“Tak Ada Jurulatih Pun Menang”

Ketiadaan jurulatih di sisi bukanlah penghalang buat beregu negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei merangkul gelaran juara. Izzuddin-Sze Fei hadir ke Vantaa, Finland untuk menyertai kejohanan Arctic Open 2024 setelah cemerlang merangkul dua kejuaraan di Japan Open dan China Open sebelum ini. Beregu yang bergerak secara profesional ini dibimbing oleh Rosman Razak sehingga berjaya membawa pulang […]
Badi Wakil Denmark Lawan Malaysia Masih Melekat

Jaguh Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen masih dihantui badi apabila bertemu pasangan dari Malaysia. Astrup-Rasmussen yang kini berada di ranking kedua dunia pamer aksi cukup bertenaga di kejohanan Arctic Open 2024 dan mara ke final dengan status juara bertahan beregu lelaki. Di final, Astrup-Rasmussen berdepan pasangan negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei yang kini berada di […]
Arctic Open: Beregu Kedua Dunia Lebur Impian Pearly-Thinaah

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah kempunan meraih gelaran juara kedua tahun 2024 apabila sekadar menjadi naib juara Arctic Open 2024. Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan beregu kedua dunia dari China, Liu Sheng Shu dan Tan Ning di pentas final kejohanan. Selepas berjaya menyingkirkan regu Jepun, Rin Iwanaga dan Kie Nakanishi di […]
Artic Open: Izzuddin-Sze Fei Raih Gelaran Ketiga, Tundukkan Kim Astrup-Anders Rasmussen

Pasangan beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei berjaya merangkul gelaran juara Arctic Open 2024 setelah mengecewakan wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen. Setelah menyingkirkan beregu nombor satu dunia dari China, Izzuddin-Sze Fei turun di aksi final dengan misi penting bagi meraih gelaran juara ke-3 musim ini dan dijadualkan bertemu Astrup-Rasmussen. Berdasarkan rekod pertemuan, beregu […]
Arctic Open: Lee Zii Jia Tewas Kepada Koki Watanabe Buat Kali Ketiga

Misi jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mempertahankan kejuaraan Arctic Open terpaksa dilupakan setelah tunduk di tangan pemain Jepun, Koki Watanabe. Setelah cemerlang menyingkirkan Yushi Tanaka di pusingan kedua pada Khamis, Zii Jia turun berdepan seorang lagi wakil Jepun di suku akhir dalam usaha untuk melangkah lebih jauh lagi. Walaupun dari segi ranking […]
Arctic Open: Sze Fei-Izzuddin Selangkah Ke Final, Singkir Beregu Keenam Dunia

Beregu lelaki kedua negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terpaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan beregu keenam dunia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto. Kemenangan tersebut membolehkan Sze Fei-Izzuddin yang juga beregu kelapan dunia untuk mara ke separuh akhir Arctic Open 2024. Aksi juara China Open 2024 itu dengan beregu lelaki utama Indonesia itu […]
Siaran Langsung Arctic Open: Lee Zii Jia vs Koki Watanabe (Live Streaming)

Aksi suku akhir Arctic Open 2024 bakal menemukan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dengan pemain nombor 14 dunia, Koki Watanabe. Selepas berjaya melepasi cabaran Yushi Tanaka di pusingan kedua kejohanan, Zii Jia dilihat berada pada landasan tepat untuk mempertahankan gelaran juara Arctic Open yang dimenangi pada 2023. Meskipun begitu, Watanabe dijangka menjadi halangan […]
Arctic Open: Langkah Aaron Chia-Wooi Yik Disekat Beregu Ke-16 Dunia

Hasrat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mara ke suku akhir Arctic Open tidak kesampaian setelah tumpas kepada pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy pada Khamis. Meskipun berehat panjang sebelum ini, namun itu bukanlah penghalang buat Aaron-Wooi Yik tampil hebat menyingkirkan wakil China pada Rabu untuk bertemu Ben Lane-Sean Vendy. Ini merupakan pertemuan ke-7 […]
Arctic Open: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Tewaskan Pemain No. 5 Jepun

