Arteta Hampir Berperang Dengan FIFA Kerana Tak Bagi Dia Main Dengan England

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta diketahui antara pemain tengah terbaik pernah disaksikan di Liga Perdana Inggeris (EPL) antara tahun 2005-2016. Tetapi tahukah anda, Arteta tidak mempunyai satupun kap antarabangsa di peringkat senior, sesuatu yang boleh dianggap mengejutkan mengambil kira karier impresif dan reputasi hebatnya selaku jeneral padang baik ketika bersama Everton mahupun Arsenal. Dia cuma pernah […]
United Tolak Tawaran Rekod Dunia Dari Arsenal Untuk Dapatkan Penyerang England

Pendahulu Women’s Super League (WSL), Manchester United menolak tawaran rekod dunia daripada Arsenal untuk mendapatkan khidmat penyerang sensasi mereka Alessia Russo. Kontrak penyerang England itu bersama pasukan wanita United akan tamat pada penghujung musim ini, namun kelab itu nampaknya tidak berminat untuk menjualnya kepada kelab seteru utama, itupun begitu hampir kepada tarikh tutup jendela perpindahan […]
EPL: Gol Dramatik Nketiah Bantu Arsenal Tewaskan Man Utd

Hasrat pendahulu EPL, Arsenal melebarkan kelebihan ke atas Manchester City berjaya direalisasikan. Ini selepas tuan rumah menewaskan Man Utd 3-2 dalam perlawanan EPL di Stadium Emirates. Sebaik sepak mula, Gunners mencari gol awal bagi mendapatkan kelebihan ke atas Red Devils. Dan mereka hampir melakukannya pada minit ke-10 menerusi Gabriel Martinelli selepas bola sepakan David de […]
RVP Akui Tinggalkan Arsenal Sebab Kena ‘Racun’ Dengan Alex Ferguson

Robin Van Persie boleh dikatakan salah seorang penyerang terbaik pernah disaksikan dalam kancah Liga Perdana Inggeris. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada EPL selepas bermain selama 11 musim, lapan musim bersama Arsenal dan tiga musim bersama Manchester United. Walaupun hanya menjulang trofi EPL sekali bersama United, dan Piala FA sekali bersama Arsenal dalam tempoh tersebut, ianya […]
“Menjadi No.2 Kepada ‘Si Gila’ Lehmann Boleh Jadikan Kita Gila” – Bekas Penjaga Gol Arsenal

Arsenal masih kekal sebagai satu-satunya pasukan yang pernah menjulang Liga Perdana Inggeris tanpa tewas walau satu pun perlawanan dalam semusim (invincibles) pada 2003/2004. Skuad Arsenal ketika itu dibarisi pemain-pemain berkualiti dan berkelas dunia di setiap posisi, setiap pemain memainkan peranan penting dalam musim cemerlang mereka itu. Bagaimanapun ada seorang pemain walaupun membarisi skuad utama malah […]
Bintang Piala Dunia Jepun Meledak Lagi Di EPL

Bintang Piala Dunia Jepun, Kaoro Mitoma terus membuktikan kredibiliti beliau sebagai salah satu bintang dalam pembikinan di Liga Perdana Inggeris (EPL). Pemain muda berusia 25 tahun itu kini beraksi bersama Brighton & Hove Albion mempamerkan aksi yang cukup mengujakan sejak kebelakangan ini. Ketika pertemuan menentang pendahulu liga, Arsenal, Mitoma sekali lagi mendapat kepercayaan oleh barisan […]
EPL: Arsenal Tewaskan West Ham

Arsenal memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri untuk bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan musuh setempat London, West Ham United dalam perlawanan EPL di Stadium Emirates. Sebaik sepak mula, Gunners mula mencari peluang menembusi pertahanan Hammers yang diterajui Craig Dawson dan Thilo Kehrer. Dan hasilnya, mereka menyangka telah mendahului menerusi rembatan cantik Bukayo Saka pada minit keempat […]
Arsenal Alami Kerugian RM243 Juta

Ketika ini, Arsenal berada di puncak EPL dengan 37 mata, lima mata di hadapan Manchester City. Tetapi sekiranya pengurus Mikel Arteta mahu berbelanja pada musim perpindahan Januari, beliau bakal berdepan masalah. Ini kerana Gunners baru saja melaporkan mengalami kerugian £45 juta (RM243 juta) untuk tahun kewangan 2021. Walaupun bil gaji mereka mengalami penurunan sekitar £34 […]
Premier League: Gol Gabriel Julang Arsenal Ke Puncak Liga Tewaskan Chelsea

