Pemantau Bakat Eropah Kagum Dengan Arif Aiman

Pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kini semakin dikenali selepas pemantau bakat dari eropah mengagumi kebolehan yang dimiliki anak muda berusia 21 tahun itu. Melalui satu ciapan twitter dari EK Scouting, Arif diberikan penilaian 8.3/10 oleh pemantau bakat tersebut. Bukan sahaja itu, kemampuan Arif juga disamakan dengan salah seorang pemain sayap […]
Arif Aiman Jelaskan Faktor Tidak Berkelana Ke Luar Negara

Bintang muda yang kini meningkat naik, Arif Aiman Hanapi memberi penjelasan mengapa beliau tidak berkelana ke luar negara. Pemain berusia 21 mengakui masih belum bersedia untuk beraksi di luar negara dan beliau berpendapat bahawa dirinya belum cukup hebat untuk beraksi di negara seperti Jepun dan Korea Selatan. Pemain sayap kebanggsaan itu mahu kekal fokus memperbaiki […]
Pemain Naturalisasi Negara Risaukan Arif Aiman

Pemain naturalisasi negara menyuarakan kebimbangan terhadap bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi. Pemain berusia 21 tahun itu merupakan antara individu paling penting dalam percaturan ketua jurulatih,Tano Solari di JDT. Malah, beliau sering diberi tanggungjawab utama untuk menggalas peranan selaku pemain serangan pasukan pada musim ini. Kudrat beliau bagaimanapun dilihat sebagai ancaman oleh pemain naturalisasi negara, […]
Bojan Hodak: Kemajuan Arif Aiman Untungkan Malaysia

Sejak kebelakangan ini, Arif Aiman Hanapi terus memperaga kualitinya sebagai pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) FC yang digeruni. Bagi pengendali KL City FC, Bojan Hodak, kualiti yang ditunjukkan Arif musim ini menguntungkan negara untuk jangka masa panjang. Selepas menyumbat empat gol dalam kemenangan besar 10-0 Malaysia ke atas Papua New Guinea, beliau menyumbat hatrik […]
Arif Aiman Tak Sangka Jadi Idola Kanak-Kanak

Pelbagai pencapaian yang dilakar Arif Aiman Hanapi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) FC menjadikannya pemain muda negara yang berjaya ketika ini. Tetapi pemain sayap berusia 21 tahun itu tidak menyangka dirinya menjadi idola kepada ramai penyokong termasuk kanak-kanak. Selain menggondol pelbagai trofi di peringkat kelab, Arif Aiman juga turut meraih pelbagai pencapaian di peringkat individu. […]
Hatrik 38 Minit Arif Aiman Lengkapkan Malam Gemilang JDT

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sekali lagi mempamerkan karakter sebenar apabila membawa pasukannya melangkah ke pentas akhir Piala FA. Bintang berusia 21 tahun itu sekali lagi diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan nyata memberikan masalah yang besar buat The Red Giants. Gandingan serasi bersama Diogo dan juga Forestieri menyukarkan misi Selangor […]
Kemuncak Pertembungan Faisal Halim & Arif Aiman Tentukan Nasib JDT-Selangor

Pertarungan dua pemain utama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor, Arif Aiman dan Faisal Halim bakal menjadi tumpuan tidak lama lagi. Dua pasukan ini bakal bertemu di Stadium Sultan Ibrahim bagi saingan Piala FA untuk menempah slot ke pentas akhir. Mereka kini berada pada kemuncak prestasi apabila tampil cemerlang bersama skuad kebangsaan baru-baru ini. Arif […]
Arif Aiman Tak Mahu Ambil Mudah Persediaan Ke Piala Asia

Kemenangan 10-0 yang dilakar Malaysia ke atas Papua New Guinea beberapa hari lepas banyak disumbang oleh pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Arif Aiman Hanapi. Tetapi pemain muda berusia 21 tahun itu melihat ini sebagai persiapan ke Piala Asia. Empat gol yang dijaringkan Arif Aiman dalam perlawanan itu menjadikannya penjaring termuda yang menjaringkan empat […]
Kombinasi Emas Arif-Faisal Lengkapkan Malam Penuh Gemilang Malaysia

