonesia. Luahan itu dinyatakan pemain tengah berusia 31 tahun itu menerusi satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini. Bekas pemain tengah Ross County itu merasakan mutu padang dan kemudahan sukan di negara itu kurang memuaskan. Hal ini berdasarkan […]
Singapura Asah Taring Di Jepun

Singapura memanfaatkan kalendar antarabangsa FIFA dengan mengadakan tiga aksi persahabatan di Jepun. Ini merupakan sebahagian daripada perancangan jurulatih The Lions, Tsutomu Ogura sebagai persiapan menghadapi ASEAN Championship 2024 pada penghujung tahun ini. Ogura melihat tiga aksi menentang tiga kelab utama J1 League bukan saja peluang untuk menerapkan permainan intensiti tinggi yang dimahukannya. Malah, ini akan […]
Lubnan Bakal Terlepas Aksi Lawan Vietnam?

Naib juara Pestabola Merdeka 2024, Lubnan berpotensi terlepas aksi persahabatan antarabangsa menentang Vietnam pada 15 Oktober ini. ASEAN Football melaporkan Persatuan Bola Sepak Lubnan (LFA) memaklumkan kepada Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) bahawa mereka tidak dapat memenuhi komitmen perlawanan tersebut. Ini berlaku disebabkan tindakan rejim Israel melancarkan serangan ganas ke atas Lubnan dan menceroboh selatan […]
Kalahkan Borneo, Ranking KL City Naik 180 Tangga

Wakil Malaysia di Asean Shopee Cup, KL City berjaya melonjak 180 tangga selepas mengalahkan kelab Indonesia, Borneo FC Samarinda. Skuad kendalian Miroslav Kuljanac cemerlang mengekalkan rekod bersih dengan dua kemenangan ke atas Kaya FC IloIlo dan Borneo Samarinda. The City Boys tidak goyah sungguhpun berdepan wakil Indonesia yang baru sahaja menewaskan kelab Singapura, Lion City […]