Arsenal merampas kembali takhta EPL selepas menewaskan musuh setempat London, Chelsea di Stamford Bridge. Separuh masa pertama menyaksikan Gunners mendominasi perlawanan dengan Blues lebih banyak bertahan dan mencari peluang untuk serangan balas. Chelsea hampir mendahului perlawanan menerusi hantaran mengelirukan Kai Havertz pada minit ketujuh tetapi tidak mengenai sasaran. Kedudukan seri 0-0 kekal sehingga rehat. Selepas […]
Premier League: Arsenal Kembali Ke Puncak Liga Belasah Nottingham Forest

Arsenal kembali merampas takhta pendahulu EPL selepas membelasah Nottingham Forest 5-0 di Stadium Emirates. Gunners mendahului seawal minit kelima menerusi tandukan Gabriel Martinelli selepas menerima hantaran Bukayo Saka. Arsenal berusaha menambah gol tetapi setiap percubaan mereka berjaya disekat Forest. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat. Separuh masa kedua menyaksikan Arsenal terus selesa di hadapan menerusi dua […]
Bergkamp, Pemain Yang Hidup Dalam Fobia Kapal Terbang Sepanjang Kariernya

Larian lincah, skil serta kawalan bola yang memukau lagi luar biasa, sentuhan-sentuhan magis mengelirukan dan penyudah berbisa menyaksikan Dennis Bergkamp memahat nama sebagai salah seorang genius bolasepak terbaik pernah disaksikan dunia. Bekas bintang Arsenal ini bermain di kelab utara London itu selama 11 musim sehingga ke penghujung kariernya dan dalam tempoh itu menjulang tiga kejuaraan […]
Premier League: Gol Armstrong Nafikan Kemenangan Arsenal

Hasrat pendahulu EPL, Arsenal untuk melebarkan jurang mata dengan pesaing terdekat Manchester City tidak kesampaian. Ini selepas Gunners diikat Southampton 1-1 di St. Mary. Arsenal bermula baik pada babak pertama dan mendahului tuan rumah pada minit ke-10 menerusi sepakan kencang Granit Xhaka. Saints cuba bangkit tetapi tidak berhasil menembusi kubu Gunners. Kedudukan 1-0 pelawat kekal […]
EPL: Arsenal Catat Kemenangan Dramatik Tewaskan Liverpool Di Emirates

Arsenal merampas kedudukan pendahulu EPL daripada Manchester City. Ini selepas pasukan bimbingan Mikel Arteta itu berjaya menewaskan Liverpool 3-2 di Stadium Emirates hari ini. Gunners mendahului Reds seawal minit pertama menerusi jaringan cantik Gabriel Martinelli. Bagaimanapun, Darwin Nunez menyamakan kedudukan untuk Reds pada minit ke-34. Tetapi sebelum rehat separuh masa, Arsenal kembali mendahului. Bukayo Saka […]
EPL: Arsenal Kalahkan Jiran Setempat Tottenham

Arsenal terus menghuni kedudukan pendahulu liga EPL selepas berjaya menundukkan musuh setempat, Tottenham Hotspur. Arsenal akan kekal mendahului liga sekiranya menang hari ini. Sementara Tottenham pula boleh merampas kedudukan pendahulu liga sekiranya menundukkan jiran setempat mereka. Separuh masa pertama menyaksikan Gunners mendahului pada minit ke-20 menerusi gol jarak jauh pemain tengah Thomas Partey. Bagaimanapun, Spurs […]
11 Pemain United Dah ‘Rancang’ Gol Debut Antony Bedil Arsenal

Bintang baharu Manchester United, Antony tidak menunggu lama untuk memulakan aksi garang bersama pasukannya selepas meledak gol pembukaan ketika menewaskan Arsenal 3-1 semalam. Pemain berusia 22 tahun itu dibawa masuk dari Ajax dengan rekod yuran perpindahan sebesar €100 Juta sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong. Antony membuktikan kalibernya sungguhpun kali pertama turun dalam kesebelasan […]
EPL: Manchester United Tamatkan Riwayat Arsenal, Antony Jaringkan Gol Debut

Manchester United tamatkan rentak kemenangan 100% Arsenal dengan kemenangan bergaya 3-1 hasil jaringan Antony dan Marcus Rashford di Old Trafford. Pemain baru Manchester United, Antony berjaya menghasilkan gol pertamanya dalam aksi pertama bersama United sekaligus membantu United mencipta kemenangan bergaya 3-1 ke atas Arsenal. Babak pertama menyaksikan United hampir-hampir ketinggalan menerusi gol Gabriel Martinelli pada […]