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia tidak berdepan sebarang masalah untuk mara ke suku akhir Arctic Open 2024. Zii Jia berjaya mara dengan menyingkirkan pemain nombor lima Jepun, Yushi Tanaka dalam aksi pusingan kedua. Selepas menewaskan Christo Popov pada 9 Oktober lalu, bekas juara All England 2021 itu mahu meneruskan momentum kemenangan. Meskipun begitu, […]
Siaran Langsung Arctic Open: Lee Zii Jia vs Yushi Tanaka (Live Streaming)

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan perjalanan di Arctic Open dengan bertemu pemain Jepun, Yushi Tanaka di pusingan kedua pada Khamis. Setelah menewaskan Christo Popov dari Perancis, misi besar untuk mempertahankan kejuaraan Arctic Open bersambung dengan Yushi Tanaka menjadi lawan kedua buat Zii Jia. Tanaka yang berusia 25 tahun mara ke pusingan kedua […]
Arctic Open: Aaron Chia-Wooi Yik Pastikan Beregu China Pulang Hampa

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Wooi Yik membuka kempen Arctic Open dengan langkah kanan apabila dengan tenang menyingkirkan wakil China, Chen Bo Yang-Liu Yi. Setelah berehat panjang akibat kecederaan, Aaron-Wooi Yik kembali ke gelanggang buat kali pertama dan dijadualkan bertemu Chen Bo Yang-Liu Yi di pusingan awal Arctic Open 2024. Berdasarkan rekod pertemuan, Aaron-Wooi Yik […]
Arctic Open: Lee Zii Jia Singkirkan Pemain No. 3 Perancis

Pemain nombor empat dunia, Lee Zii Jia membuka kempen mempertahankan kejuaraan Arctic Open dengan menewaskan Christo Popov di pusingan pertama. Selepas dikecewakan Koki Watanabe dalam pusingan pertama China Open 2024, Zii Jia berharap dapat mempertahankan kejuaraan Arctic Open yang dimenanginya pada 2023. Walau bagaimanapun, Popov menjadi penghalang antara beliau dan pusingan kedua kejohanan. Zii Jia […]
Siaran Langsung Arctic Open: Lee Zii Jia vs Christo Popov (Live Streaming)

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan membuka tirai saingan Arctic Open 2024 dengan bertemu wakil dari Perancis, Christo Popov di pusingan pertama pada Rabu. Turun selaku pilihan ketiga kejohanan, Zii Jia hadir ke Vantaa, Finland dengan misi besar untuk mempertahankan kejuaraan Arctic Open yang dimenangi oleh beliau pada tahun lalu. Tahun lalu, pemain […]
Arctic Open 2023: Lee Zii Jia Muncul Juara Atasi Ng Tze Yong

Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia memanfaatkan pengalaman yang dimiliki untuk bergelar juara Arctic Open 2023. Kejayaan itu terhasil setelah menewaskan rakan senegara dan pemain nombor 10 dunia, Ng Tze Yong. Dari segi ranking BWF, kelebihan memihak kepada anak jati Johor Bahru itu. Bagaimanapun, dari segi rekod pertemuan, kelebihan itu dimiliki oleh Zii Jia. […]
Arctic Open 2023: Lee Zii Jia Ke Final Penuh Bergaya

Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke final Arctic Open 2023 selepas lawannya, Anders Antonsen menarik diri akibat kecederaan. Kelebihan tampak memihak Antonsen atas kertas kerana memiliki empat kemenangan ke atas Zii Jia daripada lima pertemuan mereka sebelum ini. Set pertama menyaksikan Zii Jia meraih kelebihan awal dengan mendahului pada kedudukan 7-4. […]