Kemasukan dua bintang utama Harimau Malaya, Faisal Halim dan Arif Aiman jelas menunjukkan bahawa mereka benar-benar dalam kelas tersendiri. Kim Pan-gon memilih untuk memulakan perlawanan dengan rangkaian serangan Akhyar Rashid, Paulo Josue dan Safawi Rasid namun bergelut untuk memperoleh jaringan. Percaturan untuk membawa masuk dua pemain yang paling menyinar dalam saingan Liga Super ketika ini […]
Arif Aiman Dikesan Miliki Gaya Permainan Setanding Bintang Bayern Munich

Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dikesan miliki gaya permainan sama seperti beberapa pemain bola sepak terkemuka dunia. Pemain berusia 21 tahun yang bermain di posisi sayap kanan ini dikatakan mempunyai persamaan dengan gaya permainan pemain Bayern Munich, K Coman. Persamaan itu adalah sebanyak 95.8% dari segi individu dan 82.5% dari sudut […]
Kim Pan-gon Rancang Sesuatu Dengan Arif Aiman & Faisal Halim

Statistik luar biasa yang dipamerkan oleh duo Harimau Malaya, Faisal Halim dan Arif Aiman sekali lagi bakal menjadi strategi utama skuad negara di bawah kendalian Kim Pan-gon Jun ini. Kedua-dua pemain lincah ini berada pada kemuncak prestasi bersama pasukan masing-masing apabila tampil dengan aksi yang cukup memukau. Arif Aiman kini merupakan antara pemain tempatan paling […]
“Arif Aiman Bukan Satu-Satunya Key Player JDT” – Manzoor Azwira

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod cemerlang mereka dalam semua pertandingan yang disertai apabila layak ke separuh akhir Piala FA. JDT layak selepas menundukkan Penang FC dengan keputusan 5-0 pada aksi suku akhir yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim semalam. Namun bagi pengendali Penang, Manzoor Azwira, beliau tetap berbangga dengan kesungguhan pemain dan beliau berharap […]
Piala FA: JDT Tundukkan Penang, Jumpa Selangor Di Separuh Akhir

Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan sebagai pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir Piala FA 2023. Ini selepas anak-anak buah Esteban Solari membelasah Penang 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) hari ini. Seperti beberapa pasukan yang bertandang ke SSI sebelum ini, jurulatih Penang, Manzoor Azwira Abdul Wahid memilih pendekatan bertahan. Justeru, tidak hairanlah, sebaik […]
Baqiuddin Shamsudin Buat Arif Aiman ‘Lesap’

Persembahan yang ditampilkan oleh perancang tengah Sri Pahang, Baqiuddin Shamsudin diungkapkan sebagai aksi yang cukup memukau ketika bertemu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain berusia 28 tahun itu merupakan tunjang utama buat pasukan kendalian Fandi Ahmad sejak musim bermula. Beliau sentiasa menampilkan aksi yang cukup bertenaga untuk mengekang asakan bertali arus yang direncanakan dari bahagian […]
Peranan Baharu Bantu Arif Aiman & Akhyar Rashid Lebih Menyerlah Di JDT

Dua pemain tempatan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan juga Akhyar Rashid dilihat mula membentuk gandingan baharu dalam perancangan Tano Solari di JDT. Kedua-dua pemain ini dikesan beraksi selaku penyerang tengah ketika skuad Harimau Selatan mencatat kemenangan bergaya 4-0 menewaskan Kelantan United di tempat lawan. Arif Aiman memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama pasukan […]
Vietnam Lega Malaysia B-22 Tidak Panggil Arif Aiman & Luqman Hakim

Ramai penyokong Malaysia merasa kecewa apabila nama Arif Aiman Hanapi dan Luqman Hakim Shamsudin tidak dipanggil menyertai skuad B-22 untuk Sukan SEA 2023. Tetapi bagi pemenang pingat emas acara berkenaan pada edisi lepas iaitu Vietnam, ia memberi satu kelegaan kepada mereka. Kedua-dua pemain ini tidak dilepaskan oleh kelab masing-masing, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Njardvik […]