Ten Hag Selangkah Dapat Kerja Baru

Bekas pengurus Manchester United, Erik ten Hag berpotensi menerima talian hayat daripada kelab Serie A, AS Roma. Pengurus Belanda berusia 54 tahun itu dipecat United pada Oktober lalu susulan prestasi tidak menentu pasukan itu pada awal musim 2024/25. Pengurusan The Red Devils kemudiannya membawa masuk bekas pengurus Sporting Lisbon, Ruben Amorim sebagai pengganti tetap ten […]

Man United Buru Khidmat Pemenang Piala Dunia 2022

Manchester United kini menunjukkan minat terhadap khidmat pemain Argentina yang membantu negaranya merangkul Piala Dunia 2022 di Qatar dua tahun lalu. Masa depan Paulo Dybala yang merupakan pemain tengah menyerang bersama pasukan AS Roma masih samar walaupun pemain tersebut masih berbaki kontrak selama setahun lagi. Dybala dilaporkan mahu memperbaharui kontrak bersama AS Roma memandangkan pemain […]

UEL: Magis Xabi Alonso Bawa Bayer Leverkusen Ke Final Tewaskan AS Roma

Bayer Leverkusen yang mendapat sentuhan Xabi Alonso mencipta sejarah dengan berjaya melangkah ke pentas akhir Liga Europa UEFA (UEL) selepas menundukkan kelab Itali, AS Roma awal pagi tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat mereka bagi mengejar slot ke final. AS Roma perlu melakukan sesuatu dalam aksi timbal balik ini selepas tewas pada separuh akhir pertama […]

UEL: Bayern Leverkusen Benam AS Roma, Selangkah Ke Final

Perlawanan separuh akhir pertama saingan Liga Europa pagi ini menyaksikan pertembungan diantara AS Roma menentang Bayern Leverkusen yang berakhir dengan keputusan 0-2. Wakil daripada Itali, AS Roma turun dengan kesebelasan terbaiknya diketuai dengan Paulo Dybala. Pasukan daripada Jerman ini mahu meneruskan rekod tanpa kalahnya selepas 46 perlawanan.  Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba […]

Chelsea Bakal Rugi RM190 Juta Akibat Pemecatan Jose Mourinho

Chelsea dilaporkan bakal rugi sebanyak RM190 juta bersamaan dengan £37 juta akibat tindakan AS Roma memecat Jose Mourinho. Perkara tersebut disebabkan perjanjian perpindahan secara pinjaman Romelu Lukaku dari Chelsea ke AS Roma pada Ogos tahun lalu yang mempunyai klausa pembelian tetap sebanyak RM190 juta. Pemergian Jose Mourinho dari kota Roma menyaksikan masa hadapan Romelu Lukaku […]

Terkini: Jose Mourinho Tinggalkan AS Roma

Saingan Serie A Itali dikejutkan dengan berita pengurus Portugal, Jose Mourinho telah meninggalkan kelab AS Roma. Pengumuman ini dibuat oleh pemilik kelab, Dan dan Ryan Friedkin menerusi satu kenyataan media di laman sesawang rasmi mereka hari ini. Selain Mourinho, beberapa staf kejurulatihan Giallorossi juga disahkan meninggalkan kelab itu bersama beliau. Semakan pada senarai staf kejurulatihan […]

Bintang AS Roma Sertai Urawa Red Diamonds

Bintang AS Roma, Ola Solbakken sah menyertai Urawa Red Diamonds secara pinjaman sehingga Jun 2024. Ola Solbakken merupakan pemain kelahiran Oslo, Norway dan dominan bermain diposisi sayap kanan selain sayap kiri pasukan. Berita perpindahan tersebut disahkan oleh Fabrizio Romano dan laman web rasmi AS Roma turut memuat naik ucapan selamat maju jaya kepada Ola Solbakken. […]

Air Mata Jantan Pemain AS Roma Gugur Di Tengah Padang

Pemain muda AS Roma, Niccolo Pissili tidak dapat menahan air mata jantannya daripada gugur selepas menjaringkan gol pertama dalam karier profesionalnya. Gol tersebut dijaringkan dalam aksi terakhir Kumpulan G Liga Europa membabitkan Roma dan kelab Moldova, Sheriff Tiraspol yang berlangsung pada 15 Disember lalu. Pisilli yang masuk menggantikan peledak Itali, Andrea Belotti melengkapkan malam cemerlang […]

Jose Mourinho Sindir Papu Gomez

Perang mulut antara Papu Gomez dengan pengurus AS Roma, Jose Mourinho kembali panas susulan komen pengurus Portugal itu selepas perlawanan Roma dan AC Monza. Perlawanan semalam menjadi tumpuan selepas Gomez dikenakan penggantungan dua tahun oleh agensi anti-doping Sepanyol selepas gagal melepasi ujian doping semasa bersama Sevilla. Perlawanan ini makin dihangatkan lagi dengan komen pemain sayap […]

Jose Mourinho Bakal Jadi Jurulatih Kelab Asia?

