Liga A1: Machan Curi Satu Mata Armed Forces

Armed Forces FC kempunan meraih kemenangan ketiga dalam saingan Liga A1 Semi-Pro apabila sekadar seri dengan wakil Sarawak, Machan FC di Stadium MINDEF. Machan mahu kembali bangkit selepas tewas dua aksi sebelumnya termasuk kepada Gombak FC. Manakala Armed Forces pula memburu kemenangan ketiga liga di gelanggang sendiri. Separuh masa pertama menyaksikan Armed Forces berusaha meraih […]
Liga A1: Imigresen Diikat 10 Pemain Armed Forces

Rekod tanpa kalah juara Liga A1 Semi-Pro 2023, Imigresen FC terus terpelihara meskipun diikat Armed Forces 1-1 di Stadium UKM, Bangi. Selepas Melaka meraih kemenangan ke atas Malaysian University FT (MUFT) pada 16 Ogos lalu, Imigresen perlu meraih tiga mata ke atas pelawat jika ingin kembali menerajui liga. Manakala Armed Forces pula mahu kembali menampilkan […]
Liga A1: Malaysian University Lonjak Dua Anak Tangga, Tumpaskan Armed Forces

Aksi minggu ke-9 Liga A1 Semi Pro menyaksikan Armed Forces tumbang di tangan pasukan Malaysian University di laman sendiri. Armed Forces yang mencatat kemenangan ke atas Harini FT minggu lalu turun dengan momentum untuk menyekat pasukan di tangga ke-7 liga, Malaysian University. Malaysian University menampilkan barisan terkuat dengan Ashraf Fadhil diberi amanah mengemudi benteng terakhir […]
Liga A1: Harini FT Kecundang Di Tangan Armed Forces

Impian Harini Selangor FT untuk meraih mata pertama dalam saingan Liga A1 berkecai apabila tewas 1-2 di tangan Armed Forces FC. Harini FT masih mencari kemenangan pertama dalam kempen liga setelah merekodkan 2 keputusan seri serta 5 kekalahan dalam 7 perlawanan. Armed Forces pula mahu bangkit daripada kekecewaan lalu setelah tewas 1-3 kepada PIB Shah […]
Liga A1: PIB Shah Alam Bergaya Tewaskan Armed Forces

PIB Shah Alam FC terus mengekalkan rentak cemerlang dalam saingan Liga A1 Semi Pro apabila menewaskan Armed Forces FC. PIB Shah Alam semakin bersemangat selepas menewaskan Gombak FC 1-0 pada 19 Julai lalu. Sementara Armed Forces pula mahu bangkit selepas dimalukan Bukit Tambun FC 3-0 pada 24 Julai lalu. Separuh masa pertama menyaksikan PIB Shah […]
Liga A1: Bukit Tambun Akhiri Penantian Kemenangan, Tumbangkan Armed Forces

Bukit Tambun FC akhirnya merekodkan kemenangan pertama mereka dalam Liga A1 Semi Pro apabila menumbangkan Armed Forces FC 3-0 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. Armed Forces yang dibimbing Kevin Lee Cooper mahu meraih satu lagi kemenangan untuk memintas Manjung City FC yang menduduki tangga kelapan liga. Sementara Bukit Tambun pula ingin memburu kemenangan […]
Liga A1: UITM United ‘Bantu’ Armed Forces Himpit PT Athletic

Saingan minggu 4 Liga A1 Semi Pro menyaksikan UITM United menghadiahkan kemenangan buat Armed Forces. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan misi untuk mencari 3 mata pertama pada musim ini. Aksi babak pertama berlangsung dengan cukup sengit apabila kedua-dua pasukan rancak mengatur gerak. Usaha keras Armed Forces membuahkan hasil apabila percubaan Hairul Ikmal berjaya menerjah […]
Liga A1: Gombak Berjuang Handal ‘Ikat’ Armed Forces

Aksi minggu ketiga Liga A1 Semi Pro menyaksikan Gombak FC dan Armed Forces mencatat keputusan seri dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MP Selayang. Kedua-dua pasukan turun dalam misi mencatat kemenangan tatkala anak buah Shahrom Kalam iaitu Gombak FC turun untuk mengekalkan rekod kebal tanpa kalah. Separuh masa pertama tamat dengan pasukan tuan rumah Gombak […]