Jurulatih AS Roma, Jose Mourinho tidak menolak peluang menjadi jurulatih di Arab Saudi pada masa hadapan. Sebelum ini, bekas pengurus Manchester United itu ditawarkan gaji £26 juta (RM152 juta) setahun untuk melatih Al-Hilal pada musim panas lepas tetapi tawaran tersebut ditolak beliau. Begitupun, menerusi satu temubual bersama MBC, Mourinho dilihat terbuka dengan prospek menjadi jurulatih […]

Lihat Cara Jose Mourinho Tunai Impian Besar Kanak-Kanak Roma

Kesungguhan pengurus AS Roma, Jose Mourinho menunaikan impian peminat-peminat cilik kelab itu melihat mereka berlatih menarik perhatian ramai. Perbuatan bekas pengurus Manchester United itu didorong oleh satu kisah yang dikongsikan pemain muda Giallorossi, Francesco D’Alessio kepada beliau. “Pada musim panas, sebelum kanak-kanak kembali ke sekolah, kita sedang berlatih dan ramai kanak-kanak di luar Trigoria (pusat […]

Jose Mourinho Mengamuk, Anggap Anthony Taylor Punca Kekalahan Roma

Awal pagi ini, A.S. Roma kecewa apabila tewas kepada Sevilla di final Liga Europa menerusi penentuan sepakan penalti. Tetapi bagi pengurus Giallorossi, Jose Mourinho, beliau menyifatkan pengadil perlawanan, Anthony Taylor sebagai punca sebenar kekalahan mereka di pentas final kejohanan itu. Akhbar Daily Mail melaporkan Mourinho yang sinonim dengan gelaran The Special One tidak berpuas hati […]

Jose Mourinho Ditawar RM547 Juta Kemudi Arab Saudi

Dengan kontrak berbaki setahun bersama AS Roma, ramai ingin tahu apa rancangan Jose Mourinho jika kontraknya tidak disambung oleh pemilik kelab, The Friedkin Group. Baru-baru ini, timbul laporan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) bersedia membayarnya £100 juta (RM547 juta) sebagai jurulatih pasukan kebangsaan mereka. Menurut laporan akhbar Corriere dello Sport, SAFF bukan saja bersedia […]

Jose Mourinho Merajuk Dibaling Salji

Bekas jurulatih Manchester United, Jose Mourinho dikatakan merajuk untuk tidak melayan para peminatnya sejurus selepas beliau dibaling Salji sebaik saja keluar daripada Stadium. Kejadian itu terjadi selepas perlawanan pasukan As Roma menentang pasukan Bodo/Glimt dalam saingan Europa Conference League pagi semalam. Skuad kendalian Jose Mourinho itu tewas kepada pasukan daripada Norweigian dengan keputusan 2-1. Disebabkan […]

Hadiah Kasut Bernilai RM3800, Jose Mourinho Tepati Janji Kerana Felix Gyan Jaringkan Gol

Ibarat seorang bapa dan anak, Jose Mourinho menunaikan janjinya kepada pemain mudanya, Felix Afena-Gyan kerana menjaringkan gol dalam satu perlawanan Serie-A menentang Genoa di Luigi Ferraris. Lebih manis lagi, perlawanan menentang Genoa merupakan perlawanan ke-3 pemain muda Ghana berusia 18 tahun tersebut yang sebelum ini bakatnya dikenal pasti dari skuad remaja AS Roma sendiri. Beliau […]

Bintang AS Roma Perkuat Cabaran Uzbekistan Berdepan Malaysia

MakanBola.com, Petaling Jaya, 20 Sept – Seorang pemain bintang pasukan kebangsaan Uzbekistan dijangka menjadi tunjang utama pasukan ketika berhadapan dengan pasukan negara dalam siri perlawanan persahabatan yang dijadualkan bakal berlangsung bulan Oktober ini. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan dua pasukan yang menjadi piihan untuk dijadikan medan ujian terbaik ialah pasukan Jordan dan Uzbekistan. Kedua-dua pasukan […]